Lepas ja kejadian yang saya terjatuh di kolam tadi, saya keluar dari tu B&B (Bed & Breakfast) meneroka ni bandar kecil.
Dalam lima minit, suda enam buah bar saya limpas. Banyak juga bole singgah but I ended up walking into one at random.
Very cosy inside, nda juga ramai pelanggan. Maklumlah kira masi awal juga ba saya masuk tadi. Saya terus pigi di bar dan order.
"Nampaknya kau bukan dari sini?" suara lelaki tegur. Suda beberapa jam saya duduk sendirian di sini.
Saya duduk tegak, pusing menoleh mau tengok lelaki mana yang tegur. Satu lelaki, nampak lebih berumur dari saya, duduk di hujung kaunter bar sambil senyum tengok saya.
"Nda. Dari luar daerah." saya jawab juga.
"Figures. Kau mungkin stay sana tu mansion yang kana ubah jadi B&B yang nampak fancy. Nda pernah pula perempuan secantik kau ada di sini." Tu lelaki bilang lagi.
"Thanks. Kau pun apa kurangnya." saya balas, saja mau tengok sejauh mana dia mau pigi.
Tu lelaki senyum dan pindah lebih dekat, ampai gelas minuman dia dekat saya dan duduk di bangku bar yang kosong. "Saya Randall." dia hulur tangan mau berjabat dan saya sambut juga, terus kasi tau nama saya. "Ba Jade, kasi cerita la kenapa nampak down sangat. Kau ada di sini beberapa jam suda." Randall tambah.
Saya tersengih, "Saya fikir kan, memerhati seseorang bukan cara terbaik mau berkenalan."
"Nda la. Jadi bijak sikit ba. Saya tanya si Fred tu. Kawan saya." Randall bilang sambil angkat tangan tunjuk tu bartender yang ada di belakang kaunter, dia angguk balik sama Randall. "Fred, let me get a fresh drink for this lady!"
Fred senyum, pusing tengok saya dan tanya apa yang saya mau. Saya order cosmo. "Pretty drink for a pretty lady." Randall bilang lepas ja saya order. Fred tuangkan ramuan merah jambu dalam gelas tersedia dan letak di depan saya.
"Biar saya teka, kau ada masalah pasal lelaki." Randall bersuara, "Misti berkaitan dengan hati ni sampai kau bole bazir hari kau dalam bar macam ni." Randall condongkan kepala tengok jendela. Gelap suda pula di luar.
"Lebih kurang begitu la." Saya jawab memgiyakan tekaan Randall.
"Ada apa-apa yang bole saya tolong ka?" Randall tanya.
Saya berkerut dahi, hairan dengan pertanyaan dia. Lain juga tiba-tiba tanya begitu, "Selalu juga ka kau begini ni? Hanya kerana kau offer saya minuman, bukan bermakna --"
"I'm joking, sugar! Relax." Randall potong saya. "Well, mostly anyway." dia tambah lagi, siap angkat bakul sendiri. Haha.
Nda lama Randall tengok pintu masuk. "It looks like whoever yang kau cuba sembunyikan diri, nampaknya suda jumpa kau. Just remember that the right man will always appreciate you. Tapi kalau nda menjadi, call saja saya. Saya kasi hibur kau." Randall pass saya tisu yang sedang dia tulis nombor telefon sebelum join kawan-kawan dia yang lain di meja sudut ini bar.
Dengar macam nasihat yang bole saya guna untuk hubungan saya yang terakhir ni. Saya terdengar bunyi tapak kaki di belakang, bila saya pusing, Kit baru duduk di kerusi bar selang dua kerusi dari saya.
"Whiskey sama air." Kit order.
Lepas beberapa minit, saya tengok Kit, dia masi belum perasan yang saya ada juga di sana. Bila tengok muka dia, baru saya perasan yang dia nampak penat ni. Mata nampak berat. Rambut nda terurus, dengan jari sisir rambut berkali-kali macam dia suda berjalan berjam-jam lamanya.
Saya rasa bersalah pula. Saya suda ba cakap yang jangan tunggu saya tapi Kit datang juga cari saya sebab saya buat dia risau. Saya nda berlaku adil pula sama dia dan seolah-olah saya 'hukum' dia pasal benda yang berlaku masa kami masi muda. I was a naive teenage girl dan Kit baru lapan belas tahun masa tu, masi budak lagi ba. Tapi masi rasa sakit hati ba pasal tu. Lebih-lebih lagi lepas tau Kit tipu sampai saya fikir yang dia betul-betul suda lupa semua tu. Saya mau tau kenapa dia bole sampai sini.
YOU ARE READING
Love Hate, Maybe It's You | Completed
RomanceApa yang akan kamu buat bila berada satu tempat atau masa dengan orang yang kamu betul-betul benci tapi terpaksa juga tahan dengan gaya dia? Bole ka kamu tahan? Love Hate, Maybe It's You "It means that you love that person for WHO they are but you h...