Aira terjaga dari tidur , kepala nya yang sakit dipegang . Jari telunjuk nya menenyeh mata bagi menjelaskan penglihatan .
Bangun sahaja , dahinya terus berkerut melihat persekitaran yang asing . Dia bukan di rumah nya sendiri namun di dalam satu bilik mewah .
Badan mula terasa sejuk , dia melihat di sebalik selimut namun tiada seurat benang pun yang di pakai .
“Lucas...” aira terus menyebut nama lelaki itu setelah dia teringat mereka keluar bersama semalam .
Rambut di sebak ke belakang , wajah diraup kasar . Terasa ingin menangis tetapi di tahan , dia hanya rasa seperti mahu membunuh sahaja lucas sekarang .
Dia melihat di sekeliling bilik namun seperti tiada orang , selepas itu dia terjumpa satu nota di meja sebelah nya .
“saya balik dulu , thankyou sayang”
-hxxKertas itu terus di ronyok lalu dibuang ke dalam tong sampah . Gadis itu memeluk lutut lalu menjerit sekuat hati .
Setelah penat , dia mengambil pakaian nya lalu masuk ke dalam bilik mandi .
Selesai sahaja , aira terus keluar dari bilik tersebut . Dia hanya mengelamun sahaja sepanjang itu .
Gadis itu langsung tak memandang ke depan , menunduk sahaja sehingga tak kisah orang sekeliling .
Namun dia terhenti apabila ada satu badan menghalang diri nya dari teruskan berjalan .
“Cik jalan pandang depan bukan bawah , nanti kalau terlanggar orang lepas tu sakit siapa yang susah? Saya jugak yang susah”
Aira terasa geram , sudah lah mood dia sedang tidak baik . Boleh pula lelaki di hadapan nya membebel .
“Kalau aku sakit pun kau kisah apa—”
Ayatnya terpotong apabila ada figura yang dikenali di hadapan nya .
Doyoung tersenyum melihat gadis itu . Dah lama dia perhatikan aira memandangkan dia ada urusan kerja di sana .
“Kau buat apa kat sini?” soal doyoung . Dia mejungkitkan kening .
Aira terus memeluk lelaki itu erat . Dia terus menangis , keluarkan segala yang telah di tahan dari tadi .
“W-weyh , kau asal?” doyoung memegang bahu gadis itu dan melihat wajahnya . Dia menarik aira ke tempat yang sunyi sedikit .
“Kenapa ni? Jangan lah menangis . Cepat bagitahu aku” dia gunakan ibu jari nya untuk mengelap air mata aira yang ada di pipi .
“Aku nak balik” kata gadis itu bersama nada yang masih menangis .
“Ok kita balik , dah jangan menangis” dia menarik badan gadis itu lalu memeluknya erat . Rambut aira di belai sebelum dia mengucup dahi gadis itu
“Cuba bagitahu aku , apa yang jadi? Kau buat apa kat sana? Aunty risau kau tak balik semalam , bila call tak berjawab . Itu pun nasib baik client aku ajak jumpa dekat sana kalau tak memang sampai sekarang kitaorang tak jumpa kau” jelas doyoung panjang lebar .
Namun gadis itu hanya mendiamkan diri sahaja dan termenung jauh .
“Something happen dekat kau kan?”
Aira terus memandang doyoung dan kemudian dia menunduk .
“Kenapa kau cakap macam tu?” soal gadis itu .
“Kau tak akan menangis teruk macam tu kalau tak ada apa-apa yang berlaku , tu hidung dah macam badut merah . Mata tu lagi , dah macam ikan”
Aira tergelak kecil . Di saat begini , masih lagi nak bergurau . Gadis itu mengelengkan kepala .
YOU ARE READING
[C] Boyfriend Upahan | KDY
FanfictionDari kawan jadi teman . Siapa sangka perasaan sayang terbit apabila mula bersama walaupun semuanya palsu semata-mata start :17/7/19 end :25/4/20