Ayuni memberanikan diri melangkah mendekati Rayyan yang duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Kelihatan lelaki itu sangat tidak terurus.
Ayuni pelik dengan perangai Rayyan dua-tiga menjak ni terlalu dingin.
"Awak okey? Ada apa-apa masalah ke? Kalau sudi sheare lah kat saya mana tahu boleh kurang sikit beban kat kepala awak tu.."kata Ayuni ikhlas.
Rayyan memandang sekilas Ayuni disebelahnya sebelum Mukanya diraup kasar beberapa kali. Tanpa berkata apa-apa Rayyan terus bangkit dari duduknya lalu berjalan meninggalkan Ayuni di situ.
Ayuni terkaku seketika 'kenapa dengan dia ni?..', nafas dihela perlahan.
Kakinya berjalan menaiki anak tangga..pintu bilik mereka diketuk perlahan. Tiada sahutan. Tombol pintu dipulas kakinya melangkah masuk ke dalam.
Matanya melilau mencari susuk tuduh Rayyan . tiada .
"Mana dia pergi" gumam Ayuni.
Kaki dimajukan ke arah katilnya yang bersaiz queen lalu punggung dilabuhkan di atas katil tersebut."Dekat dalam toilet kot.."teka Ayuni selepas mendengar bunyi pancuran air.
Badan mula direbahkan sebelum badan kecil itu bergolek-golek di atas katil. Bosan! .sudah masuk 3 hari dia duduk di rumah dan sudah 3 hari juga Alongnya pergi ke negara orang. Rindu?. Sudah semestinya.RINDU GILA!!.
Dia hendak keluar tapi dihalang oleh Rayyan. Ayuni sendiri tidak tahu apa masalah lelaki itu yang tidak membenarkan dia keluar. Cafe?. Jangan cakap lah..sudah lama dia tidak berkunjung ke tempat itu. Hanya mengharapkan sahabatnya , Naura. Yang menguruskan cafe nya itu.
Mungkin dia akan cuba slow talk dengan Rayyan.
Ting!!
Badan Ayuni tegak terduduk di atas katil selepas mendengar bunyi itu.
Iphone Rayyan yang bercahaya dihampirinya.
010-XXXXXXX
<kalau aku dapat dia..aku rasa kau takkan sesekali dapat dia balik..HAHAHA!!
Dahi Ayuni berkerut selepas membaca notification yang tertera di iPhone Rayyan.
' nombor siapa ni? Seram aku baca ' gumam Ayuni.Bunyi pintu bilik air seakan-akan hendak dibuka. Ayuni terus meletakkan pantas iPhone Rayyan ke tempat asalnya sebelum melompat ke atas katil lalu berpura-pura membetulkan cadar.
Rayyan yang sudah siap berpakaian hanya memandang sekilas Ayuni yang Berada di atas katil sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik air lalu meja kecil di tepi katil itu dituju.
Ayuni yang berada di atas katil di tepi Rayyan dapat melihat reaksi Rayyan bila lelaki itu buka sahaja iPhone miliknya. Rahangnya bergerak-gerak seakan-akan sedang menahan amarah. Mukanya juga berubah menjadi merah.
Tiba-tiba Ayuni teringat mesej yang di baca olehnya sebentar tadi. Dahinya berkerut pelik.' Siapa yang dimaksudkan 'dia' tu? , kenapa nampak macam dia marah lepas baca mesej tu? Mesej tu dari siapa? ' pelbagai persoalan bermain di fikirannya.
Mata Rayyan tajam menjeling Ayuni di sebelahnya. Ayuni yang perasan jelingan itu terus menundukkan kepalanya. Takut. Dia dapat rasa kan aura dingin dari lelaki itu.
"Kau ada keluar rumah ke baru-baru ni?!" soal Rayyan sedikit lantang. Ayuni tersentak dengan perubahan Rayyan.
Pantas kepalanya digelengkan laju.
"Ta..tak..saya takde ke..keluar rumah pun.." jawab Ayuni dengan gagap dengan badannya mula menggigil ketakutan.
Rayyan menghela nafas lega.matanya tertancap pada tangan ayuni yang mengigil. Rasa bersalah Rayyan kerana meninggikan suara pada Ayuni.
YOU ARE READING
Mr. Bodyguard My Husband
Acción"Aku amanahkan kau protect adik aku Ayuni"-- Syed Mukri Al Fattah "Beress bro👌🏼"-- Rayyan Izzuddin DINGIN seperti ais kutub utara yang susah nak dicairkan itulah sifat MOHD RAYYAN IZZUDDIN yang tetap dengan pendiriannya sendiri tetapi apabila bert...