12

1.7K 198 41
                                    

“Dia buat macam tu dekat kau?!” meja diketuk dengan kuat . Habis semua orang yang berada di cafe memandang mereka .

“Yargh! Diamlah!”

Tak semena-mena kepala Sookyung diketuk oleh Hayoon .

“Maaf” ucap mereka semua kepada orang yang berada di sana kerana telah mengganggu . Kepala ditundukkan sedikit ke bawah .

“Aku yang kena kau pula yang melebih” jelingan maut diberi oleh Aira . Mahu sahaja dia mencabut anak tekak sahabat nya itu .

“Entah kau ni , buat malu je ayy” tambah Nayra pula .

Pandangan yang tidak puas hati sahaja diberikan pada gadis itu .

“Alah sorry lah , aku cuma terkejut”

Sookyung memuncungkan bibirnya .Sengaja minta belas kasihan .

“Fikir kami tak terkejut?...”

Percakapan Hayoon terjeda . Wajahnya seperti memikirkan sesuatu .

“Kau fikir apa tu?” soal Nayra hairan .

“Sekejap...”

“Kenapa?” soal Aira pula .

“Haah , kenapa?” sampuk pula Sookyung .

“Doyoung boyfriend kau bukan? Perkara yang terjadi itu satu berita gembira bagi setiap pasangan . Kenapa kau nak marah pula?”

Semuanya terdiam dengan kata-kata Hayoon . Ada betul nya juga . Itu merupakan perkara biasa bagi setiap pasangan .

Aira pula sudah kaku . Dia tidak sepatutnya cerita pada mereka .

‘Kenapa lah kau bodoh sangat ni Aira’ getus hatinya .

“Errr aku tahu tapi aku cuma tak biasa dan dia buat tanpa minta izin aku–”

“Kau yang cabar dia” potong Hayoon .

“Aku cuma main-main bukannya betul–”

“Kau sendiri yang kata kau tak main-main” potong Hayoon lagi .

Lama-kelamaan Aira sudah mula rimas apabila percakapan nya asyik di potong . Tangan nya mengenggam penumbuk kosong . Nafas diambil sebelum dia menyambung .

“Fine . Aku salah . Memang aku yang bagi green light . Memang semua ni punca dari aku . Puas?”

“Memang itu yang sebenarnya”

Boleh dirasakan kepanasan di antara mereka berdua . Itulah masalah Aira dan Hayoon . Mereka suka berkongsi masalah tapi akhirnya bermasam muka .

“Okay dah lah tu , tak perlu lah nak bergaduh” pujuk Sookyung .

Nayra hanya melihat sahaja dan mendiamkan diri . Memang itu yang selalu di buat oleh nya jika perkara begini terjadi . Langsung tak berguna .

“Kami tak bergaduh pun” balas Aira namun matanya melihat pemandangan di luar .

Lihat dari segi luaran pun sudah tahu yang dia sedang sakit hati .

“Sorry kalau kata-kata aku buat kau terguris , aku cuma nak tegakkan kebenaran” nada perlahan sahaja yang digunakan oleh Hayoon .

“Tak apa” Aira tersenyum nipis dan memandang Hayoon sekilas .

Selepas itu mata nya kembali memandang pemandangan luar .

Bukan nya Aira sedang marah cuma dia ternampak kelibat seseorang yang cukup dia kenali .

“Renjun...” bibirnya automatik terukir senyuman . Baru dia teringat yang Renjun bekerja separuh masa di cafe selepas tamat waktu persekolahan .

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now