BAB 5 - BODYGUARD MR.GAY?

581 21 0
                                    

REZA menepis kuat, menghalang Freya dari menyentuh stretcher yang menempatkan tubuh Rafie Yahyah. Freya menangis, menekup bibir dengan kedua tangan. Dia berlari, meninggalkan perkarangan hospital tersebut. Di atas bangku putih, dia duduk memeluk lutut sendiri dan datang kembali makhluk yang telah menyebabkan kekacauan.

" Ni semua sebab awak! Kalau bukan sebab awak, Rafie... "

Suaranya terputus-putus, makhluk itu masih mampu tersenyum lalu duduk di sampingnya tanpa merasa bersalah. Air mata dikesat berkali-kali, bimbang akan diri Rafie.

" Jangan risau, Rafie selamat. Dia cuma pengsan kerana terkejut " Terhela nafas Freya disitu, bengang dengan ujar makhluk itu.

" Kepala Rafie ada darah, awak masih kata dia okey? Awak ni memang hantu menyusahkan! Tolong kembali ke tempat awak dan jangan pernah ganggu saya lagi "

Freya melekapkan dahi ke atas lutut, suara tangisan semakin kuat kedengaran. Sudah teresak dia menangis, dapat dilihat dari hinggutan bahunya.

" Tolong jaga anak saya "

Freya mengangkat kepala, memandang makhluk itu. Dia mengulang semula kata-kata itu, buatkan Freya sudah hilang sabar.

" Mengapa harus saya? Saya dah kata pada awak kan, anak awak tu lelaki! Tak perlu saya nak jaga dia! "

" Hanya awak yang dapat melihat dan berbual dengan saya. Sebab itu, saya perlukan pertolongan awak. Tolong kekal di sisi Rafie dan jaga dia untuk saya "

Luluh hati Freya tiba-tiba bila makhluk itu mengalirkan air mata. Dengan lutut yang sedikit berketar, Freya duduk dengan selesa.

" Awak tak tahu kisah saya. Kenapa mesti saya yang jaga anak awak? " Nadanya kembali lembut.

" Awak seperti cahaya yang terang menyinar ke mata saya. Sebab itu, saya memilih awak untuk jaga anak saya. Ada sesuatu yang saya nak bagitau awak, tapi sebelum itu awak kena kekal berada di sisi Rafie "

Freya mengesat sisa air mata di pipi, hatinya sedikit mulai tenang. Kata-kata itu telah menyentuh hatinya.

" Manusia tak pernah memuji saya, hanya awak... Mengapa pujian itu datangnya dari awak, bukan dari mulut manusia "

" Sebab mereka tak tahu kisah awak, mereka menilai tanpa mengenal siapa diri awak "

Kata-kata serta senyuman itu buatkan Freya terkesima dan kembali menitiskan air mata. Sayu tatapan yang ia pamerkan, serasa bahagia mula mengetuk pintu hati.

" Cik Reza dengan Cik Rafie ni, ada apa-apa ke? "

Ariel mula bertanya. Reza mengukir senyum sinis, terkejut mendengar persoalan itu dari driver mereka.

" Saya dan Rafie hanya kawan biasa " Balas Reza, lemah.

" Tapi, kenapa Cik Reza menangis? " Lanjut Ariel bertanya, menayangkan riak tersangat ingin tahu.

" Wajar lah kalau saya menangis. Saya dan Rafie kan kawan serumah " Jawab Reza, menyentuh dagu sendiri. Bimbang tentang Rafie.

" Betul ke Cik Reza dengan... " Ayatnya terpintas langsung, bila Freya datang menerjah masuk ke wad itu secara tiba-tiba.

" Awak... " Reza menayangkan riak bengang apabila Freya tiba-tiba melangkah masuk ke dalam wad VIP itu.

" Err, awak perempuan yang malam tu kan? " Tegur dan tanya Ariel, mengenali Freya. Riak wajah Reza bertukar menjadi hairan.

" Siapa yang benarkan awak masuk? Keluar, awak takde kena mengena kat sini! " Intonasi nada sedikit tinggi Reza perdengarkan.

" Saya girlfriend Rafie "

BODYGUARD MR.GAY(complete)Where stories live. Discover now