PADA pukul 7.00am, matahari mula terbit dari arah biasa dan mula menghamburkan sinarnya dan memancar dengan gilang-gemilang, menembus masuk ke dalam seluruh ruang di bilik gadis itu.
Mata mula bergerak-gerak apabila terkena pancaran sinaran matahari. Dia membuka kedua mata dengan terkebil dek kerana sinar hangat matahari telah menyilaukan pancaindera.
Dengan malas, Freya bangkit duduk dan kepala terasa pening. Spontan dia teringat kejadian semalam dan ingatannya terimbas hanya sampai di situ saja. Ketika dia mula rasa mabuk dan fikirnya dia terlelap.
" Rafie ke bawa aku balik? "
Dia mula memerhati di sekeliling sehingga pandangan tertumpu pada diri sendiri. Senyum kecil mula terukir dibibir bila melihat selimut tebal itu berada di atas paha.
" Sweet gay "
Ucap Freya, menepis perasaan itu. Comforter tebal dia letak ke tepi, kening berkerut sedikit pabila melihat sebuah pencebok air berada di atas lantai biliknya.
" Kenapa benda ni boleh ada kat sini? " Tanya Freya, bingung sendiri.
Kaki sudah menapak dibilik air, betapa dia terkejut melihat ke semua peralatan mandi berterabur di dalam tab mandi dan di sinki.
" Ada pencuri ke? Ke "
Freya cuba mengingat apa yang berlaku semalam, tetapi gagal dan dia mengeluh berat di sana. Freya susah hati, risau jika melakukan kesilapan malam tadi.
" Apa-apa je lah. Aku yakin, aku tak buat salah apa-apa semalam "
Ucap Freya, menyakinkan diri sendiri. Freya tidak mahu terlambat datang ke kampus, lantas bergegas melangkah keluar untuk mencapai tuala mandi dan masuk semula ke bilik air untuk membersihkan diri.
Freya membancuh secawan kopi sebagai alas perut sebelum bergerak ke kampus. Dia meniup perlahan sebelum meneguk kopi yang telah siap dibancuh. Ketika itu, tiba-tiba dia terlihat Rafie baru saja keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambut menggunakan tuala kecil di tangan.
Freya berpaling, melihat keadaan Rafie yang mengenakan tuala di pinggang buatkan Freya tersedak kopi panas itu.
" Haish! "
Resah Freya pabila cawan kaca itu terlepas dari tangan dan jatuh ke permukaan lantai hingga pecah. Langkah kaki Rafie terhenti, dia terkejut beruk pabila mendengar bunyi pecahan kaca itu.
" Freya? "
Rafie memanggil nama gadis itu, melihat Freya sudah mencangkung mengutip serpihan kaca itu dengan jemari yang tak berlapik. Tuala kecil yang digunakan untuk mengeringkan rambut, Rafie letak ke permukaan meja dapur.
" Maaf, saya tak sengaja " Ucap Freya, buat memek muka sedih.
" Takpe. Awak pergilah basuh tangan, biar saya je yang buat " Ucap Rafie, menyapu pecahan kaca yang berderai itu.
" Takpe, biar saya je yang buat "
Freya nampaknya menegah, merentap sebatang penyapu itu dari tangan Rafie. Bukan apa, dia segan dan rasa tak selesa bila Rafie yang mempelawa diri untuk menyapu pecahan itu. Lagipun, yang menyebabkan cawan itu pecah adalah Freya.
" Jangan, nanti "
Rafie mematikan ucapannya
buatkan Freya tertanya. Lantas, kerana tidak mahu membuat gadis itu tertanya, Rafie merentap penyapu itu semula dari tangan Freya." Basuh lah tangan, biar saya yang buat "
Ucap Rafie lagi, tidak memandang Freya. Gadis itu tidak lagi menegah dan merentap, langsung membasuh tangan dan menunggu Rafie di ruang tamu.
YOU ARE READING
BODYGUARD MR.GAY(complete)
RandomRAFIE YAHYAH tidak tahu apa itu 'Perempuan' . Dia kehilangan ibunya di dalam satu tragedi kebakaran sewaktu dia masih bayi . Dia dirawat dan dibesarkan oleh 'Lelaki' . Bahkan seluruh pembantu yang ada di dalam istana itu , semuanya LELAKI . Bukan i...