BAB 8 - LELAKI MISTERI & MISI BERMULA

470 22 0
                                    

SEORANG lelaki berwajah tampan, berpakaian set suit berwarna hitam sedang meninjau di kawasan perumahan flat itu sambil menjinjit sebuah beg bimbit yang berisi uang tunai dengan jumlah yang banyak. Tak terhitung.

" Dulu ada seorang gadis tinggal dalam bilik ni tapi, dia tiba-tiba pindah sebab dapat tawaran kerja yang baru "

Sufi merupakan pemilik tempat tersebut, sedang menunjukkan sebuah bilik yang pernah dikediami Freya pada lelaki misteri itu. Sebaik tiba di dalam bilik tersebut, bau busuk yang agak melampau di dalam bilik itu terus menangkap hidung Aaron, pantas mereka berdua menjepit hidung sendiri dengan dua jari.

" Kita cakap kat luar ya Aaron? " Langsung Sufi melangkah keluar dari bilik itu kerana bau yang tak tertahan.

" Kenapa bilik tu sangat busuk? Ada bangkai haiwan ke dalam bilik tu? "

Tanya Aaron, masih menjepit hidung sambil menyembur minyak wangi ke seluruh tubuh. Bila bau busuk itu menghilang, baru lah dia dapat bernafas dengan selesa.

" Tak tahu. Mungkin kucing gadis tu dah mati dan dia tak sedar "

Jawab Sufi, bernafas lega. Aaron berkalih pandang, lama merenung pintu bilik yang tertutup itu.

" Kalau Aaron tak nak bilik ni, akak tunjukkan bilik yang lain. Boleh? "

" Takpe. Saya ambik bilik ni "

Sufi tercengang dengan mata yang terkebil. Sekejap menyenget kepala ke kiri, memandang bilik itu. Keputusan Aaron untuk menyewa bilik itu buatkan Sufi sedikit berasa terkejut.

" Betul ke Aaron masih nak ambil bilik ni? Dah fikir masak-masak ke? " Aaron mengangguk kecil.

" Kalau macam tu, kita ke tingkat enam. Office akak kat atas "

Sekali lagi Aaron menganggukkan kepala, mengorak langkah bersama Sufi menuju ke tingkat enam dengan menggunakan lift. Sufi sembunyi senyum, gembira. Akhirnya bilik itu berpenghuni kembali. Tetapi, dia masih rindukan Freya. Si gadis pelik.

" Ke mana agaknya budak tu tinggal sekarang? " Sufi menggumam perlahan.

Aaron bercekak pinggang, merenung disetiap ruang di bilik itu. Hidung siap dijepit menggunakan penyepit pakaian. Seketika dia bingung, menggaru dahi sendiri.

" Mana aku nak mula? "

Ucap Aaron, merenung seluruh ruang di bilik kecil itu. Usai menyapu dan mengemop, Aaron membuang sampah ke tingkat bawah, di sana dia mendapat satu panggilan yang tertera dengan nama 'D F'.

" Saya dah sampai Tuan. Saya dah dapat bilik sewa " Ucap Aaron, menjawab panggilan tersebut.

" Kenapa tak tinggal kat asrama? " Tanya gerangan ditalian pada dia.

" Kalau saya tinggal kat asrama, pergerakan saya jadi tak bebas " Jawab Aaron, selamba. Dia menguntum senyuman kecil.

" Okey lah, kalau tu yang awak nak. Jangan lupa untuk laporkan pada saya setiap hari "

" Baik Tuan "

Aaron menatap sekejap HP sendiri, dia menghela nafas berkali-kali, masih di dalam kebingungan.

" Mana aku nak cari dia? "

///
FREYA P.O.V

SEPANTAS kilat aku bangkit dari tubuhnya dan aku berdiri. Aku berkalih pandang, mengelap bibirku sendiri berulang kali. Ya ampun, aku geli! Bibir itu yang mengucup leher Reza dan Ya ampun!!

Buek!

Rafie berdiri, anak matanya terkebil tatkala menatap lama ke wajahku. Perlahan, dia membuka mask di wajah dan aku... Rasa lega, bila bibir kami tak bersentuh langsung. Oh aku lega!

BODYGUARD MR.GAY(complete)Where stories live. Discover now