~BAB 29~

4.7K 226 6
                                    

Selepas ayuni menceritakan peristiwa yang terjadi selepas Syafiq diculik sehingga ayuni koma dan mendapat mimpi pesanan arwah papa dan mamanya kepada adiknya,sejak itu Syafiq kerap berkurung dalam bilik dan tidak mahu keluar.

Dia masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi,dia berasa sedih kerana tidak dapat melihat wajah mama dan papanya buat kali terakhir.

"Fiq jom lah makan..kak ngah masakkan ikan masak asam pedas ni..Fiq mesti sukakan.."pujuk Ayuni yang tidak penat menunggu jawapan adiknya dibalik pintu bilik itu.

Tiada sahutan suara adiknya dari dalam bilik, Ayuni tidak berputus asa,dia ingin memujuk lagi..

"Fiq bukak lah pintu ni..dari semalam fiq tak makan lagi..fiq mesti laparkan..."ajak Ayuni lagi.

"Kak ngah pergi lah makan dulu..Fiq tak nak makan..Fiq tak lapar lagi"sahut Syafiq dari dalam bilik dengan jawapan yang menghampakan Ayuni.

Ayuni melepaskan keluhan kecil,ayuni tahu bukan senang adiknya itu hendak menerima semua perkara yang telah terjadi ini, dia sendiri pun susah hendak menerima takdir ini tetapi dia tahu semua yang berlaku mesti ada hikmahnya.

Walaupun dia berasa 'down' ketika ini dia tidak pernah metinggalkan perkara yang wajib sebagai seorang umat Islam setiap hari dia solat dan berdoa kepada Allah,dia bersyukur kepada Allah kerana dapat berjumpa mama dan papanya walaupun ketika sedang koma, akhirnya dia redha dengan apa yang ketentuan Allah kerana sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah SWT.

Ayuni melangkah menuruni tangga dan terus menuju ke arah abangnya yang sedang menunggunya di meja makan, dia mengambil tempat di hadapan abangnya.

"Haa..Ayuni mane Syafiq bukan tadi Ayuni pergi panggil dia?"tanya seseorang yang datang dari dapur sambil membawa semangkuk lauk ke arah meja makan.

"Hmm..dia tak nak turun ibu..dia cakap tak lapar lagi"kata Ayuni sambil menyambut mangkuk lauk yang dibawa oleh mak Munah tadi dan diletakkan di atas meja.

Tangan Ayuni melingkari pinggang mak Munah yang berdiri di sebelahnya dan memeluk wanita yang sudah dianggap ibu keduanya itu dengan erat dan mukanya disembamkan ,ayuni sekali lagi melepaskan keluahan.

"Takpe Ayuni..ibu sentiasa ade dengan Ayuni tapi janji dengan ibu jangan sedih² macam ni...mama dengan papa pon tak suka tengok Ayuni macam ni.."kata mak Munah sambil mengusap lembut kepala Ayuni.

Ayuni mendongakkan kepalanya dan memandang wajah putih bersih mak Munah Sebelum mengukirkan senyuman.

"Tapi ibu kena janji jugak jangan balik kampung lama-lama lagi nanti ayuni sunyi..takde sape Ayuni nak peluk.."rengek Ayuni seperti budak kecil sambil mengetatkan pelukannya.

Mak Munah ketawa kecil melihat telatah sifat kanak-kanak ayuni itu, memang tidak dinafikan lagi mak Munah memang rapat dengan Ayuni,sejak ayuni kecil lagi mak Munah menjaganya seperti anak sendiri dan mak Munah berasa tenang bila bersama dengan Ayuni yang ada kalanya mencuit hatinya.

"Ye...Ayuni sayang.."kata mak Munah sambil mengusap lembut kepala Ayuni lagi.

Syed Mukri yang melihat 'drama' dihadapannya hanya mengukir senyuman'haih...aku ade dekat sini macam halimunan je'😩.

"Agak-agak nye..pukul berapa ye...kite baru makan "perli Syed Mukri yang membuatkan drama tergendala.

"Ehh..ade orang rupanya kat sini ingatkan takde orang tadi"sakat Ayuni, sengaja dia mengabaikan Syed Mukri dihadapannya tadi.

Syed Mukri membuat roll eyes tanda menyampah.

Baru mereka hendak menadah tangan ingin membaca doa makan kedengaran bunyi tapak kaki sedang menuruni tangga yang menarik perhatian mereka ,muncul susuk tuduh Syafiq yang melangkah ke meja makan.

Ayuni memandang Syafiq pelik'aik..budak ni dah okey ke..'.

"Kak ngah jangan pandang Afiq macam tu boleh tak..hodoh tau tak"kata syafiq menahan ketawa melihat muka ayuni, kemudian pandangannya beralih ke arah abangnya pula reaksi yang sama dengan Ayuni dihadiahkan kepada Syafiq,dia menghelakan nafasnya perlahan.

"Haih..Afiq dah redha dengan apa yang jadi...lagipun kak ngah cakap mama dengan papakan tak suka kalau kita sedih² mase mereka dah tak ada lagi.."terang syafiq sambil memandang pinggang nasi dihadapannya.

Ayuni, Syed Mukri dan mak Munah tersenyum dan berasa lega mendengar menerangkan Syafiq.

"Hmm..baguslah macam tu tak elok kita meratapi orang yang sudah pergi nanti mereka tak tenang kat sana..dah jom lah kita makan dah sejuk dah lauk-lauk ni."kata mak Munah.

Mereka mula menjamu selera,setelah kenyang Syafiq meminta diri untuk naik ke biliknya semula dia perlu mengulang kaji pelajaran kerana tahun ini dia akan menduduki peperiksaan SPM.

Ayuni bangun dan mengangkat semua pinggang dan cawan ke singki untuk dibasuh,manakala syed Mukri sudah berpanggung di hadapan televisyen.

Ayuni datang ke arah abangnya sambil membawa secawan hotchocolate dan duduk di atas sofa tepi abangnya itu.

"Alhamdulillah..nasib ada adik yang baik buatkan air untuk abang dia tersayang ni.."kata Syed Mukri yang ingin mencapai cawan hotchocolate ditangan Ayuni.

Belum sempat cawan itu bertukar tangan,Ayuni terlebih dahulu menjauhkan cawan itu daripada Syed Mukri.

"Eh..eh!! Sape cakap Along punya ini Ayuni punya lah kalau nak pergi buat sendiri kat dapur.."kata Ayuni sebelum menghirup hotchocolate itu.

"Alaa..malas lah nak pergi dapur balik,bile perut dah kenyang punggung pun jadi berat😂😂.."tipu Syed Mukri.

"Eleh..cakap jelah Along tu memang malas"kata Ayuni.

"Ala..Ayuni bagilah Along minum sikit pon jadilah.."rayu Syed Mukri.

Ayuni membuat muka menyampah sebelum menghulurkan cawan hotchocolate itu kepada Syed Mukri.

"Nah..thanks...sedap!"puji Syed Mukri sambil menghulur semula cawan hotchocolate kepada Ayuni, kemudian matanya dialihkan pada skrin tv semula.

Tookk!!

"Adoii..!! "Jerit Syed Mukri sambil mengusap kepalanya yang terasa sakit kerana diketuk oleh Ayuni menggunakan sudu hotchocolate tadi.

"Haaa tu makan nyerr..Along cakap nak minum sikit je ni sampai habis air orang diminumnya..patutlah puji bagai rupanya ada makna.."marah Ayuni yang geram dengan Along nya itu.

"Hehehe sorry lah Ayuni... sedap sangat"kata Syed Mukri.

Ayuni membuat roll eyes tanda menyampah sebelum meletakkan cawan tadi di atas meja kaca di hadapannya itu.

"Errr..Along esok Ayuni nak keluar boleh.."tanya Ayuni sambil memandang Alongnya.

"Haa..nak pergi mana pulak?duduk rumah je tak boleh ke.. doktorkan dah pesan banyak kan rehat.."kata Syed Mukri.

"Ala...Ayuni nak beli barang sikit kat mall"kata Ayuni sambil mencantumkan jari telunjuk nya seperti ini 👉👈.

"Haih..Rayyan takde lah esok dia tolong Along kat office ada hal sikit..sape nak hantar Ayuni.."kata Syed Mukri risau keselamatan Ayuni jika Rayyan tidak bersama dengan nya.

"Ayuni boleh pergi dengan cik Mat..boleh lah Along..boleh lah"pujuk Ayuni.

"Haihh.. yelah² tapi kalau ayuni rasa curiga ke terus call Along atau Rayyan tau"pesan Syed Mukri.

Dia risau jika terjadi apa-apa dengan ayuni lagi-lagi tidak ada Rayyan disisinya.

Lagi buat dia risau bila dapat tahu kumpulan King mula mengganas.

"Okey👌🏼 along..dah lah Ayuni naik atas dulu..good night Assalamualaikum.." ucap Ayuni sebelum  naik ke biliknya.
 

~Bersambung~

Mr. Bodyguard My HusbandWhere stories live. Discover now