32

1.6K 181 53
                                    

5 bulan kemudian

“sudah lah tu wak , saya penat lah jalan lama-lama naik kejang di buatnya”

Aira duduk sebentar di kerusi yang disediakan di mall . Teman si suami beli barang kalah orang perempuan .

“alah tahan lah kejap sket je lagi lepastu kita balik ok?”

“dah singgah sampai 10 kedai pun tak cukup lagi ke?”

Bag plastik yang ada lebih kurang dua puluh lebih itu ditunjuk kepada lelaki itu .

“tak cukup sayang , saya nak beli banyak nanti senang lah tak payah kita nak beli lagi . Waktu tu kita boleh rehat dengan tenang sementara awak berpantang”

Aira hanya membuat muka sahaja , beria betul .

Pada mulanya bila doyoung ajak beli barang baby dia pun happy juga tapi tak sangka pula sampai 4 jam duduk dekat sana .

“ish awak ni baby baru 5 bulan nak beli sekali gus buat apa , banyak masa lagi kan . Kita ada lagi 4 bulan lah so tak payah tergesa sangat”

“tak nak , saya nak beli hari ni jugak”

Bibir gadis itu diketap. Bukan main keras betul kepala suami nya ini , lepas tu bila tak dilayan dia merajuk .

Tahulah kena morning sickness tapi yang mengandung nya aira yang dia emo lebih pahal .

“ish yela . awak pergilah dulu, kejap lagi saya datang”

“yeay! macam ni lah isteri doyoung . Baby teman mama ok , papa nak beli barang awak ok sayang byeee”

Lelaki itu terus lesap dari pandangan selepas mengusutkan rambut isterinya .

“haih sabar aira lagi 4 bulan je kau kena layan perangai annoying dia tu ugh tapi morning sickness tak lama pun har! Bulan depan hilang lah tu ok tenang”

Gadis itu menarik nafas yang dalam lalu dilepaskan lembut . Dia cuba tenangkan mindanya .

“Hi aira”

Ada seorang lelaki yang kelihatan seperti bukan warganegara korea menegur gadis itu .

“Hi . Sorry tapi awak siapa ya?” soal aira pelik . Dia rasa macam familiar tapi lupa pernah jumpa di mana .

“Oh lupa pula , saya Johnny . Lelaki yang hantar makanan dekat awak tu”

“Oh! Yah! Baru saya ingat”

“Boleh saya duduk?”

“Eh duduk lah”

Aira ketepi sedikit untuk membenarkan lelaki itu duduk di sebelahnya .

“How's baby?”

“Sihat je” gadis itu tersenyum dan mengusap baby bump nya .

“Aik hari tu kata muntah-muntah”

Berkerut dahi aira dibuatnya . Baby mana pulak yang muntah ni .

“Bila masa pulak baby muntah ni?”

“Baby yang tuu”

Johnny memuncung ke arah doyoung yang baru sahaja keluar dari kedai dan masuk ke kedai yang lain .

“Oh baby tu” aira tergelak kecil “baby besar tu kena morning sickness that's why lah muntah-muntah tapi ok jugak tak adalah saya nak kena tanggung pening , biar dia kena”

“Untung tau dapat suami macam doyoung tu , sayang isteri terlebih namanya”

“Yeye je , ke awak kena upah suruh backup dia?”

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now