06

2.1K 238 86
                                    

"Jaga rumah elok-elok , ini Mama dengan Papa tak ada kat rumah jangan kamu berdua nak buat benda bukan-bukan pulak" pesan Mama lalu hulurkan tangan untuk di salam .

"Mama pesan dekat abang tu , dia bukan boleh percaya sangat . Adik ni tak apalah baik"

Taeyong di sebelah sudah menjengilkan matanya ke arah aku . Selalu dia mulakan , hari ni aku pulak . Rasakan .

"Kamu berdua sama je"

Kami berdua hanya tersengih .

Papa hampiri kami selepas masukkan bag ke dalam bonet .

"Barang dah masuk kereta , apa lagi jom lah" ajaknya dan tunjuk ke arah kereta .

"Hah , iyerlah . Bye anak-anak Mama , jaga diri" Mama berikan kami pelukkan terakhir sebelum beransur . Aku membalas erat .

"Taeyong , jaga adik" Abang hanya mengangguk . Papa memeluk badan Taeyong dan menepuk belakang badanya . Kemudian Papa pergi ke tempat memandu .

Aku dan Mama pula tersenyum . Elok lah mereka berbaik .

"Bye!" aku lambaikan tangan ke arah mereka sehingga lah hilang dari pandangan mata .

Aku memandang Taeyong di sebelah , tangannya ralit menekan telefon . Seperti ada hal mustahak .

"Kau buat apa tu? Serius sangat" soal aku hairan dan jengketkan sedikit kaki melihat skrin telefon nya . Maklumlah abang seketul aku ni tinggi terlebih , tak tahu makan apa .

"Call member aku" kening aku bertaut . Mesti dia nak ajak kawan-kawan dia datang rumah jadi burung hantu .

Aku masih ingat lagi kejadian dua tiga minggu yang lepas . Mereka semua tidur bersepah depan rumah .

Aku tak adalah kisah sangat tapi masalahnya semua tidur dalam keadaan tak senonoh .

Ada yang pakai baju dalam je . Tercemar mata aku dibuatnya .

"Abang jangan macam-macam , Mama baru je pesan jangan buat benda bukan-bukan waktu diorang tak ada"

"Apa yang bukan-bukan , member aku je macam tak biasa"

Taeyong ni kan degil betul lah . Kalau diorang buat hal sendiri tak apa lah jugak tapi masalahnya aku ni kena kacau kalau diorang ada .

Lagi-lagi waktu mabuk . Penat nak jaga bruh .

"Adik tak kisah abang nak jemput kawan-kawan abang datang rumah tapi ada satu syarat"

Taeyong memandang ke arah aku . Dia angkatkan kening nya .

"Apa dia?"

"Jangan nak suruh adik tolong abang kemas"

"Okay-ouh Jaehyun call . Jup eyh" Taeyong terus masuk ke dalam . Entah boleh percaya ke tidak .





















Aku hanya menghabiskan masa di dalam bilik layan kdrama . Tak ada benda lain lagi nak buat .

Kawan-kawan aku yang lain semua tengah busy , malam nanti baru free .

Taeyong pula? Entahlah mungkin tengah buat persiapan untuk 'bro party' dia .

Tiba-tiba tekak aku terasa kering . Malasnya nak turun tapi nak buat macam mana . Malas ke tak kena juga ambil sendiri .

Dengan malasnya aku turun ke bawah , aku nampak Taeyong sedang letakkan makanan di atas meja .

Aku hanya memandang sahaja dan pergi ke arah peti ais mengambil air untuk basahkan tekak .

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now