[ Special Update ]
Peminat Miskin & Idola Dunia reached 1k reads today!
Thank you. 💜.
.
Jimin menghantar aku berdekatan rumah kerana aku tidak mahu omma atau appa perasan .
Nanti macam macam soalan diajukan dekat aku , bukan sahaja soalan malah aku tahu dia mesti akan memarahi aku .
" hai! min ji dah pulang! "
" ehem , aku dengar kau dah jadi girlfriend jantan terkenal tu? "
Langkah aku terhenti . Tubuh aku dipusingkan menghadap appa yang sedang menyilang kaki di atas sofa .
" eh mana adalah appa , em omma harini ada makanan apa? min ji lapar laa "
Rengek aku cuba untuk menukar topik tadi . Buat apa mahu makan sedangkan aku dah makan bersama So hee dan Ji hye tadi .
" kau ada boyfriend sendiri kan? suruhla dia bagi makan "
Macam mana omma dan appa tahu? Tak mungkin masuk berita .
Aku sedikit terasa bila omma dan appa makin kerap memanggil aku dengan panggilan 'aku kau' .
Terasa hina sebagai seorang anak .
++++
" malam ni ikut appa , appa nak bawa kamu ke suatu tempat "
" eung? okay "
Hati aku berbunga bunga kerana ajakan appa yang tidak pernah keluar dari mulutnya .
Ini kali pertama dia mengajak aku keluar. Dia siap sediakan sebuah gaun atas lutut yang mendedahkan dada dan bahu aku .
Aku tahu ia kelihatan cukup seksi , tapi aku rasa mungkin malam ni kami akan pergi makan malam keluarga bersama sama ?
Mungkin restoran yang ditempah adalah restoran yang mahal mahal dan appa tahu aku tiada baju yang sesuai , mungkin sebab itu dia suruh aku pakai baju ni .
++
Aku turun anak tangga dengan perlahan kerana kasut bertumit tinggi itu membuatkan aku tidak selesa .
Appa sendiri kata yang dia tidak ada duit , tetapi baju dan kasut yang dibelikan kelihatan cukup untuk beli 5 helai tshirt di shopping mall .
" omma tak ikut ke? "
" tak "
Omma sengaja mahu aku meluangkan masa dengan appa ke?
Appa masih tekun memandu .
" appa pakai baju ni je ? "
Dia diam . Lansung tidak menghiraukan pertanyaan aku .
Sehingga kami sampai berhadapan dengan sebuah kelab malam .

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] rich & poor - jimin
Fanfiction❥• JEONNCOCO 2019 © a concert that will never be forgotten. Cringe teruk, rasa seronok hah bacalah! start ; 10 July 2019. end ; 8 March 2020. PLAGIARIZE IS HIGHLY PROHIBITED. 🚫