WARNING⚠ ; 3764 words below
“mama! papa!” panggilan anak lelaki yang sudah berumur 10 tahun itu di abaikan . si mama dan papa sibuk mengetik laptop .
dohyeon dari tadi bersabar . sudah lama mereka tak luangkan masa bersama memandangkan kedua-dua nya sibuk uruskan hal kerja .
“ish layan lah dohyeon!” jerit nya lagi .
“mama dengan papa sibuk ni sayang , pergi main dengan kangmin ke apa ok” balas aira masih fokus dengan kerja nya .
“pergi lah ambik duit dalam wallet papa , beli mainan baru ke apa” sambung doyoung pula .
“dohyeon bukan nak keluar ke beli mainan lah!” wajah tak puas hati di lemparkan .
“dah tu nak apa?” wajah anak nya di pandang sekilas .
“dohyeon nak adik!”
“UHUK UHUK” terus tersedak pasangan itu . dari fokus ke arah laptop terus kedua-dua nya memandang wajah anak mereka .
“n-ni dah kenapa tiba-tiba ni” soal aira pelik lalu tergelak janggal .
“mama dengan papa asyik busy kerja je , dohyeon dah macam tunggul asal panggil tak dilayan . kalau tak nak layan bagi lah adik je macam tu biar dohyeon main dengan dia” terus dia masuk ke dalam bilik seraya menghempas pintu dengan kuat .
terkejut mereka berdua di buat nya tapi lebih terkejut dengan permintaan anak nya .
doyoung terus pandang aira . kedua belah kening lelaki itu di angkat ke atas .
“apa pandang-pandang” wajah suami nya di jeling lalu meneruskan kerja pada laptop .
“awak tak dengar ke dohyeon mintak apa tadi?” soal nya .
“dengar tapi sengaja buat-buat tak dengar” jawab nya acuh tak acuh .
“ish tak baik tolak permintaan anak , saya mampu je bagi hehe” doyoung sudah tersenyum sinis .
“apa hehe hehe , tampar kang apa pun tak dapat . apa awak fikir senang ke huh? nak kena gendong perut sana sini sampai 9 bulan nak beranak lagi sakit tahu sakit? dah lah dengan suami entah ke mana waktu tu” mata terus di guling ke atas . laptop nya di tutup selepas itu .
“aik , dia yang lari dari kita lepas tu nak mengungkit pulak . kalau awak tak buat perangai tak matang tu mengada lari tak ada nya saya biarkan” doyoung turut menutup laptop nya dan mengikut si isteri masuk ke bilik .
mendengar ayat terakhir lelaki itu terus dia terhenti . tak pasal-pasal hidung lelaki itu terhangtuk di kepala isteri nya .
“OUCH! SAKITLAH!” hidung nya yang sudah menjadi merah itu di usap . rasa macam nak tercabut dari muka dia punya sakit tu . entah kepala besi gamaknya si aira tu .
“deserve” wajah suami nya dijeling . terus doyoung mencebik .
“tak elok jeling suami , dosa tahu?” kata nya sambil mengusap hidung dan memandang aira dengan riak sedih .
“yela yela maaf” tanpa memandang si suami , dia terus masuk ke dalam kamar mandi untuk bersihkan diri .
“dohyeon breakfast dah siap jom la mak—”
“tak payah lah , mama kan busy . makan lah dengan semua kerja tu tak perlu kisahkan tentang dohyeon” cantas nya cepat lalu terus keluar dari rumah pergi ke sekolah .
aira di meja makan sudah mengeluh kecil . serba salah pun ada . siapa suruh abaikan anak , padan muka .
“fuhyooo wangi nya bau masak apa ni” doyoung yang baru siap untuk ke kerja menghampiri isterinya .
YOU ARE READING
[C] Boyfriend Upahan | KDY
Hayran KurguDari kawan jadi teman . Siapa sangka perasaan sayang terbit apabila mula bersama walaupun semuanya palsu semata-mata start :17/7/19 end :25/4/20