“Mama! Tak bagitahu pun dah balik” Aira terus berlari memeluk wanita itu dengan erat . Sungguh lah dia rindu bauan mama nya .
“Sahaja nak bagi surprise” balas Puan Lee dan tersenyum manis .
“Aira , mana Doyoung? Uncle?” soal Puan Kim . Mereka bertiga ada sekali di atas tadi tetapi hanya Aira sahaja yang turun . Agak hairan .
“Ouh mereka berbual sekejap kat atas , hal masa depan Doyoung agaknya”
“Hal masa depan Doyoung? Maksud kamu?”
“Uncle benarkan Doyoung ikut Aira ke Australia minggu depan”
Terus membuntang mata mereka semua . Sungguh tak percaya dengan semudah itu sahaja Doyoung dilepaskan pergi .
“Kamu pasti ke ni Aira?” soal Puan Kim lagi untuk menambahkan kepastian nya .
“Ya , saya benarkan” mereka tertoleh ke arah tangga . Tuan Kim turun sambil tersenyum dinyusuri dengan Doyoung di belakang .
“Syukurlah , akhirnya awak buang juga keras di kepala tu” perli Puan Lee . Tuan Kim membuat muka pelik .
“Eyh macam perli suami je tu” sampuk Tuan Lee . Dia tersenyum sinis .
“Itu pun kalau dia faham Tuan Lee”
Mereka sama-sama tergelak besar manakala Tuan Kim hanya mendiamkan diri . Cuba fahamkan situasi .
“Dah lah uncle tak perlu trying hard sangat nak fahamkan , mari makan” Taeyong menarik Tuan Kim ke kerusi bahagian tengah .
Doyoung pula mengambil tempat di sebelah Aira .
Wajah lelaki itu diperhatikan . Langsung tidak nampak wajah ceria . Dia tak suka ke?
“Kau okey?” soal Aira dengan nada yang lembut .
“Hm? Aku okay je kenapa?” lelaki itu tersenyum tapi dapat Aira rasakan itu adalah paksaan semata-mata .
“Kau tipu”
Doyoung hanya mengdiamkan diri . Dia menunduk dan bermain dengan jari nya sendiri . Kemudian lelaki itu menaikkan sedikit kepalanya memandang Aira .
“Kau tak perlu risau tentang aku , sekarang ni aku nak kau bahagia je okay?”
Aira mahu katakan sesuatu tetapi pandangan mata Doyoung buat dia terhenti . Gadis itu hanya biarkan dan teruskan makan .
Aira keluar dari bilik mandi . Dress berwarna merah jambu yang tergantung di almari di sarungkan pada badan .
Rambutnya yang berikat dilepaskan . Dia menyikat rambutnya sehingga kemas .
“Aira! Doyoung datang!”
Dengan pantas Aira turun ke bawah . Doyoung sudah kelihatan di ruang tamu bersama senyuman di bibirnya .
“Kita nak pergi mana?” soal gadis itu dan membalas senyuman lelaki itu .
“Hm , shopping?”
“For?”
“Kita nak pergi negara orang kan Aira , cuaca mereka tak sama dengan kita . Tak akan nak pakai baju biasa kot”
Aira mendiamkan diri . Dia berfikir sejenak . Ada betulnya juga . Mereka perlulah beli barang baru untuk ke sana .
“Nak pergi tak?” soal Doyoung lagi .
“Nak! Tak akan tak nak , haa jom”
Aira terus menarik Doyoung ke kereta . Lelaki itu tersenyum melihat gelagat gadis itu .
YOU ARE READING
[C] Boyfriend Upahan | KDY
FanficDari kawan jadi teman . Siapa sangka perasaan sayang terbit apabila mula bersama walaupun semuanya palsu semata-mata start :17/7/19 end :25/4/20