BAB 14 - RAHSIA LAMA

539 18 1
                                    

BARU saja sesudu nasi hendak disuakan ke dalam mulut, tiba-tiba Aaron terdengar bunyi pintu biliknya di ketuk berulang kali.

" Siapa pulak yang datang ni? " Rungut Aaron, bergerak menuju ke pintu.

" Assalamualaikum, " Aaron berkerut kening, suara itu seperti tidak asing baginya.

" Walai... Kumsalam. Rafie? "

Aaron naik hairan apabila melihat Rafie di hadapan biliknya dan Rafie terkejut besar apabila terpamer wajah lelaki itu.

" Apa kau buat kat sini? Freya mana Freya? Freya... "

Serkap Rafie, menerjah masuk ke dalam bilik Aaron kerana menganggap Aaron sedang bersama dengan Freya di dalam bilik itu.

" Haish! "

Aaron mencebik geram dengan sikap lancang Rafie. Rafie berhenti bergerak tepat di tepi katil itu. Matanya tertumpu ke meja kecil itu yang terdapat sepinggan makanan yang sepertinya belum dijamah. Dan juga, di belakang meja itu, terdapat sebuah frame.

" Kau gila ke Freya kat sini? Tapi, kenapa kau cari dia? Bukan korang tinggal serumah ke? "

Aaron masih geram, berulang kali menggaru kepala. Aaron menjilat bibir sendiri apabila melihat ke arah sepinggan makanan itu.

" Sejak bila kau tinggal kat sini? "

Soal Rafie, Aaron mengerling kecil lalu duduk bersila di atas permukaan lantai. Usai membaca doa, langsung Aaron menyantap makanan kerana lapar yang kian menggila.

" Tak lama, baru seminggu lebih. Kenapa kau tanya? "

Entah kenapa, Aaron tidak berani bertentang mata dengan Rafie. Lelaki itu mula meninjau keadaan bilik itu. Semua tampak berbeza sewaktu Freya tinggal di bilik tersebut.

" Kau tahu ke, Freya pernah tinggal kat bilik ni? " Soal Rafie, curiga.

" Tak... Kebetulan aku daftar kolej kat sana dan tempat ni sangat dekat untuk ke kolej. "

Rafie menyengetkan kepala sedikit, makin rasa curiga pada lelaki itu. Tetapi, itu bukan perkara paling utama untuk dia fikirkan saat ini. Dia harus mencari Freya terlebih dahulu.

" Takpe lah. Nikmati makan malam kau. Aku pergi dulu. "

Ucap Rafie langsung beredar dan hairan bila tiada sepatah suara yang keluar dari bibir lelaki itu. Sebelum berlalu, Rafie pandang semula bilik itu. Lama.

" Aku rasa, ada tak kena. " Tebak Rafie.

Aaron menelan liur, meletakkan sudu di atas permukaan meja. Wajahnya cemas dan tiba-tiba berpeluh banyak. Dia merapati pintu, dikuak sedikit untuk melihat kalau Rafie sudah benar-benar pergi.

" Kenapa Rafie datang ke sini, cari Freya? Atau... Rafie dah tahu kalau aku tengah awasi Freya? Haish!!! "

Comel raut wajahnya apabila risau memikirkan maksud sebenar Rafie datang ke tempatnya pada waktu malam.

" No, no... Aku harus kejar Rafie untuk cari tahu niat dia! " Cemas Aaron, bersiap lalu bergegas mengejar Rafie.

Rafie berhenti tepat di satu simpang yang sunyi, tengah memikirkan gambar dalam frame sewaktu dia berada di dalam bilik itu.

" Itu kan... Apa hubungan Aaron dengan perempuan dalam gambar tu? Dan, kenapa dia berpindah ke bilik yang pernah Freya tinggal? Aaron, siapa dia sebenarnya? "

Bingung Rafie memikirkannya, kembali meneruskan pemanduan untuk mencari Freya.

                               ~~~~~

BODYGUARD MR.GAY(complete)Where stories live. Discover now