Ayuni bangun untuk menunaikan solat subuh,selesai menunaikan solat dia turun untuk menyiapkan sarapan untuk ahli keluarganya,Memang tidak dinafikan lagi ayuni memang rajin membuat kerja-kerja rumah.
Kedengaran bunyi tapak kaki yang sedang menuruni tangga rumah itu,kelihatan wanita yang berumur 40an datang kearah ayuni.
"Morning mama!!"sapa ayuni kepada Pn.sri Rahimah iaitu mama ayuni.
"Morning anak mama"sambut Rahimah sambil menggosok rambut anaknya itu.habis serabai dibuatnya😂.
"Mama!! Habis rosak rambut orang"ujar ayuni dengan mulut yang muncung.
"Alololo majuk ke anak mama ni hemm"kata Pn.sri Rahimah sambil melihat reaksi anaknya yang merajuk itu.
"Haihh apa yang bising-bising ni.."ujar seseorang yang baru muncul dari tangga.
"Papa!! Tengok mama ni habis rosak rambut ayuni.."ngadu ayuni pada papanya Tan Sri Syed Rizal sambil berlari ke arah papanya itu dan memeluk papanya.
Pn.sri Rahimah hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah anak manjanya itu, haihh anak siapalah tuuu.
"Eeee..macam budak umur 5 tahun je... Mengada-ngada!!"ejek seseorang,kelihat seorang lelaki yang berbadan agak tegap bersandar pada dinding laluan tangga rumah agam tersebut sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Ayuni menoleh ke arah suara tersebut,mukanya kembali cemberut apabila melihat gerangan yang berani mengejek dia.
"Ala.. biarlah Along jealous kan sebenarnya kan kan.." kata ayuni sebelum menjelirkan lidah kepada Alongnya itu.
"Eh cakap Along jealous pulak.. tengok ni Along boleh buat jugak lah.."kata Along sambil menuju ke arah Tan Sri Syed Rizal yang tidak terlepas lagi dari pelukan ayuni dan memeluk lebih erat dibahagian bahu papanya itu.
Tan Syed Sri Rizal yang mula rimas dengan pelukan kedua-dua anaknya itu segera menegur anak-anaknya.
"Ishh kamu berdua ni tepilah sesak nafas papa.."ujar papanya itu, mereka yang mendengar ngadu papanya itu terus meleraikan pelukannya.
Pn.sri Rahimah hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat telatah anak-anaknya dua orang itu
"Haihh ada² je kamu berdua ni"ujar Tan Sri Syed Rizal sambil menggelengkan kepalanya dan menuju ke meja makan.
Belum sempat mereka sampai ke meja makan itu ada seseorang yang memintas terlebih dahulu.
"Wahh!! Nampak macam sedap kak ngah masak "ujar seorang budak kecil yang berlari ke meja makan selepas menghidu aroma yang enak dari dapur ramah agam tersebut.
"Eh mestilah.. ni lah namanya ayuni"ujar ayuni sambil hidungnya kembang kempis apabila dipuji adik bongsunya itu.
"Eee.. nasi goreng yang hangus ni Fiq cakap sedap!!"ejek Syed Mukri a.k.a Alongnya itu dengan reaksi muka mengejek.
Ayuni menjeling Along nya itu, berani die ejek aku lagi.. memang nak makan kaki betul!!
Ayuni yang mendengar ejekkan Along nya terus maju ke arah Alongnya itu sambil lengan baju disensengkan hingga ke siku ala ala nak bergaduh.
Pn.sri Rahimah yang melihat aksi tersebut terus menegur kedua-dua anaknya itu.
"Ishh kamu berdua ni sehari tak bergaduh tak sah.. yang kamu ni Along tak habis nak sakat adik kamu tu.. tengok dah mulut dia tu muncung macam mulut itik"gurau Pn.sri rahimah.
Ayuni yang mendengar kata-kata mamanya terus membulat mata.
"Mama.."ujar ayuni sedih,'hmmm mama pon sama nak ejek ayuni.. elok-elok bibir ni macam Park So Dam ,ade ke cakap mulut aku ni macam mulut ITIK!! Haihh'kata ayuni dalam hati.
"Alolo cian anak manja papa ni mama gurau je tu"ujar Tan Sri Syed Rizal sambil menarik pipi anaknya yang cemberut tak sudah itu.
Ayuni yang mendengar pujuk papanya terus tersenyum sehingga nampak giginya yang putih itu.
"Hehe sayang papa ummuah!!"ujar ayuni sebelum mencium pipi papanya itu.
Ahli keluarga lain yang melihat adegan tersebut tersenyum..
"Dah² jom makan nasi goreng hangus Ayuni!!!"jerit Along ,ayuni menjeling abangnya itu.'ishh cakap nasi goreng orang hangus,hangus² pon die makan jugak,siap tambah lagi pulak tu'rintih ayuni dalam hati yang geram dengan sikap abangnya itu.
Sebenarnya nasi goreng yang ayuni masak itu mana ada hangus cume saja je Alongnya itu hendak menyakat adiknya...
Seluruh ahli keluarga nya tergelak sakan melihat Syed Mukri yang tak habis² hendak menyakat adiknya itu.
Ayuni, dalam muka cemberut nya dia melihat satu persatu wajah ahli keluarga nya yang sedang gelak sakan itu dan dalam hati dia berdoa'Ya Allah, engkau kekalkan lah kebahagiaan ini dan jangan lah engkau tarik nikmat kebahagiaan ini dari hamba mu ini Ya Allah' doa ayuni dalam hati.
~Bersambung..~
YOU ARE READING
Mr. Bodyguard My Husband
Action"Aku amanahkan kau protect adik aku Ayuni"-- Syed Mukri Al Fattah "Beress bro👌🏼"-- Rayyan Izzuddin DINGIN seperti ais kutub utara yang susah nak dicairkan itulah sifat MOHD RAYYAN IZZUDDIN yang tetap dengan pendiriannya sendiri tetapi apabila bert...