━━━━━━━༺۵༻━━━━━━━
" min ji ! bangun! "
Mengelamun aku bangun dari tidur apabila dengar jeritan eomma dari luar bilik. Mahu tercabut jantung.
Mata yang layu segera aku gosok. Kabur mata aku sebab penuh dengan taik mata. Tak cukup tidur , aku ingat habis sekolah boleh lah tidur dua tiga hari.
" omma! mana sekolah dah! "
Jerit aku dari dalam bilik. Mana tahu omma kejut sebab dia ingat harini sekolah lagi. Dah jadi rutin dia setiap hari kejut aku yang memang susah nak bangun tidur.
" makcik kamu nak datang harini! "
Makcik? Makcik mana satu? Makcik yang lahir dekat Ilsan ke makcik yang lahir dekat Busan?!!
" Ilsan ke Busan?!! "
" Busan!!! "
Busan?!
Aku segara bangun dari katil dan mencapai tuala biru muda. Kaki aku melangkah laju ke dalam bilik mandi.
Makcik Hye won! Adik omma nak datang!
Aku gembira bila dia datang , dah 9 tahun dia tak balik Korea kerana bekerja di Australia.Makcik Hye won masih muda, baru 31 tahun. Tiada suami lagi , duit banyak.
Ada chance ke aku nak mintak dia belanja aku pergi concert BTS nanti?!Itu pun kalau boleh , mesti tiket dah laris dijual.
Sesuai mandi, aku keluar dari bilik mandi.
Pintu almari aku buka , memilih baju yang sesuai.Tiada baju yang menarik aku ada dalam almari ni , biasa aje.
Setelah memakai baju yang dipilih , aku segera turun dari bilik.
Makcik Hye won dah sampai rupanya! Dia menyapa dengan senyuman apabila melihat aku berlari turun dari tangga.
" hai sayang! "
Tubuh yang tinggi itu aku peluk dengan erat. Sudah lama tidak ketemu , 9 tahun bukan sekejap.
Aku masih ingat dia beli macam macam untuk aku masa aku gian nak mewarna dan menulis.
Sekejap je berlalu , sekarang aku dah habis sekolah , tak lama dah nak bekerja. Bila dah bergaji , aku pula belanja dia.
" rindu makcik tak?! "
YOU ARE READING
[C] rich & poor - jimin
Fanfic❥• JEONNCOCO 2019 © a concert that will never be forgotten. Cringe teruk, rasa seronok hah bacalah! start ; 10 July 2019. end ; 8 March 2020. PLAGIARIZE IS HIGHLY PROHIBITED. 🚫