BAB 6 - BELUM SAAT UNTUK JATUH CINTA

542 18 0
                                    

TEPAT pukul 8.00am, Freya Zemira sudah terpacak di perkarangan hospital. Hanya menunggu masa sahaja untuk melawat Rafie yang sudah dibolehkan keluar hospital hari ini. Dengan langkah lambat, gigih jua Freya berjalan menuju ke wad VIP. Dihadapan pintu wad VIP itu, Freya berjalan mundar-mandir seakan berfikir-fikir. Wajahnya cemas kelihatan, risau sendiri dengan keputusan yang di ambil.

Hampir sepuluh minit begitu, barulah dia memberanikan diri. Tombol pintu pada wad itu, dia pulas cepat dan kedua belah kaki sudah menapak di dalam wad tersebut. Reza dan Rafie langsung berkalih pandang melihat dia, Freya berjalan merapati katil pesakit itu.

" Saya ingat awak tak datang "

Ujar Rafie, mengukir senyum kecil. Cemburu mula menapak di hati, pantas Reza mencubit manja pinggang kekasihnya. Perbuatan itu, membuatkan Freya hampir saja pengsan.

" Betul ke awak nak saya jadi bodyguard korang? Kalau saya boleh tahu, kenapa awak tak upah bodyguard lelaki? "

Tanya Freya langsung. Rafie mempelawa dia duduk di atas sofa yang sudah tersedia di dalam wad itu, sementara Reza mengemas pakaian Rafie lalu dimasukkan ke dalam beg kulit.

" Risiko sangat tinggi kalau saya upah pengawal lelaki. Seperti yang awak tahu, saya dan Reza memiliki hubungan rahsia. Pihak media serta paparazi yang tak bertanggungjawab sedang mengintip kami dari jauh "

Jelas Rafie. Sekilas Freya memandang Reza lalu kembali memandang Rafie yang sedang menjelaskan seluruh isi penting padanya.

" Jadi maksudnya "

Pantas Rafie memintas ucapan Freya yang tak habis dituturkan dengan mengangguk kepala laju seraya berkata,

" Yup. Untuk menghapuskan semua kontroversi tentang kami dan mengelak dari  sebarang scandal, awak perlu menjadi bodyguard kami. Awak setuju? "

" Kenapa mesti saya? "

" Sebab saya kenal awak "

Reza mencebik geram, menghempas perlahan beg kulit berisi pakaian itu lalu dia bersuara,

" Yank! " Rafie senyum, perlahan sedikit menolehkan wajahnya.

" Please yank, jangan mula "

Rafie bersuara, Freya mula naik seram. Hendak saja dia mengetuk kedua kepala lelaki itu. Hatinya menjerit, menggerutu. Selamba saja kedua Mr.Gay itu bersikap romantik dihadapan Freya.

" Awak setuju? Bantu saya, jadi bodyguard kami " Tanya Rafie, kembali memandang Freya.

'Upah aku menjadi bodyguard hanya untuk menutup scandal itu dan mengelakkan diri dari kontroversi yang berpanjangan itu! Mr.Gay yang sangat bijak!' Getus hati Freya ketika bergumam. Lalu,

" Saya boleh dengar suara hati awak " Kata makhluk itu seraya tertawa kecil.

" Argh! "

Secara spontan, Freya terjerit kerana terkejut dengan makhluk itu yang entah bila berada disitu. Seraya dengan itu juga, Rafie terangkat kedua-dua belah kaki dan memeluk lutut sendiri. Mankala Reza, bersembunyi dibawah katil pesakit itu kerana terperanjat dengan suara jeritan Freya. Gadis itu membulatkan mata luas melihat karenah dan sikap spontan mereka.

Otak pun dah kering untuk bertanyakan soalan, Freya menggeleng kepala laju saja. Tidak mahu memikirkan dan mengenangkan perkara yang menggelikan hatinya.

" Dasar lelaki lembut! " Gumam Freya, perlahan.

Siap mengemas ke semua pakaian, Arif pun membayar bil hospital Rafie semalaman. Sementara itu, mereka menunggu di kereta saja dan Freya ada bersama. Di tempat duduk paling belakang, Rafie kembali berbincang dengan Freya mengenai pekerjaan yang dia berikan.

BODYGUARD MR.GAY(complete)Where stories live. Discover now