Pagi itu. Seperti yang di arahkan oleh Syed Mukri. Ayuni mengambil keputusan untuk masuk lambat ke cafenya kerana dia harus mengikut Rayyan berjumpa dengan bakal 'mak mertuanya'.
Tubuhnya yang kecil dan ramping itu disarungkan dengan drees labuh yang dihiasi dengan bunga-bunga kecil dan berwarna cerah, sesuai dengan kulitnya yang putih itu menaikkan lagi seri kecantikan yang dimiliki ayuni.
Perasaan gemuruh yang bersilih ganti dengan debaran di hati membuat ayuni menarik nafas panjang sebelum dilepaskan pelahan.
"Ayuni! Asal kau berdebar sangat ni!?..kau nak jumpa dengan Mak dia je..bukan nak bernikah sekarang pon.."kata Ayuni melihat pantulan dirinya dari cermin dihadapannya itu.
Sekali lagi ayuni menarik nafas lalu dilepaskan pelahan sebelum kedengaran bunyi ketukan dari pintu biliknya.
"Masuk! Pintu tak kunci pun.."kata ayuni sambil mengemaskan lagi rambutnya.
Syafiq masuk lalu pintu ditutup kembali.
"Wowwww...cantiknya kak ngah!..kenapa sebelum ni Afiq rasa..Afiq nampak kak ngah macam beruk terlepas dari zoo je..selekeh tahap babun.."sakat syafiq sambil berjalan ke arah kakaknya lalu melabuhkan punggungnya di hujung katil.
"Yeke Fiq! Kak ngah rasa mata kau tu dah rabun teruk sangat dah Fiq! baik fiq pergi jumpa doktor cepat..mana tau doktor tu boleh cuci sekali otak Fiq yang dah hitam tu jugak.."kata Ayuni geram, 'suka hati dia je cakap muka aku ni macam beruk terlepas dari zoo!? Kang sumbat mulut tu dengan batu baru tahu! 'kata Ayuni geram dalam hati.
Ayuni menjeling tajam ke arah adiknya dihadapannya ketika ini.
Syafiq yang melihat reaksi kakaknya itu mula tidak senang duduk,segera dia memikirkan cara mengambil hati kakaknya itu semula.
"Tapikan... serious hari ni kak ngah cantik giler..kalau kita bukan adik-beradik dah lama Afiq meminang kak ngah dulu sebelum abang Rayyan.."kata Syafiq , sampai macam tu sekali kau nak ambil hati kakak kau😂.
Pap!
"Adoi!!"jerit Syafiq kesakitan selepas di pukul oleh ayuni dengan sikat yang berada di meja soleknya
"Haaa..ambik kau! Kak ngah dah lama sabar dengan Fiq dari tadi tau...apa Fiq merapu ni! Meminang bagai..kak ngah rasa Fiq kena cuci otak secepat yang mungkin..kak ngah rasa dah parah sangat dah ni.."kata ayuni.
Syafiq menggaru kepalanya yang tidak berasa gatal dan tersenyum kambing.
"Dahlah malas nak layan Fiq dah makin dilayan makin merapu,kak ngah pun boleh jadi giler..ni masuk bilik kak ngah ni nak apa? "Soal ayuni.
YOU ARE READING
Mr. Bodyguard My Husband
Action"Aku amanahkan kau protect adik aku Ayuni"-- Syed Mukri Al Fattah "Beress bro👌🏼"-- Rayyan Izzuddin DINGIN seperti ais kutub utara yang susah nak dicairkan itulah sifat MOHD RAYYAN IZZUDDIN yang tetap dengan pendiriannya sendiri tetapi apabila bert...