Sampai sahaja di rumah agam itu,ayuni terus melangkah masuk sambil tangannya dipenuhi dengan beg plastik berisi coklat dan diikuti Syed Mukri di belakangnya.
Ayuni memberi salam sebelum menuju ke arah mama dan papanya yang sedang duduk di sofa ruang tamu rumah itu dan terus memeluk mereka.
"Waalaikumsalam..Kamu dari mana ni.. kenapa maghrib baru balik hah..risau mama dan papa tunggu kamu berdua ni tak balik-balik lagi tau"kata Pn.sri Rahimah dengan reaksi muka risau.
"Ayuni dengan Along pergi kedai tadi laa...mama"kata Ayuni yang ingin melegakan hati mamanya itu.
Mendengar Ayuni berkata begitu baru hatinya berasa lega.
"Mama! Mama tengok ni Along belanja Ayuni coklat"ujar Ayuni dengan gembira.
"Wahh.. banyak yeerr!!"kata mamanya.
Tan Sri Syed Rizal melangkah menuju ke arah anak sulongnya yang sedang berdiri sambil melihat gelagat mak dengan anak itu sebelum bahu anaknya ditepuk.
"Kamu ada buat apa-apa ke dekat ayuni?,papa rase kalau belanja coklat banyak sampai macam tu mesti sebab Ayuni merajuk kan,kamu buat apa sampai adik kamu tu merajuk"tanya Tan Sri Syed Rizal kepada anaknya itu.
Syed Mukri melepaskan keluhannya sebelum berkata kepada papanya.
"kita bincang nanti yerr papa, Along ada benda nak bincangkan dengan mama dengan papa,along naik atas dulu yer badan dah melekit dah ni"kata Syed Mukri.
Setelah mendapat anggukan kepala dari papanya dia terus naik ke tingkat atas dan membersihkan diri.
"Ayuni tak nak naik atas jugak ke,tak nak mandi ? " Soal Tan Sri Syed Rizal kepada Ayuni.
"Haah lah Ayuni dulu yee mama.. papa"kata Ayuni sebelum beredar naik ke biliknya.
Selepas sahaja membersihkan diri,ayuni terus menunaikan solat maghrib.
Selepes menunaikan solat,Ayuni bersiap berpakaian tidur sambil tangannya memeluk teddy bear sebelum keluar dari biliknya dan terus menuju ke bilik alongnya,ada perkara yang dia lupa bertanya kepada Alongnya itu.
Tuk!! Tuk!!
Ayuni mengetuk pintu bilik Alongnya itu,pintu dibuka dari dalam ,muncul wajah kacak Syed Mukri di balik pintu bilik nya.
"Haa nak ape?"tanya Syed Mukri yang mengenakan pakaian simple pada tubuh tegapnya.
"Along.. Ayuni nak tanya, macam mana Along tahu apa yang jadi pagi tadi?"soal Ayuni kepada Alongnya.
"Hmm.. Ayuni rase..?"soalan di balas dengan soalan.
"Mesti kawan US Along tu kan yang bagitahu kan"kata Ayuni.
"Dah tu tanya lagi kan dorang yang selamatkan Ayuni pagi tadi"ujar Along.
Yap... 'kawan US' tu adalah Rayyan dan Nuwar. Rayyan,Nuwar dan Syed Mukri berkawan dari zaman mereka di Universiti.Lima tahun lepas,rayyan dan Nuwar pergi ke US untuk menjalani seni pertahankan diri menggunakan senjata manakala Syed Mukri sudah dilahirkan dengan ilmu pertahanan diri yang diajar oleh Syed Mokhtar a.k.a datuknya.
Sebab itulah Rayyan dan Nuwar tidak mengetahui tentang tragedi yang hampir meragut nyawa Ayuni 5 tahun lalu itu kerana masa itu mereka berada di US dan mereka baru sahaja balik dari US 2 tahun lepas.
Ahli keluarga Ayuni juga tidak mahu bercakap tentang tragedi lalu itu kerana ia akan membuat Ayuni tertekan apabila teringat tragedi itu.
"Dahlah.. Ayuni dah ngantuk,ayuni masuk bilik dulu good night Along.. Assalamualaikum "kata Along sebelum beredar masuk ke biliknya.
Syed Mukri menjawab salam sebelum kakinya melangkah menuruni tangga,sampai sahaja di tingkat bawah dia meneruskan langkahnya ke arah mama dan papanya yang sedang menunggu dia.
"Ma..pa.." sapa Syed Mukri kepada mama dan papa papanya yang sedang menonton tv
"Haaa kamu nak bincangkan apa dengan papa dan mama,papa tengok macam serius je"tanya Tan Sri Syed Rizal.
"He is back papa..."kata Syed Mukri dengan nada serius,dia risau keselamatan keluarga akan terganggu lagi.
"What!! I think he's dead"kata Tan Sri Syed Rizal.
"right..but I guess his son, he came to get revenge "kata Syed Mukri dengan yakin,dengan bukti yang Nuwar berikan semasa dia on call bersamanya tadi ,
firasat hatinya kuat mengatakan itu adalah anak kepada musuh papanya yang ingin membalas dendam atas kematian daddynya dahulu.
"Ada apa-apa ke yang berlaku pagi tadi?"soal Tan Sri Syed Rizal risau.
Syed Rizal menceritakan peristiwa yang terjadi pagi tadi sehinggalah ayuni merajuk dengan nya.
Pn.sri Rahimah yang mendengar kata-kata anaknya itu terus diselubungi perasaan cemas,resah takut kerana dia tidak mahu peristiwa 5 tahun lalu itu berulang kembali.
"Papa nak kamu cari bodyguard untuk adik-adik kamu tu,papa tak nak peristiwa 5 tahun lalu itu berulang lagi, faham along.."kata Tan Sri Syed Rizal kepada anaknya itu.
"Faham pa..hmmm"jawap Syed Mukri sebelum melepaskan keluhan.
"Pa..ma...Along mintak diri dulu,nak naik atas tidur,ngantuk lah hehehe"kata Syed Mukri sebelum menggeliat kecil.
"Hmm naik lah papa dengan mama pon nak naik ni"kata Tan Sri Syed Rizal.
"Good night, Assalamualaikum"ucap Syed Mokhtar sebelum beredar naik ke biliknya semula.
Masuk sahaja ke dalam bilik, dia terus merebahkan badannya di dalam katil.
"Ishh!! siapa yang boleh diharapkan ni.."ngomel Syed Mukri,dia berfikir lama sebelum mendapat idea.
"Haa!!Aku tahu!!"
~bersambung~
YOU ARE READING
Mr. Bodyguard My Husband
Action"Aku amanahkan kau protect adik aku Ayuni"-- Syed Mukri Al Fattah "Beress bro👌🏼"-- Rayyan Izzuddin DINGIN seperti ais kutub utara yang susah nak dicairkan itulah sifat MOHD RAYYAN IZZUDDIN yang tetap dengan pendiriannya sendiri tetapi apabila bert...