━━━━━━━༺۵༻━━━━━━━
Bunyi jam yang bergetar segera aku tekan mematikannya dari terus membuat bising di telinga.
Aku duduk bersila di atas katil , tenung langit yang masih gelap di subuh hari.
Masih awal untuk aku bersiap sebelum ke sekolah. Setiap hari aku bangun hanya satu yang aku fikirkan.
Cepat lah habis sekolah , aku nak kerja sepuas hati.
Ibu dah ayah memaksa aku belajar bersungguh sungguh dahulu , bila sudah habis sekolah baru cari kerja yang bersesuaian dengan result peperiksaan akhir nanti.
Aku taknak sambung belajar , aku nak cari duit .
Masih sedih sebab mereka memaksa aku belajar sehingga aku sendiri tidak tahu erti letih, lelah , penat.
Mereka paksa aku belajar tapi mereka sendiri tidak mahu korbankan sedikit duit mereka untuk beli barang tulis aku.
Aku tahu ini tahun akhir aku dekat sekolah ni. Tidak semestinya aku habis sekolah nanti , aku tidak guna pen bukan?
━━━
Gadis berusia 17 tahun itu melangkah masuk ke kelas dan berjalan menuju ke mejanya.
Mencari cari kelibat 2 orang sahabatnya , Jin Hye dan So Hee.
" jangan kata diorang tak datang la , ke tak siap kerja sekolah diorang ni? Aku la kena denda seorang diri nanti "
Bebelnya seorang diri. Kosong la tempat duduk disebelahnya jika So Hee tidak hadir.
Matanya tertumpu kepada sebuah kumpulan yang berbentuk satu bulatan.
Terasa ingin tahu apa yang diborakkan mereka.Gadis itu bangun dari kerusinya dan menyelit di bulatan itu.
" borak apa je ? "
" oh Min Ji! aku tak perasan kau dah datang "
Jawab salah seorang pelajar lelaki di situ.
" siapa je nak perasan kedatangan dia "
Sampuk perempuan yang disebelah lelaki tersebut.
Min Ji hanya membalas dengan senyuman. Tidak tahu senyuman jenis apa yang dilemparkannya.
" semalam aku beli album bts "
Ada seseorang yang tiba tiba mencelah dan memecahkan kebisuan.
" omoooo untungnya kau , Jung in. "
" aku pun nak beli jugak nanti! tunggu appa aku balik dari Singapura !"
Min Ji tidak tahu apa yang ingin diborakkan sedangkan masing masing sudah membuka mulut tentang album album bts.
Dalam hatinya masih berborak sabar.
Sampai masa nanti, kau dapat semua tu Min ji , cepat atau lambat je.
Dia balik ke tempat duduknya. Skirt sekolah dibetulkan sebelum duduk dengan selesa.
Rambut yang tidak diikat terus diikat pony dengan getah rambut bewarna hitam.
YOU ARE READING
[C] rich & poor - jimin
Fanfiction❥• JEONNCOCO 2019 © a concert that will never be forgotten. Cringe teruk, rasa seronok hah bacalah! start ; 10 July 2019. end ; 8 March 2020. PLAGIARIZE IS HIGHLY PROHIBITED. 🚫