~BAB 4~

6.4K 265 0
                                    

Syed Mukri Al Fattah POV

Setelah sampai ke destinasinya Syed Mukri terus mematikan enjin superbike nya dan berjalan masuk ke sebuah cafe.

Matanya meliar mencari dua susuk tubuh rakannya,setelah menangkap dua susuk tubuh rakannya di penjuru cafe itu ,Syed Mukri meneruskan langkahnya ke arah rakannya itu dan dia mengambil tempat di hadapan rakan-rakannya.

"Yoww bro"sapa Syed Mukri kepada dua orang rakannya itu.

"Yoww "sambut mereka berdua.

"Kau ni Mukri nama je ade telefon tapi di matikan kenapa"kata Nuwar dengan nada agak kuat.

"Alaa.. rileklah tadi fon aku mati so aku pergi lah cas hehehe.."

"banyak lah kau punya hehehe..."kata Nuwar yang geram dengan perangai rakannya itu,bukan dia tidak tahu sebenarnya Syed Mukri bermain PUBG dahulu sebelum datang ke sini,'huh.. adik dia dalam bahaya,dia sempat lagi main PUBG ,dah habis beteri baru nak cas huh.. nasib kau lah Mukri confirm Ayuni membebel kaw² punya kat kau lepas ni..'kata Nuwar dalam hati.

" kau tahu tak.. nasib aku dengan si Rayyan ni ambil jalan dalam tadi kalau tidak aku rasa kau dah tak jumpa adik kau dah balik nanti"sambung Nuwar dengan sinis.

"What!! Kenape dengan Ayuni!!"jerit Syed Mukri dengan kuat.

Serta-merta semua orang di dalam cafe tersebut memandang ke arah Syed Mukri yang sedang berdiri kerana berita yang baru saja dengarinya.

Rayyan di sebelah hanya tersenyum sinis melihat Syed Mukri mula tidak keruan.

"Kau boleh duduk tak.."Rayyan yang dari tadi mendiamkan diri menegur rakannya itu.

Syed Mukri perlahan-lahan duduk di kerusinya semula sebelum Nuwar dan Rayyan menceritakan perkara yang berlaku tadi.

"Habis Ayuni okey tak?"tanya Syed Mukri.

"Dia okey je" jawap Rayyan.

"Tapikan kenapa badan dia mengigil lain macam je aku tengok"soal Nuwar dengan pelik.

Syed Mukri mengeluh sebelum menceritakan kepada rakan-rakannya peristiwa yang berlaku pada dia dan Ayuni 5 tahun lalu dan macam mana sikap Ayuni boleh berubah 100% dari kasar ke perangai seperti kanak-kanak.

**Flashback**

"Along.. mana coklat cabry aku,Along janji nak bagi aku semalam, tapi tak bagi pon"kata Ayuni dengan kasar.

"Ya Allah! Aku terlupalah.. ok takpe jom ikut aku,kau boleh ambik berapa saja coklat yang kau nak ok"kata along.

"Okey"hanya itu saja jawapan Ayuni.

"Eh kamu berdua ni nak pergi mana"soal Tan Sri Syed Rizal yang melihat kedua anaknya itu berpakaian seperti hendak keluar.

"Along dengan Ayuni nak pergi kedai kejap nak beli barang sikit lah papa"jawap Along.

"Kamu nak pergi naik apa papa rasa semalam kamu kata superbike kamu dekat bengkel lagi"soal Tan Sri Syed Rizal kepada kedua anaknya itu.

"Naik kereta Along lah jawapnya papa" jawap Ayuni yang memandang tajam ke arah Along itu.

Along hanya tersengih tanpa rasa bersalah.

"Dah lah pa.. kita orang pergi dulu, Assalamualaikum" kata along.

"Waalaikumsalam" jawap papanya

Selepas keluar dari pintu rumah, mereka terus meloloskan diri ke dalam kereta itu.

Vroommm...

Kereta Along keluar dari perkarangan rumah.

Semasa melalui kawasan yang agak terpencil dan sunyi,mata Ayuni lebih tertarik ke arah cermin sisi kereta,penglihatannya di tajamkan, kelihatan satu kereta yang mencurigakan mengikuri kereta dinaikinya.

Syed Mukri yang pelik melihat tingkah laku Ayuni dari sisinya terus melihat ke arah Ayuni sedang lihat,mata Syed Mukri terus membulat sebelum mulutnya mencarut perlahan.

Shit!!

'Dah lah aku Lupe bawak pistol, aduhh.. menyesal tak ambil tadi 'jerit Syed Mukri dalam hati.


~Bersambung~

Mr. Bodyguard My HusbandWhere stories live. Discover now