02

3.1K 310 106
                                    

"Eyyy dua merpati sejoli dah sampai lah" usik Taeyong . Kalau nak tahu dia lah abang sulung aku . Di antara abang yang paling tak guna . Kitaorang memang sengaja buat-buat tak kenal kalau dekat luar . Macam orang asing je kadang tu .

Jaehyun di sebelah pula main siku-siku dengan Yuta dan tunjukkan ke arah aku dan Doyoung .

"Yang dua ekor tu apahal main siku-siku? Nak kena siku dengan aku ke?" Doyoung menjeling ke arah mereka bertiga . Memang mereka suka menyakat Doyoung memandangkan dia paling seronok dibuli .

Alah , aku pun suka buli dia . Reaksi dia bila kena buli tu buat orang seronok . Dia pun layan je memang lah orang suka .

"Mana yang lain?" Aku memandang di sekeliling meja tapi langsung tak nampak batang hidung Hayoon , Sookyung dan Nayra .

"Tu tengah order , kau pergi lah join" Yuta tunjukkan ke arah kaunter . Tak perasan pula mereka sedang pesan makanan .

"Ouh , Doyoung jaga bag aku jup"

"Har , okay"

Aku berjalan ke arah mereka . Perlahan sahaja pergerakan aku , biar diorang tak perasan . Senang nak diterkejutkan .

"Aira tak sampai lagi ke-"

"BAAAA!"

"ARGHHHHH-yargh! Aira!"

Bertalu-talu pukulan yang aku dapat . Nak gurau sket pun tak oleyy .

"Baru sampai? Ingatkan tidur lagi" Hayoon memandang aku sinis . Dia ni suka betul lah nak sindir aku . Tahulah aku ni beban tapi jangan lah layan aku macam ni . Terluka hati sis tau hiks .

"Kira okey lah aku dah sampai sini , banyak cakap pulak kau ni"

"Sudah-sudah , ada yang kena gigit kejap lagi kang" Sookyung menjarak kami berdua . Dia ni tak ada ayat lain , gigit je tahu . Gigit Taeyong sorang sudah lah .

"Eyh minah ni menggigit jelah! Halah! Menyampah pulak aku" Nayra memusingkan bola matanya ke atas . Malas mahu di layan . Dari dulu sampai sekarang itu jelah ayat dia .

"Entah aku pun dah naik bosan dengan gigit dia , cakap lebih buat nya tidak"

"Kau nak rasa gigitan aku? Meh sini aku bagi" Sookyung memegang lengan aku . Aku terus menepis .

"Ish tak payah lah!"

"tahu takut"

Aku tak ada lah takut sangat tapi ada ke patut dia nak gigit lengan aku dekat depan orang ramai ni . Aku tak sanggup nak tanggung malu .

Mata aku beralih ke arah meja makan yang Doyoung dan yang lain-lain duduk . Bukan main masam lagi muka dia , mesti sebab Taeyong dengan Jaehyun sakat dia lagi .

Aku tersenyum sendiri . Macam orang gila dah kalau di lihat . Tak tahulah kenapa Doyoung ni cepat sangat buat aku gembira .

Aku toleh lagi sekali tetapi Doyoung sudah tiada di situ . Kemana pula lelaki ni pergi?

"Cari aku ke?" hampir terjatuh jantung aku dibuat nya . Tiba-tiba sahaja dia muncul betul-betul di sebelah aku . Dengan suara deep ya tuhan aku tak kuat .

"Ish kau ni , nasib baik tak gugur jantung aku ni . Nak aku mampos ke macam mana ni" sengaja aku gunakan bahasa kasar . Cover-cover! Padahal dah dugeun-dugeun ni .

Dia hanya membalas dengan sengihan lalu beredar ke meja makan semula . Tadi pergi tandas sekejap mungkin .

"Haah sayang , cari awak . Tanpa awak di sisi saya tak dapat hidup auwww" Nayra memegang bahu Sookyung . Mulutnya sengaja di juihkan .

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now