Selepas 5 hari terlantar di hospital , akhirnya Doyoung dapat pulang semula ke rumah .
Daniel dan Jungkook pula datang menolong angkat barang apa yang patut .
Mereka juga yang tukang bawa Doyoung dan Aira balik ke rumah .
Nak harapkan Taeyong memang tidak lah , sekarang dia uruskan syarikat Lee Building semula . Makin sibuk lah . Awal-awal je free lepastu busy memanjang .
Jaehyun pula tiada di Seoul . Dia terpaksa ke Jeju atas urusan kerja .
Yuta pula terpaksa pulang ke Jepun . Ada urusan keluarga yang perlu di selesaikan .
Hayoon , Nayra dan Sookyung tentu-tentu sedang sibuk di cafe . Mereka jadi pekerja separuh masa di sana , cari wang poket sebelum masuk belajar .
"Bag ni nak letak dekat mana?" soal Jungkook selepas Daniel serahkan kepadanya sebelum dia menutup bonet kereta .
"Kau letak je lah dekat ruang tamu" balas Doyoung lalu bukakan pintu untuk mereka masuk .
"Hyung Donghyun tak ada kat rumah ke? Dekat hospital pun aku tak nampak" Daniel mendongak kan kepalanya sedikit mencari kelibat Donghyun .
"Tidur kot . Biarkan lah dia berehat lagipun mesti Donghyun hyung penat jaga Doyoung dari malam sampai ke subuh" kata Aira sambil menolong Jungkook alihkan barang dari depan pintu ke dalam .
"Aik? Bukan kau yang jaga aku ke?" soal Doyoung hairan . Rasanya kali terakhir dia berjumpa dengan abang nya sewaktu hari ke-2 dia di hospital .
"Memang lah tapi lepas kau tidur , Donghyun datang . Aku dah suruh dia balik rumah rehat tapi masih berdegil , dah lah baru balik kerja lepastu nak jaga kau sampai subuh . Kalau kau nak tahu , tepat pukul 6 dia terpaksa bergegas gerak balik nak siap pergi ke kerja" jelas Aira panjang . Dia mengambil tempat di sebelah Doyoung .
"Lah , aku ingatkan dia tak jenguk dah lepas hari ke-2 aku dekat hospital tu"
"Bukan setakat jenguk je dong , siap jaga lagi . Kalau kau meracau , dialah yang tenangkan . Untung tau dapat abang macam tu"
"Dong? Bila masa kau belajar cakap indon ni Aira?" soal Daniel pelik lalu tergelak kecil . Apa mimpi si Aira belajar bahasa indon .
"Itu bukan bahasa indon lah , itu nama panggilan doyoung yang baru sebab aku baru tahu nama real dia dongyoung rupanya"
"Baik panggil dingdong terus" cadang Jungkook .
"Boleh jugak"
"Dah tak payah nak sibuk buat nama panggilan baru untuk aku" Doyoung bangun dari duduknya . Dia membetulkan bajunya lalu hulurkan tangan pada Aira .
Kening gadis itu bertaut . Dia perhatikan sahaja tangan Doyoung .
"Apahal?" soal Aira sambil selang-seli memandang tangan dan wajah lelaki itu .
"Teman aku sekejap . Korang berdua pergilah balik" Doyoung terus menarik tangan gadis itu naik ke atas .
Kemudian dua orang rakan nya di bawah ditinggalkan terpinga-pinga . Sudahlah tidak di pelawa makan dan minum terus disuruh balik .
"Menyesal aku jemput dia balik hospital . Kalau nak bercintan-cintun dengan awek bagitahulah dulu"
Daniel perhatikan sahaja bayangan mereka sehingga hilang . Sakit sahaja hatinya dengan rakan seorang itu .
"Dah lah , jom balik . Aku pun nak jumpa awek aku jugak" Jungkook ambil kunci kereta di atas meja .
Dia menuju ke arah pintu dan berhenti apabila merasa Daniel tidak bergerak .
YOU ARE READING
[C] Boyfriend Upahan | KDY
FanfictionDari kawan jadi teman . Siapa sangka perasaan sayang terbit apabila mula bersama walaupun semuanya palsu semata-mata start :17/7/19 end :25/4/20