~BAB 41~

3.7K 183 41
                                    

Rayyan berjalan memasuki biliknya sambil menjawab panggilan dari seseorang.

"Mane kau dapat nombor aku?" soal Rayyan dinggin.

"Ermm dari Along.." jawab Ayuni di hujung talian.

"Hmm...kau nak ape call aku malam-malam ni..?"soal Rayyan.

"Saya...nak awak"jawab Ayuni selamba dihujung talian.

Terbutang mata Rayyan mendengar jawapan dari Ayuni sebelum tersedar selepas mendengar Ayuni ketawa terbahak-bahak dihujung talian.

" hahaha..gurau je..ni Along suruh suruh ambik baju nikah kat butik mama.."kata Ayuni.

"Bila?..esok ke?" soal Rayyan acuh tak acuh.

"Eh tak lah! Ambik time birthday nenek awak nanti.." Kata Ayuni selamba lagi..

Rayyan diam tidak menjawab.

"Hehehe okey..ok dah tu esok lah..habis bila lagi..lusakan kita dah nak nikah.." kata Ayuni lagi.

"Aiik.. bunyi macam tak sabar je jadi bini aku.."kata Rayyan sinis.kini giliran Rayyan pula ingin mengenakan Ayuni.

Ayuni yang berada dihujung talian sudah berbahang malu.

" okeylah..bye assalamualaikum."ucap Ayuni lalu dengan pantas dia mematikan panggilan.

Tindakan Ayuni yang menggelabah mematikan panggilan itu membuatkan Rayyan ketawa kecil.

"Waalaikumsalam "jawab Rayyan sebelum meletakkan fonnya di atas meja lampu yang berada di tepi katil miliknya.

Tuala dicapai lalu bilik air dituju,selesai sahaja Rayyan membersihkan diri dia mengenakan pakaian simple pada tubuhnya yang tegap.

Langkahnya diteruskan menghampiri katil lalu duduk bersandar di kepala katil, dia termenung jauh memikirkan lihat semula rakam video CCTV yang di hantar oleh Nuwar petang tadi.

Fon miliknya dicapai semula lalu aplikasi galeri dibuka sebelum melihat gambar Ayuni yang diambil olehnya secara senyap-senyap ketika Ayuni terlena disebelahnya.

"Bila tengok betul-betul muka budak ni macam aku pernah tengok..Aku ada pernah jumpa dia ke? Aku rasa first time aku jumpa dia time selamatkan dia dari dua ekor beruk bertopeng hari tu..tapi asal aku tak ingat ha?..ke..budak ni ada kena mengena dengan aku ke?"soal Rayyan sendiri sambil termenung lama melihat wajah Ayuni di skrin fonnya. kepalanya ligat memproses memikirkan apa kaitan ayuni dengan dirinya dahulu..tiba-tiba kepala nya terasa sakit mencengkam. Kenapa aku tak boleh ingat apa-apa pasal dia..

"Aghhh!! Sakit.." lantang suara Rayyan menjerit.sambil tangan memegang dan menggenggam rambutnya kuat.

Ummi Rayyan merempuh masuk ke dalam bilik Rayyan selepas mendengar jeritan itu.

"Iyan! Kenapa ni nak..."soal Pn.Maisarah cemas. Terkejut melihat anaknya begitu.setelah sekian lama dia tidak melihat anak lelakinya seperti itu.

"Sakit Ummi..aghh!!sakit!!" jerit Rayyan kesakitan.tubuh Rayyan berguling-guling menahan sakit di kepala yang tidak terhingga.

"Iyan bawak bertenang yang terlalu berfikir.." kata Pn.Maisarah ingin menenangkan Rayyan.

"Hisk..sakit Ummi hisk..Iyan tak tahan..argghh sakit!!"kata Rayyan tidak tentu arah.. Air mata mula mengalir keluar..muka Rayyan mula merah menahan sakit.

"Iyan tenang Iyan...tenang..."kata Pn.Maisarah lemah,ingin menangis dia melihat anaknya itu menjerit kesakitan dan seperti itu.

Rayyan sedaya upaya menenangkan dirinya..lama-kelamaan sakit yang mencengkam di kepalanya itu tadi beransur hilang..Rayyan tertidur kepenatan.

Mr. Bodyguard My HusbandWhere stories live. Discover now