PART 15 | TIP : NG

4.8K 218 7
                                    

PART 15 | TIP : NG

           BANGLO 2 tingkat itu menjadi tatapan buat tiga pasang mata. "Ini rumahnya?" Soal Zach ingin meminta kepastian.

Aaron mengangguk. "Aku pasti." Jawab Aaron yakin. Di tangan Alec terdapat pen drive bewarna merah hitam.

Loceng rumah di tekan Alec. Beberapa saat kemudian, pagar di buka oleh seorang pembantu rumah.

"Siapa ya?" Soal pembantu rumah itu hairan. "Saya Aaron. Saya datang ingin berjumpa Datin sekejap." Jawab Aaron lalu melihat kedua-dua abang iparnya.

Zach dan Alec mengangguk.

"Silakan masuk. Saya akan panggil Datin sekejap." Jemput pembantu rumah itu lalu membuka pintu rumah.

Aaron, Zach dan Alec mengangguk lalu mereka masuk ke dalam dan duduk di sofa yang di tempah khas dari England.

Beberapa minit di atas, pembantu rumah itu turun. "Datin meminta tunggu sekejap." Maklum pembantu rumah itu lalu berlalu ke dapur tiga ingin mencampur urusan majikannya.

Beberapa minit kemudian, kelihatan seorang wanita tanpa tudung turun ke bawah.

"Haih, dapat dosa siot..." Bisik Alec pada Zach perlahan. Aaron yang mendengar hanya ketawa kecil.

"Aaron! Menantu ibu!" Datin Mariana terkejut besar dengan kedatang bakal menantunya.

"Duduklah mak cik." Arah Aaron sambil tersenyum. Tidak mahu dia memanggil wanita di hadapannya ibu.

"Ada apa kanu datang bersama kawan-kawan kamu ni?" Soal Datin Mariana hairan. Mata Zach dan Alec berpandangan. Kawan? Hello, kami ni abang ipar dia okey!

"Maafkan saya mak cik. Tapi mereka ini abang ipar saya." Aaron tersenyum manis.

Datin Mariana terkejut. "Kamu, dah berkahwin?" Soal Datin Mariana. "Ya, saya datang ni ingin cancel majlis perkahwinan ini." Jawab Aaron dingin.

"Kamu dah gila ke?! Anak ibu dah lama sukakan kamu!" Soal Datin Mariana geram.

"Saya dah ada isteri mak cik!" Aaron pula yang hilang sabar dengan perangai Datin Mariana.

"Apa yang susah sangat?! Ceraikan perempuan tu dan kahwin dengan ana—"

"Tolong faham yang saya cintakan isteri saya! Saya tak mahu berpoligami mak cik!" Tengking Aaron kuat. Zach terus menahan Aaron.

"Duduk. Biar aku cakap dengan mak cik ni." Arah Zach lalu bangun. Alec tersenyum sinis. Jika abang pertamanya masuk campur, pasti Zach yang akan menang.

"Datin Mariana, aku tahu semua tentang keluarga kau." Permulaan percakapan Zach sudahpun membuat bulu roma Datin Mariana naik.

"Dan jika mahu, dalam sekelip mata aku boleh musnahkan keluarga kau tanpa perlu kotorkan tangan aku." Sinis sahaja percakapan Zach sambil kakinya berpusing mengelilingi sofa yang di duduki Datin Mariana.

Zach mendekatkan bibirnya pada telinga Datin Mariana.

"Jadi fikir semula dengan otak tua kau tu, mahu keluarga kau di bunuh atau batalkan perkahwinan tu." Amaran dari Zach cukup keras pada telinga Datin Mariana.

Zach terus mengambil pen drive itu lalu dibaling ke atas meja. Datin Mariana memandang hairan.

"Dalam tu ada kesemua data keluarga kau. Tentang suami kau yang menjual senjata haram, kau yang cuba bagi rasuah pada orang supaya membunuh isteri kedua dan ketiga suami kau dan anak kau yang dah beberapa kali mengandung anak luar nikah." Terang Zach.

[C] THE ICE PRINCESS : NEXT GENERATION ✔Where stories live. Discover now