PART 22 | TIP : NG
4 BULAN SELEPAS ITU...
TANGISAN seorang bayi lelaki memenuhi ruangan wad bersalin itu. Menitis air mata Alice memandang mata hijau milik Alvin, anaknya.
Selepas di azankan oleh Aaron, Alice memeluk putera sulungnya sehingga Alvin ketawa riang. 'Al, kita berjaya.' Jari telunjuknya di genggam Alvin.
'Alvin, jadi anak yang soleh ya? Mama sayangkan Al. Very much.' Ubun-ubun Alvin dikucupnya berkali-kali dengan penuh kasih sayang.
Mutiara jernihnya menitis sekali lagi tatkala matanya bersambung dengan sang suami yang sedang memandang dirinya lama.
Aaron duduk di atas sebuah kerusi di tepi katil wad isterinya bersama bibir yang menguntumkan satu senyuman manis. Tangan Alice dipegang lalu di kucup lembut.
"Sayang, awak mesti penat kan? Tidur dulu ya?" Pujuk Aaron. Dia tahu isteri kesayangannya sangat teruja tentang kelahiran anak mereka tapi kesihatan perlu diutamakan.
Alice mengangguk faham lalu Aaron mendukung Alvin. Alvin memandang Aaron lalu tersenyum menampakkan gigi yang masih belum tumbuh.
Aaron tersenyum lalu mencium lama dahi putih Alvin. Alice sudah tertidur akibat kepenatan. Aaron senyum lalu mencium bibir itu.
"Al, diam ya? Mama nak tidur." Aaron meletakkan jari telunjuk dibibir Alvin menyuruh diam. Alvin hanya ketawa apabila Aaron berbuat begitu.
Aaron membawa Alvin keluar lalu dia mencium-cium pipi gebu itu. Sungguh Aaron geram melihat pipi Alvin yang sungguh tembam.
Tiba-tiba, bahunya di tepuk dengan kuat. Aaron memandang gerangan yang menepuk bahunya itu.
Kelihatan Farish, Luqman, Anisya dan Danisha sedang tersenyum-senyum memandang dirinya. "Wah, anak kau ke?" Soal Farish dengan bodohnya.
"Habis takkan anak jirau kau kut aku dukung tu?" Perli Aaron sinis. Farish sengih lalu menggaru tengkuknya.
"Aaron, aku nak dukung Alvin boleh?" Soal Anisya lalu tersengih apabila dia memandang Alvin yang sudah tidur pulas di dalam dukungan Aaron.
Aaron mengangguk lalu Anisya terus mendukung Alvin. Wajah Alvin yang tembam itu di cucuk perlahan supaya Alvin tidak terjaga.
"Comel?" Soal Farish lalu senyum bila memandang Anisya yang amat teruja mendukung si comel. Anisya tertawa lalu dia mengangguk.
"Anak kita pun mesti tembam." Farish menyakat lalu tersenyum nakal. Bahu Farish di tumbuk bersama muka yang merah padam menahan malu.
"Jangan nak merepek, siapa nak kau!" Marah Anisya lalu memberikan Alvin kepada Danisha untuk di dukung.
Danisha hanya menyambut. Dua pipi itu di ciumnya. Memang dia sukakan budak-budak. Rambut putih Alvin itu di usap.
Tiba-tiba, satu cecair merah mengalir keluar dari hidungnya. Luqman pula sudah cemas melihat hidung Danisha mengalirkan darah merah.
"Ka-kau okey tak?" Soal Luqman risau manakala Anisya pula menepuk dahi. "Jangan risau, dah selalu terjadi kalau dia pegang budak-budak." Anisya lalu menghulurkan tisu.
Danisha tersenyum tak bersalah dan darah yang mengalir cepat-cepat dia seka dengan tisu yang dihulur Anisya itu.
"Korang sambung berborak. Aku nak masuk ke dalam dulu." Aaron lantas meminta diri untuk melihat Alice.
YOU ARE READING
[C] THE ICE PRINCESS : NEXT GENERATION ✔
RandomStart : 20 Dec 2019 End : 7 Jun 2020 Status : Completed PUTERI ALICE ERYNN DANIELLE, Seorang Yang Tegas, Pendiam Dan Tidak Suka Berkawan. Memang Daripada Dulu, Dia Dididik Dengan Pelbagai Jenis Pertahanan Diri. Kesemua Senjata Telah Mahir Di Guna. T...