LAMA Freya berfikir dan perjalanan sudah semakin jauh, barulah dia mendapat satu keyakinan. Segera Freya menukar arah perjalanan, memecut untuk mengejar kenderaan itu. Freya semakin cemas bila lembaga itu masih melekat di atas bumbung kenderaan mewah itu.
" Stop! " Freya menekan-nekan hon motorsikalnya, meminta agar pemandu itu mahu memberhentikan kereta.
" Dah gila agaknya perempuan ni " Kata pemandu itu.
" Kenapa Ariel? " Tanya Arif.
" Entah, ada perempuan suruh kita berhenti " Jawab Ariel. Seraya dengan itu, Arif menjengulkan kepala ke tingkap.
" Tolong berhenti " Freya masih memaksa mereka agar mahu menghentikan kenderaan itu.
" Stop "
Perintah Rafie, Ariel langsung memberhentikan kereta di tepi jalan. Pantas Freya menghampiri kereta itu, Arif keluar untuk mengetahui sebab gadis itu meminta agar mereka berhenti.
" Kenapa? " Tanya Arif.
" Ada sesuatu yang sedang ikuti kereta ni " Arif mengebilkan mata, sedang Ariel berfikir gadis itu tidak waras.
" Pergi!! "
Freya membuka sebelah kasutnya, mahu membaling ke arah lembaga yang tak terlihat oleh mata kasar itu. Arif turut mendongak sama, menggelengkan kepala.
" Dia dah pergi, korang boleh teruskan perjalanan "
Ujar Freya, berasa lega. Pada saat dia hendak naik semula ke atas motornya, seseorang menyentuh bahunya dari belakang dan memusingkan badannya dengan kasar.
" Kau ni siapa? Gila ke? Apa yang kau dah buat? "
Lelaki itu buatkan mulut Freya terkunci. Dia sangat terkejut bila lelaki itu adalah artis yang dia temukan pagi tadi.
" Cik Rafie, abaikan. Perempuan ni mungkin tak betul " Kata Arif, membawa Rafie masuk semula ke dalam kereta.
" Saya bukan gila... " Kata Freya, sedih.
" Kau tak gila! Cuma hilang akal! "
Lanjut Rafie bersuara, melemparkan kata-kata kesat pada Freya. Freya sedih, hendak saja dia menangis. Dia benar-benar tak menyangka, kata-kata itu keluar dari mulut seorang lelaki kacak yang popular.
" Lelaki tak guna! Buang lah muka kacak tu ke laut! Isk! " Bengang Freya, menengking Rafie yang sudah pun jauh dari dia.
Mereka tiba di rumah bak istana itu, Rafie masih bengang mengingat perbuatan gadis itu. Pada saat dia hendak melangkah masuk ke bilik air, Rafie terlihat sehelai kertas yang dilekapkan ke cermin. Rafie langsung terhela nafas. Dia keluar, menemui Arif.
" Rif, saya tak jadi jumpa Cik Hisyam esok . Esok saya ada kelas " Arif menepuk dahi sendiri kerana terlupa.
" Sorry Cik Rafie, saya terlupa untuk periksa jadual pelajaran Cik Rafie "
" Takpe. Bagitau Cik Hisyam saya busy "
" Baik "
///
Ketika memberus gigi pun, bengang Freya pada sikap biadab Rafie masih terbayang dengan jelas. Sakit hatinya mengingat ke semua kata-kata penghinaan Rafie.
" Lelaki tak guna! Kau fikir, kau artis kau boleh pandang rendah dengan aku? Aku harap kau bercinta dengan kaum spesis kau! Biar kaum perempuan tak menderita dengan sikap buruk kau! Isk geram aku! "
Ketika Freya selesai menggosok gigi di bilik air, tiba-tiba Freya terdengar bunyi tapak kaki berjalan dengan kuat dan laju dibalik pintu. Freya menelan liur, perlahan melangkah cuba mengintai keluar.
YOU ARE READING
BODYGUARD MR.GAY(complete)
De TodoRAFIE YAHYAH tidak tahu apa itu 'Perempuan' . Dia kehilangan ibunya di dalam satu tragedi kebakaran sewaktu dia masih bayi . Dia dirawat dan dibesarkan oleh 'Lelaki' . Bahkan seluruh pembantu yang ada di dalam istana itu , semuanya LELAKI . Bukan i...