~BAB 5~

6.2K 252 5
                                    


Shit!!

'Dah lah aku Lupe bawak pistol, aduhh.. menyesal tak ambil tadi 'jerit Syed Mukri dalam hati.

Syed Mukri memecut laju keretanya dan diikuti dengan kereta yang mengikori keretanya itu.

Silap Syed Mukri kerana cuai sehingga tersilap masuk ke jalan yang hanya berpandukan penghadang jalan.

Jantung Ayuni sudah berdegup laju kerana melihat kelajuan kereta Alongnya yang sangat membahayakan nyawanya dan Alongnya sekiranya ada apa-apa terjadi.

"Along p...per..perlahan lah sik..sikit"kata Ayuni dengan gagap,mulutnya diketap menahan tangisan nya daripada keluar,badannya menggigil ketakutan.

"Ayuni..sorry Along memang tak boleh perlahankan kerata dalam keadaan sekarang ni.."kata Along yang sedaya upaya mencari jalan keluar .

Tanpa disedari mereka,seorang lelaki bertopengkan mask yang menutupi mulutnya sahaja, keluar dari cermin tingkap bumbung kereta tersebut sambil tangannya memegang pistol dan menghalakannya ke arah kereta yang di pandu Syed Mukri.

Bang!!

Nasib baik Syed Mukri pantas mengawal keretanya mengelak daripada terkena butir peluru itu.

Tetapi nasib baiknya tidak kekal lama kerana dia tidak sempat untuk mengelak dua lagi butir peluru yang baru sahaja di lepaskan.

"Ayuni tunduk!!"laung Syed Mukri dengan kuat kepada Ayuni di sebelahnya.

Ayuni yang terkejut dengan jeritan Alongnya itu terus menurut sahaja.

Prakkk!!

Cermin belakang keretanya pecah akibat satu butir peluru yang terkena pada cermin belakang kereta itu,manakala lagi satu butir peluru tepat terkena tayar kereta Syed Mukri.

Kereta yang dipandu oleh Syed Mukri mula hilang kawalan ,Syed Mukri berjaya melompat keluar dari keretanya tetapi tidak bagi ayuni.

Ayuni sedaya upaya untuk membuka pintu kereta tetapi tersekat menyebabkan Ayuni sukar untuk melompat keluar dari kereta itu.

Kereta Syed Mukri berpusing laju di atas jalan raya sebelum melanggar penghadang jalan .

"Ayuni!!"jerit Syed Mukri.

Mata Syed Mukri melilau mencari kelibat kereta yang mengikori keretanya tadi sudah tiada.

"Aku dah agak dah memang kerja kau"kata Syed Mukri dengan geram sambil kakinya laju melangkah ke arah keretanya yang sudah di kelilingi asap yang keluar dari bahagian hadapan kereta dan bau minyak petrol sangat kuat.

Hatinya kuat mengatakan bahawa kereta itu akan meletup.

Syed Mukri sedaya upaya untuk membuka pintu di bahagian tempat duduk adiknya tetapi pintu itu agak sukar dibuka.

Syed Mukri mengumpulkan segala tenaganya untuk membuka pintu itu sekali lagi, dengan sekali tarik sahaja, pintu kereta itu terbuka.

Syed Mukri terus mencempung tubuh adiknya yang sudah berlumuran darah itu keluar dari kereta,darah yang mengalir di dahi dan lengan kanannya tidak dihiraukan baginya sekarang ini nyawa adiknya lebih penting.

Bomm!!

Kereta Syed Mukri meletup membuatkan tubuh Syed Mukri yang mencempung tubuh adiknya itu terpelanting jatuh ke jalan raya.

Syed Mukri mendapatkan tuduh adiknya semula, kepala Ayuni di letakkan di atas ribanya sambil tangannya menyeluk poket seluarnya dan mengambil telefonnya.

Syed Mukri terus menelefon ambulan,selepas menamatkan panggilan Syed Mukri terus meraih tuduh kaku adiknya itu sambil mulutnya tidak henti dengan ucapan maaf.

"Ayuni Along mintak maaf,kalau tidak disebabkan Along yang ajak Ayuni keluar Ayuni takkan jadi macam"kata Syed Mukri sayu yang mengharapkan Ayuni dengar setiap apa yang dicakapkan oleh nya.

"Ayuni bangunlah janganlah buat Along takut,kalau apa-apa terjadi kat Ayuni Along takkan maafkan diri Along..bangun lah Ayuni" sambung Syed Mukri ,air mata jantannya perlahan-lahan mengalir di pipinya,perasaan takut mula menyelubungi dirinya kerana adiknya itu tidak memberi sebarang respon.

Gegendang telinganya dapat menangkap bunyi siren ambulan yang semakin jelas, Syed Mukri terus mencempung tubuh Ayuni dan menuju ke arah ambulan.

Tubuh Ayuni yang kaku dan berlumuran darah itu diletakkan di atas katil kecemasan dan diusung masuk ke dalam ambulan.

Skip

HOSPITAL SYED MOKHTAR

Hospital peribadi kerluarga Syed Mokhtar iaitu atuk Ayuni.

Syed Mukri seperti cacing kepanasan yang tidak reti duduk diam, kehulu-kehilir di hadapan bilik pembedahan.

Sudah 1 jam Ayuni telah masuk di bilik pembedahan tetapi masih tiada lagi tanda-tanda pembedahan akan tamat.

Selepas memaklumkan kepada keluarganya tentang Ayuni terus sahaja dia menelefon Zahid iaitu orang kanan Syed Mukri dalam kerja rahsianya.

"Zahid aku nak kau cari siapa bangsat yang buat Ayuni macam ni.." arah Syed Mukri sambil tangan yang digenggam kuat sehingga timbul urat-urat hijau ,dia tahu kereta yang mengekori keretanya itu tadi bukan milik dalang yang sebenarnya tetapi milik konco-konconya.

"Baik bos"jawap Zahid di hujung talian sebelum panggilan dimatikan.

Setelah menamatkan panggilan telefon Syed Mukri kembali duduk di kerusi menunggu di luar wad,sebelum kedengaran namanya dilaung.

"Along!!"Jerit Tan Sri Syed Rizal yang berlari anak ke arah Syed Mukri bersama Pn.sri Rahimah dan Syed syafiq.

"Along!! Along kenapa dahi dengan lengan Along berdarah? kak ngah mana? "tanya Syafiq.

Syed Mukri hanya menundukkan kepalanya sebelum Tan Sri Syed Rizal  mengusap belakang tuduh anak sulong.

"Sabarlah Along..bukan salah Along Ayuni jadi macam tu,dah pergi cuci luka tu nanti kamu pula kena jangkitan kuman"kata Tan Sri Syed Rizal kepada anaknya itu.

"Tapi pa.."pertama Syed Mukri dipotong oleh papanya.

"Dah takde tapi-tapi pergi sekarang,nanti kalau doktor dah keluar papa call kamu"arah Tan Sri Syed Rizal.

Along mengeluh sebelum kakinya melangkah longlai menuju ke bilik seseorang yang amat dikenalinya untuk mencuci lukanya.

~bersambung~

Sorry kalau flashback kali ni panjang sangat😂

Mr. Bodyguard My HusbandWhere stories live. Discover now