Sampai sahaja di CAFE CHOCO,rayyan terus mengangkat semua kotak stok itu masuk ke cafe.
Rayyan terus meletakkan kesemua kotak itu di atas kaunter cafe dan bergerak laju ingin meninggalkan cafe tersebut.
Belum sempat dia melangkahkan kaki keluar dari cafe itu Naura menegurnya.
"Eh! Eh! Ayuni mana!!"tanya Naura kuat yang pelik kerana Ayuni tidak masuk-masuk lagi ke cafe.
"Ayuni pengsan tadi.."bicara Rayyan dipotong laju oleh Naura .
"What!! Ayuni pengsan!!Kau buat ape haa!!Sampai die pengsan!!".pintas Naura yang berubah cemas mendengar berita tentang Ayuni itu.
"Aku tak buat pape lah!!dah lah aku pergi dulu nak cepat ni.."kata Rayyan kepada sepupunya itu sambil kakinya melangkah laju masuk ke keretanya semula,yes..Naura ialah sepupu kepada Rayyan.
Macam mana Naura tahu itu sepupunya kerana malam tadi Ayuni mengadu kepadanya bahawa lelaki pujaannya itu a.k.a Along Ayuni mengarahkan Ayuni dijaga oleh seorang bodyguard yang bernama Rayyan.
Dan bukti paling kukuh ialah Naura melihat sendiri dengan matanya,Ayuni bergaduh dengan Rayyan di luar cafe ketika Ayuni hendak mengambil stok tadi pagi tadi.
"Huu.. Ayuni² banyak betul dugaan dalam hidup kau ni tapi kau tak pernah merungut"keluhan dilepaskan mengingatkan nasib yang menimpa Ayuni.
Semua cerita kisah hidup Ayuni pahit,suka dan duka dikongsikan bersama naura kerana mereka berkawan baik dari sekolah menengah lagi dan tentang perbuatan Hanafi kepada Ayuni juga Naura tahu.
----------------------------------
Rayyan POVPejalanan di terus kan ke rumah Ayuni,sampai sahaja di sana Rayyan terus mematikan enjin keretanya dan bergerak ke pintu belakang, pintu dibuka lalu tuduh Ayuni mula dicempung kembali dan menuju ke pintu rumah tersebut.
"Huh asal tiba-tiba panas gile badan budak ni"ujar Rayyan perlahan yang merasakan badan Ayuni yang dicempungnya mulai panas berbanding semasa Ayuni mula-mula pengsan tadi.
Di muka pintu rumah Tan Sri Syed Rizal, dari jauh sudah nampak susuk tubuh Syed Mukri yang menunggu ketibaan
Selepas mendapat panggilan dari Rayyan,Syed Mukri terus pulang ke rumah,dia pun belum sempat memberi tahu mama dan papanya tentang keadaan Ayuni,pasti mereka terkejut apabila mendengari berita ini.
Rayyan meletakkan tuduh ayuni di atas katil bilik ayuni,muncul seorang doktor dan seorang jururawat datang bersama Syed Mukri.
"Kamal kau tengok-tengokkan adik aku ni"pinta Syed Mukri kepada doktor peribadinya.
Rayyan disebelahnya berlagak tenang,dia sudah tahu siapa doktor yang datang bersama Syed Mukri itu kerana doktor itu juga sering datang merawat anak-anak buahnya jika ada yang tercedera.
"Ayuni menghidapi demam panas kerana kejadian yang baru sahaja dia lalui tadi membuatkan suhu badannya meningkat mendadak"terang Dr.kamal.
Syed Mukri yang baru sahaja mendengar berita tentang keadaan adiknya itu melepaskan keluhan, satu persatu kejadian yang mengakibatkan Ayuni menghadapi trauma kini datang kembali.
Apa lagi dia harus buat untuk menjamin keselamatan Ayuni lebih terjamin,dia takut jika salah seorang ,orang yang dia sayang menderita atau disakiti.
"Aaghhh stress nyeee.."jerit Syed Mukri selepas doktor dan jururawat peribadinya balik.
Rayyan yang melihat keadaan rakannya yang serabut itu terus menuju ke arah Syed Mukri dan bahu rakannya ditepuk.
"Sabar bro... pagi Nuwar dah call aku,dia cakap orang yang follow kereta kau masatu dorang dah dapat,so..malam ni kita settelkan kat markas,sekali kita bincang tentang Ayuni okey?"Terang Rayyan sebelum diakhiri dengan persoalan.
Syed Mukri hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.
"Tapi aku datang lambat sikit sebab aku nak bincang dengan perents aku dulu lepas tu baru aku datang" kata Syed Mukri.
"Ok aku chaw dulu..jumpa malam ni"kata Rayyan sebelum keluar dari rumah itu.
"Huh confirm esok aku tak boleh pergi kerja" keluh Syed Mukri kerana jika Ayuni demam,ayuni akan mula perangai manjanya,dia ingin 24 jam ada orang disisi nya jika tidak dia akan merengek dan menangis itu juga akan mengakibatkan demam Ayuni tidak akan kebah.
~bersambung~
YOU ARE READING
Mr. Bodyguard My Husband
Action"Aku amanahkan kau protect adik aku Ayuni"-- Syed Mukri Al Fattah "Beress bro👌🏼"-- Rayyan Izzuddin DINGIN seperti ais kutub utara yang susah nak dicairkan itulah sifat MOHD RAYYAN IZZUDDIN yang tetap dengan pendiriannya sendiri tetapi apabila bert...