PART 7 | TIP : NG

5.1K 233 6
                                    

PART 7 | TIP : NG

           DIA yang tercantik di sekolah. Dia yang paling popular di sekolah. Semua budak lelaki terpikat akan kecantikannya. Tetapi sayang, kesemua budak perempuan membecinya.

"Rambutnya sangat hodoh. Mungkin ingin menunjuk rasanya!" Alice terdengar kutukan rakan sekelasnya.

Alice memegang rambutnya yang diikat tepi. 'Mungkin benar kata mereka.' Kata hati Alice.

Esoknya, Alice melepaskan rambutnya yang diikat tepi. Tetapi tiada hasil. Akhirnya Alice dibuli tanpa sebab.

Alice mengalami depresi. Tidurnya tidak mencukupi dan sering terbangun malam. Hanya ubat penenang sahaja yang menemani tidurnya.

"Bonda, cikgu ingin Alice datang ke rumahnya. Boleh?" Soal Alice sambil tersenyum.

"Baiklah." Jawab Pemaisuri Amber. Mereka ke rumah cikgunya Alice. Sampai di sana, cikgu menyuruh Alice duduk di atas biliknya sementara Pemaisuri Amber di ruang tamu.

"Kenapa cikgu meminta saya ke rumah cikgu?" Soal Alice kepada guru kelasnya, Cikgu Erfan. "Saya..." Teragak-agak Cikgu Erfan.

"Kenapa?" Soal Alice lalu dia duduk di atas kerusinya. "Alice, cikgu dah lama menyukai kamu." Kata Cikgu Erfan.

Alice tidak senang duduk. Daripada pandangan mata Cikgu Erfan, dia tahu Cikgu Erfan menyatakan cinta kepadanya.

"Maaf." Alice menunduk. Cikgu Erfan terus menarik tangan Alice dan menghempas tubuh Alice di atas katil.

[C] THE ICE PRINCESS : NEXT GENERATION ✔Where stories live. Discover now