PANDANGAN mata aku dan dia bertentang penuh kejutan. Sekejap aku lihat ke diri sendiri, rupanya aku sedang berada di atas tubuhnya. Terpisat-pisat aku bingkas berdiri apabila berjaya menolak kedua tangannya yang merangkum pinggangku.
" Freya, awak kenapa? "
Tanya Rafie, ada nada prihatin terhadap diriku. Aku diam membatu kerana terkejut melihat tubuhku tak berbaju, pantas aku berpaling dan menyilangkan tangan ke dada.
" Boleh tak Cik Rafie tunggu kat luar? Saya, "
Aku mematikan ucapan ku sendiri, memejam mata kuat sambil menggigit bibirku sendiri kerana malu. Kenapa lelaki gay ni boleh masuk ke dalam bilik aku di saat aku sedang berkemban.
" Takpe, saya faham. Saya tunggu kat luar "
Sedikit aku memalingkan wajah untuk melihat, kalau-kalau Mr.gay tu dah keluar. Aku terhela nafas lega bila pintu sudah tertutup rapat kembali. Sekilas aku teringat makhluk di bilik air yang cuba menganggu aku, sepantas-pantasnya aku berpakaian lalu keluar.
Sebaik aku keluar bilik, wajah tampan Rafie menyapa pandangan dengan perasaan yang masih menggigil takut. Rafie sedang duduk di atas sofa sambil bertongkat dagu ke paha sendiri. Aku menghampiri dengan jantung yang berdebar laju, kejadian ringkas itu membuatku kehilangan kata-kata.
Aku tak bersuara, langsung ku labuhkan punggung ke atas sofa, bertentangan dengan Rafie. Rafie mula memandang aku tanpa sebarang senyuman.
" Awak okey? "
Cepat dia mengajukan pertanyaan padaku, bertanya mengenai diriku. Adakah Rafie terdengar jeritan ku itu? Kerana itu kah dia langsung menerjah masuk ke dalam bilik ku?
Aku mengangguk kecil, menekur pandangan ke bawah. Tak sanggup aku hendak memandang dia bila teringat kejadian memalukan itu. Haduh, aku sungguh malu.
" Freya, awak tahu tak alasan saya yang lain kenapa saya ambik awak jadi bodyguard kami? "
Aku masih tak bersuara, serasa tak memiliki daya untuk membuka mulut. Aku hanya mampu menggeleng kepala, pandanganku kalihkan ke wajahnya.
" Sebab saya nak tahu pasal awak. Ada sesuatu yang membuatkan saya terus teringat kat awak "
Walaupun aku tak dapat fahami maksud sebenar ungkapannya itu, tetap aku merasa pelik. Entah kenapa, jantungku berdebar lebih kuat dan tidak berdetak seperti biasa. Ada apa dengan aku? Kenapa dada aku tiba-tiba terasa begitu sakit? Bagai ada sesuatu benda yang tajam sedang menusuk hatiku.
" Kenapa awak teringatkan saya? " Akhirnya aku berjaya menghapus rasa kelu di lisan.
" Sebab perangai awak yang pelik "
Kata-katanya membuatku tersedak, ternyata itu yang Rafie maksudkan. Aku sudah gila kerana berfikir suatu yang berlainan walhal aku sudah pun tahu, lelaki itu adalah Mr.gay. Mana mungkin hatinya terpaut pada seorang perempuan, sedangkan dia sendiri tidak tahu apa itu perempuan. Dia hanya tahu, perempuan itu berlainan jantina dengannya.
" Maksud awak apa? Apa yang pelik tentang saya? " Soalku.
" Perangai awak. Kenapa awak selalu menjerit, meminta untuk pergi? Waktu itu, di kampus, awak bercakap dengan seseorang ke? "
Aku menangis di dalam hati dan tangisanku pecah di dalam sana. Aku melihat, dia masih duduk dihadapanku menanti jawapan dariku. Perlu ke aku berterus terang tentang siapa diriku sebenar? Aku takut dan aku jadi kaku.
" Waktu tu, saya cuma mengalami tekanan aje. Saya tak bercakap dengan seseorang. Saya bukannya gila bercakap dengan diri sendiri "
Balasku dengan lutut yang berketar sedikit. Jawapan yang hanya dibuat-buat, jawapanku palsu semata.
YOU ARE READING
BODYGUARD MR.GAY(complete)
SonstigesRAFIE YAHYAH tidak tahu apa itu 'Perempuan' . Dia kehilangan ibunya di dalam satu tragedi kebakaran sewaktu dia masih bayi . Dia dirawat dan dibesarkan oleh 'Lelaki' . Bahkan seluruh pembantu yang ada di dalam istana itu , semuanya LELAKI . Bukan i...