s i x t e e n .

1.2K 172 10
                                    

lama kita tak berjumpa .


.



.

+++

Runsing kepala aku memikirkan sesuatu yang perlu dibuat . So hee dan Jinhye sudah pergi ke negara yang mereka inginkan selepas mendapat gaji pertama bekerja .

Memang itu impian mereka terbang ke negara lain bersama ibu bapa mereka . Aku je yang merancang tetapi tak buat . Nak buat macam mana , ibu bapa pun macam dah tiada dalam dunia ni .

Sama sama merancang tetapi mereka sahaja yang dapat selesaikan rancangan mereka . Terasa rindu dekat mereka . Setiap hari hati aku ingin bertemu mereka . Omma, appa dah makan ke belum? Min ji dah makan .

Sudah lama aku berfikir , biar aku saja yang beranikan diri bertemu mereka . Walaupun aku tahu yang mereka takkan terima anak macam aku ni .

Aku tahu mereka pun tahu aku duduk dengan siapa , siapa yang beli aku . Mereka tahu . Kalau tak tahu pun, biar aku yang bagi tahu lagi sekali . Biar mereka faham .

+++

Jimin ada bersama dengan aku . Ikutkan hati aku tak mahu dia ikut . Aku malu dengan sikap ayah aku yang sanggup menjual anak . Aku malu untuk biarkan Jimin bertemu dengan ayah aku buat kali kedua .

 “ are you sure mereka tinggal dekat sini lagi? this house seems empty like nobody lives here ” tanya Jimin sambil menjengukkan kepala dari dalam kereta . Pagar tutup . Banyak daun yang berguguran seperti sudah lama dibiarkan .

Atau mereka pindah di rumah yang lebih besar dari ini ? Mungkin terjadi , dengan duit 1 juta yang mereka dapat . Aku tak rasa duit itu masih lagi ada baki .

Aku turun dari kereta . Mata aku melilau lilau mencari kelibat seseorang di sekitar rumah . Ah, aku nampak Pakcik Oh!

 “ ahjussi.. ” panggil aku perlahan sambil tunduk tanda hormat .

Pakcik Oh memusing kan tubuhnya lalu tersenyum . Pakcik Oh ialah jiran yang rapat dengan aku . Dia saja yang tahu kedua ibu bapa aku macam mana . Dia yang beri aku makan masa aku berumur 12 tahun ketika omma dan appa aku tidak pulang ke rumah selama 2 minggu .

 “ min ji! sudah lama pakcik tak jumpa kamu , biasalah orang dah bahagia mana nak ingat pakcik hehe ”

 “ oh jadinya ahjussi pun dah tahu hehe , malu lah saya ahjussi . hm ahjussi , omma dengan appa dah keluar dari rumah ni ke?? ” Pakcik Oh terdiam sejenak . Dia mengelap peluhnya di dahi lalu duduk di bahagian tepi rumah aku . Aku juga turut duduk disebelahnya.

Jimin pun datang dan duduk di tepi aku . Pakcik Oh hampir mendapat serangan jantung apabila melihat Jimin yang tiba tiba datang .

 “ Baru baru ni, ada sebuah kereta limousin yang datang ke rumah ambil mereka berdua , entah bawa kemana ” jelas Pakcik Oh .


Takkan appa bekerja dengan orang atasan dekat kelab itu pula? Kalau benar , sudah tentu appa akan jadikan omma sebagai pelacur . Dia sanggup buat apa sahaja demi duit , tengoklah sehingga aku dia sanggup jual .




[C] rich & poor - jimin Where stories live. Discover now