━━━━━━༺۵༻━━━━━━
Kaki aku laju keluar dari rumah menuju ke rumah So hee . Tidak sabar nak bagitahu yang aku ada 3 keping tiket untuk ke konsert ! .
Lama aku berdiri di hadapan rumahnya , risau tidak disahut nanti .
" So hee !! Oooo Kang So hee ! "
Loceng yang berada di tepi pagar aku tekan berkali kali , aku teruja untuk berikan dia satu keping tiket dan pergi ke rumah Jin Hye pula .
" hm? Oh yah ! Kim Min ji ! Bogoshipeo! "
Jerit So hee dari balkoni biliknya dan berlari turun ke bawah .
Pintu pagar dibuka lalu dia memeluk tubuh aku . Rindu sangat ni ? Rasanya baru 2 hari tak berjumpa selepas habis sekolah .
" aku datang sini nak bagi kau sesuatu ! "
So hee sudah menggaru garu kepalanya yang tidak gatal , garu kerana tertanya tanya apa yang aku akan beri .
" a-apa dia ? "
" close your eyes , bestie "
Dia menutup kedua dua matanya dengan menggunakan tapak tangan .
" tadaaaa! "
Tapak tangan terus dialihkan dari mata , matanya membulat melihat 3 keping tiket yang aku pegang .
" mi-min ji , ma-mana kau dapat ni ? "
Wajahnya seakan akan tidak percaya , aku menghulurkannya sekeping tiket lalu terus menarik lengannya .
" jom ! Pergi rumah Jin Hye ! "
Kami berdua berlari pergi ke rumah Jin hye , tidak jauh dari rumah So hee , hanya selang 7 buah rumah sahaja .
Loceng rumah Jin Hye aku tekan berkali kali , So hee masih lagi tercungap cungap kerana aku ajak dia berlari tanpa persediaan . Ecececece .
" hm? oh min ji , so hee , kamu berdua cari jin hye ya ? "
" nae! "
Mama Jin hye yang keluar membuka pagar , pelik selalunya Jin hye yang buka , walaupun mama dia ada di rumah .
" masuk la , jin hye tak sihat "
" eung ? yeke ? "
Kami berdua terus berlari masuk ke dalam rumah Jin hye . Mama jin hye tidak kesah kerana dia tahu memang kami berdua sahaja sahabat baik anak nya .
YOU ARE READING
[C] rich & poor - jimin
Fanfic❥• JEONNCOCO 2019 © a concert that will never be forgotten. Cringe teruk, rasa seronok hah bacalah! start ; 10 July 2019. end ; 8 March 2020. PLAGIARIZE IS HIGHLY PROHIBITED. 🚫