5 tahun kemudian
Doyoung menunggu di Incheon National Airport . Menyambut Aira pulang . Sungguh lah dia tidak sabar untuk berjumpa dengan gadis itu . 5 tahun mereka berjauhan . Terlalu sibuk dengan hal sendiri sehingga tidak berhubung buat jangka masa yang lama . Sepanjang tempoh itu mereka hanya berhubung dalam 2-3 kali sebulan sahaja .Dalam beberapa minit , dia ternampak susuk tubuh yang cukup dikenali .
Senyuman tidak lekang dari bibir lelaki itu . Dia terus menghampiri Aira .
"Weyh—" mahu sahaja Doyoung memeluk Aira . Badan nya sudah ditepis awal .
"Ish kau ni , public kan" Aira menjeling Doyoung tajam .
"Lah selama kini ok je , lagipun peluk je bukan cium pun"
"Tahulah tapi malu orang tengok"
Doyoung pelik melihat gadis itu . Dia seperti berubah secara mendadak . Dengan pakaian yang ketat bersama kain paras peha .
Nada suara nya juga seperti berubah . Tak sama seperti selalu .
"Fine so jom balik cepat supaya aku dapat peluk kau puas-puas hehe" Doyoung tersengih , dia menarik lengan Aira namun terus ditepis .
"Tak payah lah tarik , rimas lah . Sabar jup , aku nak tunggu someone"
Tidak lama selepas itu , seorang lelaki datang menghampiri mereka dengan senyuman .
"Sorry lambat , lama ke tunggu?"
"Taklah , baru je lagi" nada Aira automatik bertukar lembut . Barulah nampak senyuman di bibir nya selepas kehadiran lelaki itu .
"Ouh , kau mesti Doyoung kan? Btw I'm Lucas"
Lucas menghulurkan tangan nya bersama senyuman . Doyoung hanya memandang lama tanpa menyambut .
"Hm , ok"
Doyoung langsung tak menyambut huluran lelaki itu . Dia memandang ke arah lain .
"Err , oklah jom balik? Awak tumpang saya kan?"
"Tak menyusahkan ke?"
"Tak adalah"
Doyoung mengerutkan dahinya . Sejak bila Aira jadi selembut itu? Selama kini dia tak pernah dapat layanan begitu .
"Kau tanya dia buat apa? Aku yang bawak kereta dan jawapan aku yes! Kau menyusahkan aku so boleh balik sendiri lah , aku bukan driver kau—"
Kepala Doyoung terus dipukul dari belakang . Lucas memandang terkejut .
"Sakitlah!"
"Padanlah muka kau , siapa suruh biadap sangat"
"Eyh tak apa , saya boleh balik sendiri . Kawan saya boleh jemput"
"Betul ni?" soala Aira bagi kepastian .
"Ye sayang , nanti kita jumpa lagi ok?"
"Ok , bye . Jumpa malam ni okay" Lucas mencium pipi Aira sekilas dan beredar dari situ .
Doyoung hanya memandang tidak percaya .
Sayang?
Wtf?
"Apa hubungan kau dengan dia sebenarnya?" soal Doyoung tak puas hati . Panas sahaja hati nya dari tadi .
"Siapa? Aku dengan Lucas? " Aira mengjungkitkan kening nya .
"Dah tu takkan dengan lantai pulak" balas Doyoung bengang .
"Ouh , we're couple"
"What?!" Doyoung membuntangkan matanya tidak percaya .
YOU ARE READING
[C] Boyfriend Upahan | KDY
FanfictionDari kawan jadi teman . Siapa sangka perasaan sayang terbit apabila mula bersama walaupun semuanya palsu semata-mata start :17/7/19 end :25/4/20