05

2.1K 246 24
                                    

Pada pukul 6 petang , aku dan Doyoung sampai di hadapan rumah aku .

Aku keluar dari kereta dan pergi ke arah pemandu . Doyoung pula membuka tingkap selepas aku memberi isyarat .

"Kenapa?" soal Doyoung sambil tangan nya ralit menyeluk ke bawah kerusi mencari sesuatu .

"Kau cari apa?" soal aku hairan .

"Bekas gula-gula aku . Ha! Dah jumpa pun . Kau nak cakap apa?" gula-gula tadi dimasukkan ke dalam mulutnya . Akhirnya dia fokus pada aku .

"Tak ada apa-apa cuma nak cakap balik nanti jangan lupa rehat , minum air masak banyak-banyak , kau jangan melencong pergi mana-mana pulak nak main pubg dengan Jaehyun lah , nak layan anime dengan Yuta lah apalah lepastu-"

Belum sempat aku menghabiskan ayat , Doyoung sudah menyumbatkan gula-gula nya tadi ke dalam mulut aku . Sengaja mahu aku berhenti bercakap .

"Kau ni!" tawanya meletus apabila muka aku bertukar frust .

"Kau ni banyak sangat lah membebel , aku dah sihat okay . Sket je tadi , tak perlu nak risau sangat"

"Mana tak risau , nanti siapa nak jadi PA berjaya aku lepas ni kalau kau sakit"

Doyoung tergelak kecil . Kepalanya digelengkan .

"Taeyong abang kesayangan kau tu kan ada"

Aku menggulingkan bebola mata ke atas .

"Taeyong? Abang aku tu? Tch lagi tak boleh diharap . Membuta je kerja nya , ni dah berhenti kerja lagi lah sedap dia tidur"

"Eleh abang tak boleh diharap kau tu jugak lah yang pernah selamatkan kau dari terjatuh atas najis anjing dulu tau , punya lah sayang kat kau sampai sanggup dapat bala"

Bila Doyoung petik kisah itu semula , kenangan itu berlalu semula di ruang minda aku .

Waktu itu aku baru berumur 10 tahun dan Taeyong pula berumur 12 tahun .

Kami pulang ke kampung Mama . Aku dan Taeyong sangat gemar bermain di halaman belakang rumah kerana tanahnya lapang . Bebas nak lakukan apa sahaja .

Sedang seronok kami bermain , aku tergelincir dan hampir terjatuh di atas najis anjing namun Taeyong sempat menolak dan akhirnya dia yang terkena najis tersebut .

Punyalah aku risau sampai menangis . Rasa serba salah sangat sebab tak tengok jalan waktu main lepas tu Taeyong yang kena tanggung semuanya .

Pelik kan?

Taeyong yang kena tapi aku yang menangis .

Haih , rindu nya kenangan tu .

"Senyum apa tu?"

Lamunan aku terhenti . Kacau daun betul lah si Doyoung ni . Wajahnya aku pandang tak puas hati . Boleh tak bagi aku nikmati moment ni sekejap?

"Kau tak payah nak buat throwback dekat sini . Dah pergi masuk nak senja dah ni"

"Iyerlah , bye" aku melambai ke arah nya .

"Bye , jumpa nanti" Doyoung balas lambaian aku .

Doyoung menutup tingkap semula . Aku memerhati kan sahaja kereta nya pergi sehingga lah hilang dari pandangan .

Selepas itu aku terus berjalan ke arah pintu dan aku terhenti .

Kasut Papa dan Mama ada di hadapan pintu . Aku memandang hairan .

Mereka dah balik? Bukan Makcik Ahn kata Papa outstation ke?

Balik awal mungkin .

Tanpa rasa curiga aku masuk ke dalam . Dari pintu aku nampak Papa dan Mama sedang berbual . Serious sahaja nampaknya .

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now