PART 21 | TIP : NG
BADAN di rebahkan di atas sofa yang berada di ruang tamu. Tidak lama, dia terlelap.
Aaron yang baru sahaja turun ke bawah menggeleng melihat isteri kesayangannya tidur di atas sofa.
Aaron berjalan ke sofa itu lalu badan Alice di goncang lembut menyuruh gadis itu tidur di bilik mereka.
Aaron bercangkung dihadapan wajah Alice yang sedang tidur lalu diamati lama wajah isterinya itu. 'Kau lebih cantik bila diam...' Bisik hati Aaron.
Dia menyelak rambut yang menutupi wajah Alice. Tiba-tiba, mata Aaron memandang bibir merah itu. Wajah Aaron merah padam lalu dia memandang sekeliling, memastikan tiada sesiapa yang melihat.
Perlahan, bibir di dekatkan ke bibir Alice. Makin lama makin dekat sehingga...
Buk!
"Aduh!" Aaron mengusap hidungnya yang telah di tumbuk Alice. "Dalam tidur pun kau bertenaga?" Soal Aaron dalam geram.
Dia menjentik dahi Alice perlahan lalu mencium dahi isterinya lembut. "Good night then, dear..."
—————
ALICE bangun dari tidurnya lalu menguap. "Dah bangun?" Soal Aaron yang baru sahaja turun. Alice mengangguk lalu memandang suaminya itu lama.
"Saya tahu saya kacak." Puji Aaron membangga diri. Alice membuat muka. "Mari makan." Panggil Aaron lalu dia duduk di atas kerusi.
Alice hanya mengangguk lalu dia bangun dan turut duduk di sebelah Aaron. "Sayang, nak tak pergi rumah bonda?" Soal Aaron.
Mata Alice bersinar. "Nak!!!" Jerit Alice teruja. Aaron ketawa lalu dia mengusap ubun-ubun Alice.
"Sarapan dulu lepastu mandi." Arah Aaron lalu dia menyuapkan isterinya itu dengan nasi yang terhidang.
Alice mengangguk laju. Rasanya hari ini akan jadi pertama kali dia melawat bonda dan ayahanda di istana selepas berkahwin.
——————
"BONDA!" Alice memeluk Pemaisuri Amber erat. Pemaisuri Amber membalas pelukan itu. Sungguh, dia teramat rindu dengan permata hatinya itu.
"Erynn sihat?" Soal Pemaisuri Amber lalu dia melihat wajah puterinya itu dengan kasih sayang. Alice angguk sahaja menjawab pertanyaan itu.
"Baby!!!" Jerit Zach kuat.
"My sweetie pie is back!!!" Pekik Alec pula.
Alice menggeleng lalu dia berlari memeluk kedua abangnya itu. "Baby, kenapa makin tembam ni hmm?"
Pak!
"Adoi!" Alec mengusap kepalanya yang di pukul Zach. "Isteri kau tak mengandung ke gila?" Geram pula Zach di buatnya.
Alice tersengih. Dari jauh, Aaron hanya melihat gelagat isteri dan kedua abang iparnya yang tampak mesra. 'Aku pun nak peluk jugak!'
"Need a hug, bro?" Soal Ayyra yang datang dari belakang. Terkejut Aaron di buatnya lalu dia memandang adik perempuannya itu hairan.
"Bila kau datang?" Soal Aaron terkejut. "Bila kau mengelamun nak pelukan." Jawab Ayyra selamba lalu dia dan Aaron duduk di atas sofa istana.
"Akak dah berapa minggu?" Soal Ayyra yang tidak mahu suasana sepi antara mereka. "5 bulan." Jawab Aaron.
YOU ARE READING
[C] THE ICE PRINCESS : NEXT GENERATION ✔
NezařaditelnéStart : 20 Dec 2019 End : 7 Jun 2020 Status : Completed PUTERI ALICE ERYNN DANIELLE, Seorang Yang Tegas, Pendiam Dan Tidak Suka Berkawan. Memang Daripada Dulu, Dia Dididik Dengan Pelbagai Jenis Pertahanan Diri. Kesemua Senjata Telah Mahir Di Guna. T...