PANTAS Reza berjalan, menarik rambut Rafie dengan kasar. Dengan menggunakan tenaga seorang 'Adam' , Reza melempar kasar badan Rafie jauh dari Freya. Gadis itu menggelupur di dalam kebingungan, datang Reza langsung menampar Freya.
" Perempuan tak guna! Perampas! Berani kau cium Rafie! "
Reza menarik rambut Freya. Gadis itu tidak hanya berdiam saja, dia turut menarik rambut pacak Reza. Rafie kalut, menarik badan Reza jauh dari Freya.
" Sabar yank! You dah salah faham dengan I. I dengan dia bukannya ada buat benda tak elok kat belakang you "
Pujuk Rafie, Reza sukar untuk memberi kepercayaan setelah apa yang dia nampak di depan mata. Rafie meleraikan pergaduhan itu, membawa Reza keluar dari bilik Freya. Mereka menyambung pertengkaran di balkoni.
" You ingat I ni dah buta ke, tak nampak apa yang you dah buat? I nampak lah you! You cium dia!!! "
Pekik Reza, Rafie susah hati. Tiba-tiba Reza menangis, sayu hati Rafie tersangat merasa bersalah kerana telah melukakan perasaan Reza. Freya keluar bilik, dia mendengar semua perbualan kedua Gay itu.
" Yank, maafkan I yank. I terjatuh " Reza membelakangkan Rafie, menangis memeluk dada sendiri.
" Ye you terjatuh. Jatuh kat atas badan perempuan tu! I ingat, I boleh percayakan you tapi apa? You khianati cinta I "
Cepat sungguh Reza menangis tersedu-sedu, buatkan hati Rafie retak seribu. Freya mengetap bibir, meski ketika ini dia merasa geli dan jijik pada kedua Gay itu, entah kenapa hatinya seperti sedang ditusuk.
Rafie mengalirkan air mata, memeluk Reza dari belakang dan pada saat itu, hancur berkeping hati Freya. Dia rasa cemburu, dia sakit hati dan ingin mencampak Reza jatuh ke bawah.
" I tak pernah khianat cinta you yank, I sayangkan you. Please, jangan buat I macam ni "
Tiba-tiba Reza bengang, dia melepaskan pelukan Rafie dengan kasar lalu, dia menampar Rafie dan gadis itu terkedu.
" Apa, jangan buat you macam apa? You tak fikir ke, apa yang you dah buat kat I? "
Reza terpandang Freya, kelam-kabut perempuan itu berpusing dan hendak menghilangkan diri di dalam bilik. Jantungnya ketika itu, bagaikan hendak terlepas dari badan.
" Perempuan! "
Pekik Reza, buatkan langkah seribu Freya terhenti. Rafie berpaling, hatinya kembali gundah bila melihat Freya berdiri dihujung sana.
" Kau suka Rafie kan? Dulu kau pernah cakap, kau girlfriend dia kan? "
Soal Reza. Anak mata Freya mengerling ke kiri kanan, Rafie semakin cemas. Takut, andai Freya benar-benar mengatakan hal itu. Freya pandang Rafie, lelaki itu sedang memberikan satu isyarat pada dia dengan menggelengkan kepala.
" Ini saatnya "
Bisik makhluk itu. Freya mula membuka langkah, berjalan mengarah kedua Mr.gay itu. Dengan debaran di dada, Freya berdiri dihadapan Rafie.
" Ya. Saya sukakan Rafie. Tapi, dia bukan " Cepat Rafie memintas tutur kata Freya.
" No Freya. Saya dah cakap dengan awak, saya tak suka awak. Saya sayangkan Reza " Ucap Rafie, membuat Reza percaya.
" Tapi awak dah cium saya! " Pekik Freya, sengaja menaikkan bahang kemarahan Reza.
" Apa? " Berderau Reza mendengar, memandang tajam ke wajah kekasih.
" Yank, tolong lah percaya. I takde cium dia. Me... Me, memang kami tercium. Tapi, "
" No!! "
Ucapan Rafie terpintas langsung oleh jeritan Reza. Reza menjerit, menghentak-hentak kaki seperti orang hilang akal. Freya terkebil mata laju, Reza dah kerasukan hantu.
YOU ARE READING
BODYGUARD MR.GAY(complete)
RandomRAFIE YAHYAH tidak tahu apa itu 'Perempuan' . Dia kehilangan ibunya di dalam satu tragedi kebakaran sewaktu dia masih bayi . Dia dirawat dan dibesarkan oleh 'Lelaki' . Bahkan seluruh pembantu yang ada di dalam istana itu , semuanya LELAKI . Bukan i...