t w o

1.7K 254 15
                                    

━━━━━━━༺۵༻━━━━━━━

Aku masih lagi disini. Melihat bintang di atas bumbung berseorangan setiap malam.

Kadang - kadang aku hampir tertidur dekat atas bumbung rumah semasa melihat bintang. Harini ada dua tiga ketul bintang je yang dapat aku saksikan.

Dahan pokok yang menjalar sehingga ke atas bumbung itu terlihat sudah mahu layu. Lemah seperti diri aku yang hari hari mempunyai masalah hidup.

Mujur , ada yang dapat menghilangkan semua masalah tersebut. Aku tiada satu gambar Jimin. Tiada lagu mereka untuk menghilangkan bosan. Tiada video untuk ditonton.

Apa yang aku boleh buat , menghadap dinding. Berangan aku menjadi teman wanitanya. Berangan aku menjadi isterinya.

Cuba bayangkan , kau jadi teman wanitanya dan disayangi ahli BTS dan Army ? . Army menyokong hubungan kami. Itu apa yang aku mahukan setiap hari.

Mungkin harini aku dikenali sebagai seorang yang miskin , mungkin hari hari yang akan datang , aku dah bertukar nama?

Bukan nama , tapi status.

Daripada Kim ke Park?

Daripada orang miskin kepada orang kaya?

Daripada rumah sekecil stor kepada rumah sebesar istana?.

" hm , sudahlah Minji , lebih baik kau tidur. Jangan berangankan benda yang tak mungkin terjadi "

Bisik aku untuk diri sendiri.

Buku di atas meja aku buka. Pen bewarna biru aku menarik keluar daripada bekasnya.

Pen biru yang dipegang lansung ditatap dengan penuh perhatian.

" kena beli pen baru ni .. "

Aku mula menulis. Dakwat pudar menujukkan dakwat sudah mahu habis.

Hanya sebatang je lagi yang tinggal di rumah , sebatang lagi khas untuk di sekolah.

Aku bangun dari kerusi dan turun ke bawah mencari ibu dan ayah aku.

Mereka sedang menonton tv. Huh , aku lega mereka berbaik.

" eomma, appa "

Panggil aku perlahan.

" eung? Min ji, kamu tak tidur lagi? "

Tanya eomma yang masih menguyah makanan tanpa memandang aku. Apatah lagi appa , yang lansung tidak tanya dan tidak pandang.

" eomma , min ji nak mintak sesuatu ni "

Aku cuba meminta perlahan lahan , aku risau aku akan kena tengking sebab meminta.

Eomma memusingkan kepalanya melihat aku , begitu juga appa. Appa sudah mengeluh melihat aku.

Nampaknya apa yang aku mahu tidak dapat bila melihat aksi mereka sebegini.

" minta apa lagi kamu ni Min ji? "

Appa bersuara sambil mencabut kaca matanya dan diletakkan di meja kecil tepi sofa.

" err min ji .. "

" macam macam kamu minta, sekarang apa pulak?! "

Makin tinggi suara appa. Membuatkan aku lebih takut untuk meminta sebatang pen.

Appa kedekut walaupun hanya 50 puluh sen.

Tangan aku disatukan menghilangkan rasa ketakutan. Aku dapat lihat yang dia marah dengan aku sekarang ni.

" min ji .. nak minta appa belikan pen baru itu je , min ji tak mintak banyak , sebatang pen je "

Mereka menghembus nafas lega.

" esok appa beli "

" tapi min ji nak guna sekarang.. "

" tak faham bahasa ke?! Aku kata esok tu esok lah!! "

" hm , tapi min ji nak siapkan kerja- "

" esok! "

Appa mengambil kunci kereta dan terus keluar. Eomma hanya mengangkat bahu melihat aku. Dia lansung tidak ambil berat tentang aku malah membiarkan aku kena tengking dengan appa.

" eomma.."

" esok jela min ji "

Dia bangun dari sofa dan naik ke atas.

Air mata aku mulai mengalir ,dari perlahan terus menjadi laju. Hanya hembusan bernamakan 'sabar' aku helakan.

" biar la kena denda esok.."

Tahan malu kena denda esok. Aku tahu apa yang akan berlaku sekiranya aku didenda. Mereka akan gelak sepuas hati malah mengacau aku semasa didenda.

Sebab aku ni , Kim min ji. Yang memang sentiasa digelak dengan rupa , dengan kemiskinan.

Bukan macam orang orang kaya yang lain , dihormati dan dipandang tinggi bak gunung

- TBC.

[C] rich & poor - jimin Where stories live. Discover now