BAB 13 - CINTA GILA

526 18 0
                                    

LELAH yang dia rasakan, kerana sepanjang hari menemani lelaki itu. Kerja sebagai bodyguard, suatu pekerjaan yang amat menggelikan hatinya. Dia gadis yang kurang cerdik dan amat lemah. Keputusan Rafie mengambil dia sebagai bodyguard, adalah perkara gila baginya.

Baru setapak kaki kanan menapak di rumah itu, kelibat Reza berdiri di koridor langsung membuatnya sedikit terkejut. Perlahan dia membuka langkah kaki, merapati lelaki itu.

" Reza? "

Lelaki itu menoleh sedikit, melihat Freya dan gadis itu sudah berdiri di sebelahnya. Freya berkerut kening apabila memandang raut wajah Reza yang kelihatan sedih. Di tangan Reza, ada segelas minuman keras.

" Reza, Cik Rafie mana? "

Dia berdiam, wajahnya muram. Kembali meneguk minuman keras di dalam gelas hingga tidak meninggalkan walau setitis.

" Bukan korang berdua pergi bersama ke, asal tanya aku? "

Reza pandang Freya dengan menampakkan air matanya. Gadis itu tersentak, bingung dengan lelaki itu yang tiba-tiba saja menangis di hadapannya.

" Reza, kenapa ni? "

Gadis itu cuba menyeka air mata majikannya. Tetapi, tangan belum sampai di pipi, Reza tepis laju seraya melemparkan gelas kaca itu ke atas permukaan lantai.

" Arghhh! "

Gadis itu terkejut, serta merta menjerit dan menutup telinga dengan kedua telapak tangan. Matanya di pejam, dia takut dan bingung dengan sikap lelaki itu.

" Dari awal lagi aku dah curiga dengan kehadiran kau. Kau ni memang perempuan perampas! Masih banyak lelaki bujang dalam dunia ni, kenapa Rafie jugak yang kau suka!! "

Pekikan Reza menggema di ruang yang sunyi. Masih ada titisan air mata yang mengalir laju di pipi. Dia melangkah, meninggalkan koridor itu dan berganjak ke ruang dapur.

" Bawa sekotak bir ni ke atas! "

Perintah Reza, membuka peti ais. Suaranya sudah merendah. Freya membuka mata, cepat-cepat berjalan memasuki ruang dapur.

" Atas mana? " Tanya Freya dengan nada yang bergetar, takut.

" Tempat kau mabuk malam tu! "

Ucap lelaki itu, langsung keluar rumah dan menuju ke atap bangunan tempat tinggal mereka. Sempat Freya mencebik lalu mengangkat sekotak bir itu dan mengikuti  langkah kaki Reza.

" Kau nak ke mana? Teman aku minum! Aku tak suka minum sendiri. "

Ujar Reza, apabila Freya seakan mahu meninggalkan dia di atap itu sendirian. Freya memuncungkan mulut, geram.

" Tadi okey je minum sendiri! " Gumam Freya, mendengus.

Mereka duduk dalam jarak sederhana. Tidak jauh dan tidak dekat. Reza mendongak melihat langit malam yang di hiasi dengan cahaya bulan dan kerdipan bintang tatkala Freya hanya menekur pandangan ke bawah sejak tiba di sana.

" Asal kau tak minum? Hari tu kau okey je habiskan minuman kami. "

Freya berkalih pandang, kalut sambil menggigit bibir sendiri. Spontan, Freya teringat sesuatu di atas atap ini tetapi gagal dan ingatannya sangat samar.

" Aku mimpi ke tu? "

Gumam Freya, menggeleng kepala laju. Dia mencapai setin bir yang berada di dalam kotak. Sesaat dia melihat ke wajah Reza, masih sedih lelaki itu.

" Kau tahu tak, Rafie segalanya bagi aku. Aku dan Rafie saling mencintai. "

Reza mula bercerita bersama air muka yang kelihatan begitu sedih dengan mata yang sudah bengkak dan merah. Freya diam, mengetap bibir sesaat.

BODYGUARD MR.GAY(complete)Where stories live. Discover now