PART 17 | TIP : NG

4.6K 189 4
                                    

PART 17 | TIP : NG

SENYUMAN sinis terlakar di bibir Alice memandang lima lelaki di hadapannya.

"Biar aku teka. Korang ialah ahli Dragon Hood kan?" Soal Alice lalu ketawa.

"Tuan..." Natasha membungkuk. "Kau lemah!" Arfan menolak kepala Natasha sehingga terjatuh.

Natasha terbaring di atas tanah. "Maksudnya selama ni korang bersubahat?" Soal Plaboyz.

"Dan kau rapat dengan Alice kerana ingin cuba membunuhnya." Kata Anisya. Yuura ketawa lalu mengangguk.

"Pandai." Jawab Yuura.

"Kepung mereka semua!" Jerit Arfan. Tiba-tiba, ramai ahli Dragon Hood keluar dan menangkap semua pelajar perempuan.

"Kau perlu berlawan kami." Kata Faiq sambil jari telunjuknya di halakan ke arah Alice.

"Kalau aku tak mahu?" Soal Alice lalu memeluk tubuhnya. Terus Yuura membaling sebuah iPad. Alice mengambil iPad itu.

Ia adalah CCTV di istananya. Keadaan di dalam istana kecoh apabila anak buah Arfan dan Yuura menyerang secara tiba-tiba.

Zach dan Alec sibuk berlawan bersama anak buah Arfan dan Yuura. Alice tergamam.

"Baiklah, aku lawan. Tetapi, aku perlukan dua orang untuk berlawan bersama." Kata Alice. "Baiklah, siapa kau mahu pilih?" Soal Arfan.

Alice terus memandang Farish dan Luqman. Farish dan Luqman terus mengangguk dan berjalan ke hadapan.

"Tunggu, kenapa awak tak pilih saya?" Soal Aaron hairan. Alice memegang bahu Aaron lalu memandang tepat ke dalam anak mata Aaron.

"Istana telah di serang. Saya mahu awak, Anisya dan Danisha ke istana dan berlawan. Anisya, buat panggilan terus ke Zachary di asrama." Arah Alice.

Anisya membuat tabik hormat. "Mari pergi, kita masih ada masa." Kata Danisha. Aaron menyerahkan samurai hitam kepada Alice.

"Menang untuk saya." Kata Aaron. Alice mengangguk lalu mengambil samurai hitam itu.

Mereka bertiga terus berlari ke kereta milik Aaron.

"Farish, Luqman, korang lawan Izzul dan Qair. Aku akan berlawan bersama Faiq dan Arfan dan minah tak sedar diri ni." Arah Alice.

Farish dan Luqman mengangguk lalu berlawan bersama Izzul dan Qair.

"Kau nak lawan seorang?" Soal Arfan. "Pfft, seorang? Apa kau cakap ni?" Soal Alice sambil ketawa.

"Aku lawan bersama dengan 40 oranglah!!!" Jerit Alice lalu anak buahnya yang terdiri dari pelajar lelaki, pelajar perempuan dan yang menyamar menjadi pelajar keluar dari tempat mereka.

"Let's see who's gonna win." Kata Alice lalu mereka memulakan perlawanan mereka.

------

BUKU latihan sains itu di selak-selak sehingga ke helaian terakhir. Semua latihan telah disiapkan begitu juga dengan latihan mata pelajaran yang lain.

Tiba-tiba telefonnya yang berada di dalam loker berdering. Pantas kakinya bangun dan mengambil telefonnya itu.

Kelihatan nombor Anisya, kawan kakaknya tertera di skrin. Kening berkerut menikirkan mengapa kawan kakaknya itu menekefonnya.

Panggilan diangkat.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam. Ary, balik ke istana."

[C] THE ICE PRINCESS : NEXT GENERATION ✔Where stories live. Discover now