Malam menjelang...
Yaya:
Aku masuk ke bilik, menutup pintu dan terus menuju ke arah meja belajar aku.
Aku menyelongkar laci meja belajar bahagian yang paling bawah dan mengeluarkan sebuah buku nota berkulit keras yang agak lusuh.
Tiba-tiba sekeping gambar jatuh dari buku yang aku pegang. Aku menunduk dan mengutip gambar itu. Aku menatap gambar yang agak berpasir kerana sudah lama tak diusik.
Gambar dua orang gadis kecil serupa dengan rambut berikat kuda, berbaju merah jambu, tersenyum riang. Berbezanya, seorang mempunyai iris berwarna merah jambu pada mata dan seorang lagi berwarna perang.
Gambar aku dan Hanna ketika kecil. Aku tahu siapa yang mengambil gambar ini. Fang.
Aku termenung seketika. Ya Allah, kenapa aku masih tak boleh memaafkan dia? Kenapa hati aku terlalu keras dan ego untuk dia?
Aku mengimbas kembali kisah 12 tahun lalu. Ketika itu, aku seorang kanak-kanak yang kesunyian tanpa kawan-kawan.
Aku duduk di atas buaian keseorangan pada waktu pagi. Bukan tak mahu bergaul. Aku tak reti. Lagipun... tiada siapa mahu berkawan dengan aku walaupun aku peramah. Mungkin sebab... aku ada kuasa.
DuP!
Sebiji bola jatuh atas kepala aku dan melantun ke atas peha aku. "Aduh." Aku belek bola itu.
Worf! Bunyi anjing menyalak kedengaran.
Aku menoleh. Seekor anjing hitam bermata merah yang besar meluru ke arah aku. Lebih tepat. Ke arah bola yang aku pegang. Mungkin bola ini dia punya.
Malangnya, anjing tu makin dekat dengan aku tanpa sempat aku buat apa-apa! Aku pejam mata seraya menjerit. "Argghh!"
Satu siulan kedengaran. Aku buka mata bila dah tak dengar bunyi salakan anjing tadi. Anjing tersebut duduk diam di hadapan aku sambil pandang bola pada tangan aku.
Aku rasa pelik bila tengok anjing tu secara dekat. Kenapa nampak lain macam?
Seorang budak lelaki datang ke arah aku. "Boleh pulangkan bola tu?" soalnya pada aku.
Aku terdiam bila nampak dia. Beberapa ketika baru aku pulangkan bola itu kepadanya.
"Anjing awak?" soal aku kekok.
"Bukanlah. Ini serigala bayang."
"Huh?!"
Sejak hari itu aku dan Fang berkawan rapat. Dia berpindah ke sini bersama abangnya. Kami sering bermain dan berkongsi cerita bersama.
Hari aku menjadi semakin berwarna-warni kerana Fang. Namun, kata orang langit tak selalu cerah.
Baru setahun lebih kami berkawan, dia memberi tahu aku yang dia perlu berpindah ke tempat lain pula kerana abangnya yang mendapat kerja yang lebih berbaloi di tempat lain.
"Kau... dah nak pindah?" soal aku pada dia.
Bunyi hujan rintik-rintik menemani kebisuan Fang yang sedang duduk di sebelah aku sambil memandang taman. Aku menunggu jawapan dia dengan sabar sambil berteduh di pondok taman permainan.
Fang akhirnya bersuara. "Ya. Tapi, tak tahu bila."
Aku mengeluh. "Aku tak ada kawanlah nanti."
Fang memusingkan badannya menghadap aku. "Aku buatkan kau kawan nak?"
"Nak!" aku teruja. "Tapi, macam mana?"
"Aku baru berlatih malam tadi." Dia melompat turun dari kerusi batu yang dia duduk tadi.
Dia membuka kekuda sebagai fasa sedia. Aku melihat saja.
"Kuasa Bayang!" dia menghalakan kedua tangannya ke hadapan. Beberapa jari bayang melingkar di atas tanah dan menumpu menjadi suatu bulatan tak sekata di hadapannya.
Fang mengenggam kedua tangannya perlahan-lahan sambil menangkat tangannya ke atas.
Satu lembaga hitam terbentuk. Bentuk bayang itu menujukkan jelas bentuk manusia. Aku dapat lihat sepasang mata merah pada bayang itu.
Fang mula kelihatan penat. Setelah bayang itu sempurna, Fang berhenti.
Aku turun dari tempat aku duduk dan berdiri di sebelah Fang sambil memerhati susuk tubuh lembaga itu.
"Dia... macam aku?" soal aku dengan rasa pelik.
"Ya." Balas Fang ringkas. "Aku namakan dia... Hanna!"
Aku terkebil-kebil memandang Fang.
"Mesti kau nak tahu kenapa kan?"
Aku menangguk.
"Sebab... kali pertama aku nampak kau dulu, aku cuba teka nama kau. Tekaan pertama aku ialah Hanna." Fang ketawa.
Aku tersenyum. "Kenapa pula?"
"Entah. Mungkin sebab... kau nampak ayu, lembut... macam sesuai ngan nama Hanna." Kata Fang sambil memegang belakang lehernya.
"Heheheh.... apa-apalah kau ni. Jadi, dia boleh bercakap?" Soal aku sambil memerhati Hanna.
Fang mengurut dagu. "Hmm... aku akan usahakan untuk sempurnakan dia lagi. Siapa nak bermain dengan bayang yang menakutkan kan?"
"Maksudnya?"
##########
"Hai!" sapa Hanna keriangan sambil memegang kedua tangan aku.
"Er... Hai." Aku menyapa kembali namun kekok.
Aku memandang Hanna dari atas hingga bawah. Benar-benar kelihatan serupa seperti aku. Namun, dia mempunyai sepasang mata beriris merah jambu.
"Eh, Yaya. Rilekslah. Hanna takkan membahayakan kau." Fang cuba tenangkan aku.
Aku hanya tersenyum pada Fang.
Fang tersengih. "Hanna."
Hanna tersenyum. Dia perlahan-lahan menapak ke belakang kemudian berhenti.
Aku hairan.
Hanna menghalakan tangan kanannya ke suatu arah.
Aku dan Fang memandang ke arah tersebut. Hanya kelihatan sebuah tong sampah yang besar berwarna hijau di situ.
Hanna perlahan-lahan mengapungkan tong sampah itu menggunakan kuasanya.
"Woah!" aku kagum. Kuasa dia sama seperti kuasa aku!
Fang tersenyum bangga. "Heh, hebat tak aku?"
"Kau hebat Fang." Kata aku. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu.
"Yaya? Kau ok?" soal Fang selepas lihat aku diam dan senyuman aku hilang.
Aku pandang Fang. "Fang, kau tak rasa apa yang kau buat ni ada akibatnya?" soal aku. Aku rasa tak sedap hati tentang Hanna.
"Hmm..." Fang cuba memahami maksud aku. "Kau maksudkan akibat buruk atau baik?" soalnya.
Aku duduk kembali ke atas kerusi yang aku duduk tadi. Fang dan Hanna memandang aku.
YOU ARE READING
Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]
أدب الهواةSiapa sangka disebalik peribadi Yaya yang baik dan peramah itu ada kisah hitam silamnya. Sejak Fang berpindah ke sekolahnya Yaya seperti membenci akan Fang. Ying perasan akan keanehan itu dan memberitahu kepada Boboiboy dan Ochobot. Ketika mereka...