Telefon aira berdering minta diangkat . Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon nya .
Shushi💚 (xuxi)
Senyuman terus terbit di bibirnya . Tanpa menunggu lama , gadis itu terus menekan butang jawab .
Mereka sedang bervideo call .
“Hai! Lama tak call . Awak pergi mana? Saya rindu tahu tak?”
Aira terus memuncungkan bibirnya . Lucas yang ada di atas talian tergelak kecil .
“Alolo~suweetnya baru kejap tak jumpa dah rindu?”
“Awak tak rindu saya ke? Paiti . Dah lah nak majuk , saya nak end call”
“Eyh sabarlah! Alahai asyik nak merajuk je”
“Dah awak tak rindu saya” aira bermain dengan kukunya dan menunduk .
“Siapa cakap?”
“Awaklah tak akan hantu pulak” gadis itu menjeling .
“Eyh bila masa , belum sempat saya nak balas rindu awak dah majuk . Dah lah kita nak merajuk jugaklah”
Kali ni Lucas pula yang merajuk lalu memeluk tubuh dan memandang ke tempat lain tanda protes .
“Okok sorry”
“Hm yerlah btw awak free esok malam?”
Aira memandang ke atas . Berfikir jika ada hal atau tidak . Selepas itu dia terus mengeleng .
“Tak ada , kenapa?”
“Ok good , saya nak ajak dinner”
“Boleh je”
“Nanti awak pakai lawa-lawa tau—”
“Woi kau sengaja kan suruh aku bayar air ni , nak kena ketuk ke?”
Tiba-tiba ada suara perempuan yang menyinggah di talian . Menganggu perbualan mereka berdua .
“Siapa tu?” dahi aira berkerut .
“Tak ada sesiapa , orang lalu je tadi”
“Oh , okayhlah saya nak makan ni . Nanti abang bising tak turun”
“Okay , bye sayang!”
“Bye!”
Mereka terus tamatkan video call itu . Aira letak telefon nya di tepi dan menuju ke pintu .
Mahu sahaja dia buka , pintu sudah awal terbuka . Doyoung ada di sebalik itu bersama wajah bengis .
“Pahal kau ni tercegat depan pintu , tepi” dia menolak badan lelaki itu tetapi dia tidak berganjak .
“Haih doyoung , kenapa ni?” aira terpaksa mengalah . Selagi tak tahu punca mesti mamat tu tak nak bergerak .
“Kau nak keluar dengan Lucas?” soal nya dingin .
“Yah , apa salah nya? Dia kan future husband aku”
“Kau dah fikir panjang ke aira? Kalau betul lucas memang terlibat dengan laura macam mana—”
“Sudah lah tu , aku malas lah nak dengar . Kau sebenarnya masih tak terima kenyataan kan . Kalau ye pon jangan sampai nak fitnah benda bukan-bukan , aku percaya yang dia tak terlibat” aira membalas bengang . Mata doyoung dipandang tak puas hati .
“Suara perempuan tadi , aku pasti tu Laura” doyoung bangkitkan tentang suara yang menyinggah talian mereka tadi .
“Dia kata tu cuma suara orang lalu , biasa lah dia dekat luar . Kau ni over thinking sangat lah”
YOU ARE READING
[C] Boyfriend Upahan | KDY
FanfictionDari kawan jadi teman . Siapa sangka perasaan sayang terbit apabila mula bersama walaupun semuanya palsu semata-mata start :17/7/19 end :25/4/20