Hi~guys..
Sorry sebab author dah lama tak update..Tapi maybe lepas ni author akan kerap update sebab author dah habis exam!! Yeah!! Merdeka!!🙌
Sorry yang mana komen tapi author tak reply..~jangan benci author..😖
And sorry kalau cerita sis hambar..apapun enjoy!
===============================
Pada hari ini,semua anak buah Syed Mukri dan Rayyan berkumpul mengawasi setiap kawasan rumah Syed Mukri
Semua hadirin yang hanya berkepentingan dengan keluarga Ayuni dan Rayyan mula memenuhi ruang tamu rumah agam Tan.Sri Syed Rizal.
"Mana pengantin perempuannya..kita dah nak mula acara akad nikah dah ni.."tanya tok kadi.
"Kejap ye..saya pergi panggil kan kat atas.."kat mak Munah yang mulai bangun dari duduknya sebelum tangannya dipegang oleh seseorang disebelahnya.
"Takpe biar saya yang panggil kan..Mukri izinkan makcik naik ke atas.." kata Pn.Maisarah sambil memandang mak Munah disebelahnya, senyuman manis diberikan oleh mak Munah, pandangannya pula beralih ke arah Syed Mukri yang duduk di sebelah tok kadi.
Syed Mukri hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.
Pn.Maisarah bingkas bangun dari duduknya.
"Ecah duduk sini kejap Ummi nak panggil kak Ayuni.."kata Pn.Maisarah kepada anak bongsunya.
"Ecah nak ikut Ummi..Ecah tak sempat lagi tengok muka bakal kak ipar Ecah.."rungut Ecah..sambil buat muka sedih.
"Ecah..ummi pergi panggil kak Ayuni kejap je..Nanti kak Ayuni turun Ecah tengok lah muka dia puas-puas.." pujuk Pn.Maisarah dengan maksud tersirat.
"Hmmm baik Ummi.."kata Ecah pasrah.
Pn.Maisarah meneruskan langkah menaiki anak tangga lalu bilik Ayuni dituju.
"Assalamualaikum.." Ucap Pn.Maisarah yang melangkah masuk ke dalam bilik.
"Waalaikumsalam.."jawab orang didalam bilik.
Masuk sahaja didalam bilik itu matanya terus tertancap pada tiga susuk tuduh..
"Mana pengantin perempuan ye?"tanya Pn.Maisarah matanya melilau mencari gadis yang dicari.
"Ayuni kat sini je Ummi.."jawab Ayuni lembut sambil memalingkan tubuhnya menghadap Pn.Maisarah dibekalangnya.
"Ya Allah..betul ke ni Ayuni!?.. cantiknya bakal menantu Ummi ni!!" puji Pn.Maisarah gembira terus berlari anak menghampiri Ayuni.
Naura dan Shila yang berada di situ hanya tersenyum.
"Terima kasih Ummi.."ucap Ayuni tersenyum,mukanya sudah berbahang malu.
"Ayuni betul ke dah pakai.."soal Pn.Maisarah dibalas laju oleh anggukan kecil Ayuni sambil tersenyum manis.
"Masya-Allah..Alhamdulillah.." ucap Pn.Maisarah terharu melihat perubahan fizikal Ayuni secara tiba-tiba.
"Dah jom..semua dah tunggu kat bawah..tinggal bakal permaisuri nya je.." kata Pn.Maisarah sambil mencuit manja hidung Ayuni lalu menyambar lembut tangan Ayuni lalu menariknya keluar dari bilik.
Ayuni tersenyum kecil sebelum menghembuskan nafas panjang, menghilangkan debaran dihati.
Ayuni mengikuti langkah Pn.Maisarah yang berada di hadapannya sambil diiringi dengan Naura dan Shila di sisi nya.
Sampai sahaja di ruang tamu, semua mata hadirin termasuk Rayyan yang sedang duduk di hadapan tok kadi terpana melihat Ayuni.
Muka Ayuni mula merah berbahang malu apabila melihat semua orang memerhatikan dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/167533560-288-k146557.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Bodyguard My Husband
Azione"Aku amanahkan kau protect adik aku Ayuni"-- Syed Mukri Al Fattah "Beress bro👌🏼"-- Rayyan Izzuddin DINGIN seperti ais kutub utara yang susah nak dicairkan itulah sifat MOHD RAYYAN IZZUDDIN yang tetap dengan pendiriannya sendiri tetapi apabila bert...