SEMI FINAL - AKU TAK SANGGUP

639 20 0
                                    

DUA jururawat dan seorang doktor lelaki di dalam wad VIP itu, terkejut apabila mendengar bunyi pecah dan apabila mereka mengalihkan pandangan, mereka lihat seorang gadis berdiri di tepi katil itu dengan muka terkejut.

Doktor itu mula memberi isyarat mata pada jururawat yang ada di situ, langsung mereka mendekati Freya yang kelihatan jelas ketakutan dan bingung.

" Cik ni siapa? "

Tanya salah satu jururawat itu. Freya terdiam, tak terkata. Doktor itu pun memberi isyarat semula agar membawa Freya keluar dari ruangan terlarang itu.

" Tumpang tanya, nampak tak pesakit kat katil ni? Dia pergi ke mana ar? "

Rafie bertanya pada jururawat yang bertugas di situ. Jururawat yang masih bergosip tentang dia. Mereka menggeleng kepala, senyum di dalam hati kerana terharu akan kerisauan Rafie terhadap gadis itu.

Rafie cuba hubungi telefon Freya, tapi tak tersambung kerana telefon pintar gadis itu sudah tidak berfungsi lagi. Rafie tertoleh ke kanan, terus wajah Freya terpampang di pancaindera, pantas dia berlari menghampiri gadis itu.

" Freya, "

Pantas Rafie menahan lengan Freya bila melihat gadis itu seakan mahu dibawa pergi entah kemana. Tercungap dia bersuara kerana penat berlari.

" Freya, awak pergi mana? Kan saya dah cakap, tunggu... "

" Saya perlu jumpa makcik tu... "

Cepat Freya memintas ucapan Rafie lalu menepis tangan Rafie yang menyentuh lengannya. Kembali gadis itu berjalan cepat, buatkan Rafie tak faham apa hendaknya.

Rafie menghela nafas berat, penat dan resah terhadap sikap Freya. Nekad jua dia mengikuti kemana pun gadis itu melangkah. Lalu, tiba-tiba Freya berbalik ke arahnya dan itu amat memeranjatkan Rafie.

" Eh Freya! Awak buat saya terkejut lah! " Tak sengaja Rafie meninggikan suara, itu kerana dia terkejut saja.

" Rafie, pernah tak awak berjumpa dengan ibu awak? " Rafie berkerut kening sejurus mendengar soalan mengejut itu.

" Freya, soalan apa yang awak tanya pada saya ni? Kenapa tiba-tiba awak tanya pasal mama saya? "

Freya menelan liur, dia yakin ini lah saatnya untuk menceritakan segalanya pada Rafie tentang apa yang telah terjadi selama ini dengan dirinya.

Freya mengajak Rafie pulang semula ke rumah lama mereka, memandangkan Freya sudah dibenarkan pulang kerana tiada apa yang serius. Sesampai mereka di sana, langsung Reza berlari dan menangis tatkala memeluk Rafie.

" You... I ingatkan you dah tak nak balik... I ingatkan you dah lupakan I. I hampir nak bunuh diri... Jangan buat I macam ni lagi Rafie. Please, I merayu... "

Ucap Reza, teresak menangis di dalam pelukan Rafie. Wajah Rafie masih tampak bengang, dia masih belum lupa perbuatan lancang Reza yang telah menghalau Freya.

Rafie memberi isyarat, meminta Freya masuk ke dalam bilik dahulu sebelum memulakan perbualan tentang cerita gadis itu. Tetapi,

" Rafie, saya rasa, Reza pun patut dengar apa yang saya nak ceritakan. "

Rafie memejam mata, ada kesal di wajahnya saat Freya tidak menuruti permintaannya. Reza langsung meleraikan pelukan itu, memandang hairan ke wajah Rafie dan juga gadis itu.

" Kau nak cerita apa? Kau nak ceritakan  pada Rafie tentang semua yang aku cakap kat kau ke? "

Kata Reza, risau. Dia memperdengarkan intonasi nada tinggi tatkala dengan itu, Rafie menyengetkan kepala sedikit, memandang Reza dengan tatapan penuh persoalan.

BODYGUARD MR.GAY(complete)Where stories live. Discover now