“Mengandung?”
Aku tertunduk saat mereka semua memandang aku tidak percaya . Ini semua salah doyoung . Kalau dia tak bawa aku ke klinik mesti mereka tak akan tahu .
Kenapa nak selamatkan aku? Biarkan jelah aku mati .
“Anak haram siapa yang kau kandungkan ni?”
Wajah taeyong yang sedang marah dan serious itu terus aku pandang . Tipu kalau tak sakit hati bila dia kata begitu .
“Lee Taeyong , kenapa cakap dengan adik macam tu?” tegur papa di tepi .
Aku sumpah malu , mama dan papa besarkan aku dengan cukup kasih sayang tapi akhirnya aku hampakan mereka .
“Woi perempuan , jawab lah soalan aku . Ni anak haram sape?!”
Suara taeyong mula meninggi . Terhinjut bahu aku dibuatnya .
“Ini anak...”
“Anak siapa?”
“Anak aku”
Aku memandang ke arah pintu . Kelihatan doyoung yang baru sampai bersama aunty kim di belakang .
Lepas sahaja dia hantar aku pulang ke rumah , dia dapat panggilan dari aunty kim . Menyuruh lelaki itu jemput dia pulang .
“Apa dia?” soal mama tidak percaya . Berkerut dahi nya .
“Aira kandungkan anak doyoung” lelaki itu menunduk dan kemudian memandang aku .
“Kamu buat apa ni kim doyoung?” aunty kim pula mula bersuara .
“Doyoung mintak maaf , malam aira hilang tu sebenarnya berpunca dari doyoung” sambung nya lagi .
Ok sumpah aku blur sekarang . Apa yang dia buat ni?
Serious , aku rasa mamat ni dah gila sampai nak jadi pak sanggup .
“Kau yang sentuh adik aku?” taeyong menghampiri doyoung dengan mata yang merah .
“Lepas aku bagi seluruh kepercayaan pada kau . Ini yang kau balas pada aku? Kau cakap apa tadi? Kau punca dia hilang malam tu?”
“Awak sudahlah tu” sookyung ditepi cuba memujuk namun hati abang sudah keras . Dia memang tak akan berhenti .
Doyoung pula hanya mendiamkan diri , aku tak tahu sama ada dia sedang takut atau gementar berhadapan dengan sisi lain abang aku .
“Jawablah! Dah musnahkan anak orang terus bisu dah ke?!”
“Ya! Aku yang buat . Puas?”
Buk!
Tepat tumbukan dilepaskan ke arah pipi doyoung . Kami semua agak terkejut .
Lelaki itu mengelap tepi bibirnya yang berdarah dengan ibu jari .
“Kalau nak fikir puas , ni tak cukup kau tahu? Aku fikir mak kau ada dekat sini je kalau tak memang mati aku kerjakan kau” mata doyoung dipandang tepat .
“Taeyong apa sampai nak bertumbuk ni , duduk . Bawa berbincang elok-elok” tegur mama pula .
“Orang macam ni tak payah nak berbaik sangat , memang patut kena pukul”
Doyoung teruskan membisu .
Tiba-tiba serba salah mula menyelubungi diri . Aku layan dia dengan teruk tapi dia sanggup hadap semua ni demi aku .
“Memang dah tak ada cara lain , kita kena kahwinkan kamu berdua . Jemput keluarga terdekat sahaja , papa tak nak perkara ni tersebar”
Aku hanya mengikut arahan . Apalah malang sangat nasib aku ni .
YOU ARE READING
[C] Boyfriend Upahan | KDY
FanfictionDari kawan jadi teman . Siapa sangka perasaan sayang terbit apabila mula bersama walaupun semuanya palsu semata-mata start :17/7/19 end :25/4/20