~BAB 33~

5.3K 217 12
                                    

"Kau cakap dengan aku! kau nak bawak aku pergi mana sebenarnya!? Kalau kau tak...aku lompat keluar dari kereta kau ni! "Ugut Naura yang bersedia ingin membuka pintu kereta itu.

Mana dia tidak takut,sekarang ni waktu malam dan lagi satu..dia tidak percaya sangat dengan sepupunya ini kerana Naura tahu yang Rayyan ini adalah Mafia.

"Ish!!kau ni memang tak reti diam eh?aku nak bawak kau pergi rumah ayuni je..dia nak sangat jumpa kau! bukan nak bawak ke mana pon!"terang Rayyan separa lantang kerana geram dengan Naura disebelahnya itu.

"Oooooo.."ujar Naura lega sebelum tersenyum lebar, dia pun terlalu rindu dengan satu-satunya sahabat baiknya itu.

"Tahu pon diam.."perli Rayyan dengan sinis.

Naura yang mendengar hanya menjeling tajam kepada Rayyan.

Perjalanan diteruskan ke rumah ayuni.

--------------------------------
Ayuni POV

"Ibu!!"laung Ayuni dari tangga.

"Ibu buat apa tu boleh Ayuni tolong?"soal Ayuni yang separa lantang
sambil berlari-lari anak ke arah Mak Munah yang sedang memasak di dapur.

"Ha! lari-lari nanti dada tu sakit baru tahu! Kan..Along dah cakap Kalau Ayuni penat nanti dada tu sakit! Ni nak lari jugak degil!"marah Mak Munah sambil diakhiri dengan gelengan kepalanya.

"sorry.."ucap Ayuni sambil dua-dua jari telunjuknya dicantumkan👉🏼👈🏼, air mukanya mula berubah menjadi keruh apabila dimarahi oleh Mak Munah.

Mak Munah yang baru sahaja mematikan api dapur gas menoleh kearah ayuni yang tiba-tiba sahaja berdiam diri dibelakangnya, Mak Munah menjadi cemas apabila melihat mata Ayuni yang mula berair.

"Ayuni! Ayuni kenapa ni!?Ayuni sakit ke? Ibu janji..ibu takkan marah Ayuni lagi.."kata Mak Munah cemas sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi Ayuni.

"Janji!? Ibu tak marah Ayuni lagi?.."Soal ayuni bernada seperti kanak-kanak riang sambil mengangkat jari kelingkingnya.

"Iye..ibu janji.."kata Mak Munah sambil mengusap kepala Ayuni.

Ayuni tersenyum suka apabila Mak Munah mengusap kepalanya kerana perbuatan itu dia merasa dimanjakan.

Ayuni sendiri pun tidak tahu kenapa sejak akhir² ini dia terlalu sensitif apabila dimarahi oleh seseorang.selepas dimarahi,Ayuni akan berdiam diri dan mula bernangis kecil.

"Ibu masak apa? Kenapa macam banyak je ibu masak?bukan kita 4 orang je ke dalam rumah ni?"soal Ayuni pelik yang melihat semua masakan yang dimasak oleh Mak Munah lebih banyak daripada biasanya.

"Dah..tak payah banyak tanya, nak tolong sangat kan? Pergi angkat lauk-lauk tu semua hidangkan atas meja makan sana.. "arah Mak Munah.

"Ai aip captain!"laung Ayuni sambil tangannya tabik hormat kepada Mak Munah. Mak Munah yang melihat telatah ayuni itu menggelengkan kepala.

Ayuni bergerak pantas menyusun semua hidangan itu di atas meja makan,baru sahaja Ayuni meletakkan pinggan yang terakhir di atas meja itu dia terdengar deruman enjin kereta dari luar rumahnya.

Ayuni menjadi pelik setahunya Alongnya berada di dalam bilik ketika ini, dia memandang Mak Munah di penjuru dapur yang sedang menyiapkan air minuman.

"Ibu siapa datang? Bukan ke Along ada dekat dalam bilik dia? Bila masa pulak dia keluar?"bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Ayuni.

"Pergi lah tengok siapa datang"kata Mak Munah lembut dengan senyuman bermakna.

Lantas Ayuni mengambil langkah ke pintu rumah itu selepas mendengar bunyi loceng ditekan berkali-kali.

Mr. Bodyguard My HusbandWhere stories live. Discover now