28

1.4K 205 23
                                    

Renjun duduk di bangku yang disediakan di hospital dan perhati aira yang sedang uruskan pembayaran bil rawatan .

“Woi termenung apa?” tegur doyoung . Budak itu hanya tersengih dan mengeleng .

Selepas selesai , aira hampiri mereka berdua . Gadis itu mengangkat salah satu barang renjun .

“Dah jom balik”

Mereka berdua mengangguk . Doyoung dan Aira jalan di hadapan tetapi Renjun masih berdiri tegak di belakang .

“asal? Jom lah” ajak doyoung .

“Kalau renjun nak jumpa ayah sebelum balik rumah noona boleh tak?”

Mereka berdua memandang wajah antara satu sama lain dan renjun silih berganti .

“Mestilah boleh , kita suruh doyoung hyung bawak kan ok” gadis itu tersenyum dan memeluk bahu budak itu .

“Asal aku pulak yang kena bawak? Suruh lah lucas kesayangan kau tu” kata doyoung dingin dan berjalan ke depan .

“Noona , hyung tu kenapa? Piyed ke?” soal renjun pelik melihat lelaki itu dingin semacam .

“Eish kau ni mengarut je , mana datang lelaki piyed” kata aira bersama dahi nya yang berkerut .

“Adalah”

“Nugu?”

“Sajat”

Terus tersembur ketawa mereka . Aira menyiku lengan renjun .

“Ok yang tu noona no comment” gadis itu menekup mulut nya . Masih terhibor dengan lawak budak itu .

Doyoung yang berjalan di hadapan terus berhenti lalu pusing memandang mereka . Pandangan tajam diberi .

“Cepat lah , tunggu apa lagi . Kita bukan ada banyak masa”

“Nae!” jawab mereka serentak dan membuntuti lelaki itu dari belakang .























Mereka sampai di tempat memorial penyimpanan abu mayat . Doyoung dan Renjun automatic terhenti di hadapan pintu . Mereka sama-sama termenung .

Aira yang mahu masuk memandang mereka pelik .

“Nak jadi patung ke apa tercegat depan ni? Har doyoung masuk lah tadi bising sangat tak ada masa” sindir gadis itu dan terus tarik renjun masuk ke dalam . Sempat dia menjeling lelaki itu .

Doyoung hanya mendiamkan diri sahaja . Dia perhatikan pergerakan gadis itu masuk ke dalam , nafas di ambil sebelum masuk ke dalam .

Renjun letak bunga putih yang baru dibelinya tadi di sebalik kaca tempat penyimpanan abu . Tempat ayah nya di letakkan bersebelahan dengan abu ibu nya .

“Ayah , renjun datang ni . Semoga ayah gembira kat sana , mesti best kan dapat jumpa ibu—” kata-katanya tersekat selepas nama ibu nya di sebut . Terasa sebak di dada .

“Renjun akan rindu ayah dan ibu , nanti satu hari kita berjumpa ya” renjun mengelap air matanya yang mengalir dan tersenyum nipis .

Tapak tangan nya di letak kan pada kaca itu , bingkai gambar dia dan keluarga nya di tatap lama .

Aira memegang bahu renjun dan tersenyum ke arah budak itu . Memberi semangat .

“Oh lupa pula , ayah , ibu ini aira noona yang ni pulak doyoung hyung . Diorang baik sangat , selalu tolong renjun . Ayah dan ibu jangan risau pasal injun tau! Aira noona dan doyoung hyung akan jaga injun baik-baik”

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now