PROLOG II | TIP : NG

6.6K 253 9
                                    

PROLOG II | TIP : NG

           PETANG itu, Alice mencuri keluar daripada istana tanpa pengetahuan sesiapa. Tujuannya hanya satu. Dia mahu mencari budak lelaki semalam.

Entah kenapa, dia tertarik untuk mendekati budak lelaki itu. Mask hitam dipakai lalu dia berlari ke padang rakyat.

Sampai sahaja di sana, Alice memandang sekeliling. Budak lelaki itu... Tiada.

Ke mana agaknya dia?

Alice duduk di bawah sepohon pokok yang redup. Dia menyandarkan badan pada dahan pokok.

Seketika matanya tertumpu kepada rakyat biasa yang sedang bergembira bermain bersama rakan.

Terbit rasa pilu di hatinya. Andai sahaja dia juga begitu. Tentu dia punya ramai kawan dan dapat bermain bersama mereka.

Dia lansung tidak mahu pangkat sebagai Puteri Mahkota. Dia rasa amat dikongkong oleh butler-butler dan maid-maid di istana.

[C] THE ICE PRINCESS : NEXT GENERATION ✔Where stories live. Discover now