Twenty-Two

708 81 10
                                    

Hari keesokkannya berlalu begitu cepat dengan kesibukkan appointment rambut, kuku dan makeup. Dengan pertolongan Betsy, my dress fits me perfectly. Renee juga nampak anggun dengan gaun putihnya. Sayangnya, saya nda dapat muat dalam gaun yang sepatutnya saya pakai tapi sekurang-kurangnya yang ni nda buat saya kesesakkan.

Saya masi belum nampak atau jumpa lagi si Kit. Mungkin dia ada sama kumpulan lelaki di bilik lain, buat persediaan yang sepatutnya. Kami belum bercakap sejak dari pagi kemarin dan saya betul-betul nda selesa pasal tu.

Saya berdiri dan Perlahan-lahan melangkah menuju ke gerbang, bersama dengan pengapit lelaki dan perempuan yang lain. Berusaha untuk tidak berada dalam keadaan resah dan risau.

Kedengaran musik bertukar ke "Bridal Chorus", serta-merta tetamu berdiri dan menoleh. Tetamu nampak teruja bila Renee muncul dari pintu, tapi kehadiran Kit yang betul-betul bikin saya lebih teruja dan terpesona.

Dengan pakaian tuxedo, Kit iring Renee di laluan tengah, ekspresi dia lebih kepada rasa bangga dan sedih. Dia suda ambil kedudukan yang sepatutnya bapa dia yang buat, orang yang sangat-sangat pentingkan diri untuk hadir pada hari perkahwinan satu-satunya anak perempuan dia. Tapi diorang melawan tragedi yang memporak-porandakan keluarga yang disebabkan oleh bapa yang pengecut dengan maruah yang tinggi.

Sampai di depan, Kit sempat genggam tangan Renee seolah-olah menyalurkan kekuatan yang dia ada. Dia nampak kuat, tapi pastinya terluka pada masa yang sama. Saya genggam kuat jambangan buang yang saya pegang, menahan dari menonjolkan diri.

Kit peluk adik dia sebelum menyerahkan ke tangan Phil yang menunggu di tepi. Dua lelaki tu berjabat tangan dan bertukar pelukkan. Dalam masa yang sama, celebrant tampil kehadapan dengan suara garau menanya siapa yang mewakili pengantin perempuan.

Kit berdehem dan mengampai tangan dia dada. "Ibu dia dan saya." Kit bersuara.

Semasa Kit berbaris dalam barisan pengapit lelaki, Renee dan Phil naik atas dasar gerbang untuk melafazkan ikrar perkahwinan. Saya tunggu untuk Kit perhatikan saya, tengok saya dengan gaun yang indah ini serta dandanan rambut dan solekkan yang dibuat dengan sempurna. Malangnya, Kit melilau menengok sekeliling, lebih melihat semua tetamu undangan dan sememang dia mengelak dari saya.

Saya cuba untuk memberi perhatian, untuk betul-betul 'hadir' dan mendengar setiap percakapan tapi memang mustahil. Kit langsung nda pandang saya. Kenapa la dia nda tengok? Kenapa juga dia begini? Dia suda ubah fikiran ka pasal apa perasaan dia sama saya? Saya nda bole biarkan dia berdiam diri, tu buat saya seolah-olah tiada di sini.

Akhirnya, berjaya juga saya mengikuti upacara yang indah ini, dan masi boleh bagi ekspresi yang gembira di muka saya. Tahan-tahan dulu sikijap, Jade. Just pose and smile for the camera.

Bila sesi bergambar selesai, saya perasan Kit mulai beredar. Saya nda mau dia hilang begitu ja lagi. Kami perlu bercakap, walaupun untuk kasi tau yang semua ni cukup suda bagi dia.

Saya capai Kit dan tarik siring baju dia buat dia terpusing. "Kenapa ba sama kau ni? Kenapa kau nda call saya balik? Kenapa kau mengelak dari saya ni?" saya tanya.

Kit renung saya tapi pandangan dia sangatlah tajam, seolah-olah memang nda ingin saya ada di sana. "Saya nda tau apa kau cakap." dia jawab.

"Kit, talk to me please. Saya nda tau apa terjadi but I am sorry." saya bilang perlahan.

" saya bilang perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Love Hate, Maybe It's You | CompletedWhere stories live. Discover now