PART 5 | TIP : NG
PUNCH bag ditumbuk kuat. Peluh yang keluar tidak diendahkan. "Alice, Mak Mar masuk ya?" Soal Mak Mar.
"Ya!" Jawab Alice kuat. Terus Mak Mar slide pintu bilik latihan Alice. Alice membuka sarung tangan tinju itu lalu mencampak ke sebuah kerusi di dalam bilik latihan itu.
"Kenapa Mak Mar?" Soal Alice. "Alice, Mak Mar mahu tanya Alice satu soalan." Kata Mak Mar lalu menghulurkan segelas air teh sejuk kepada Alice.
Alice duduk lalu dia mengangguk. "Teruskan." Jawab Alice. Mak Mar memandang serius wajah Alice.
"Bila kamu mahu berhenti 'kerja' itu, Alice?" Soal Mak Mar. Tergamam Alice mendengar pertanyaan yang terlalu direct baginya.
"Mak Mar, Alice takkan pernah berhenti. Sekali sahaja Alice masuk ke dalam dunia itu, selamanya Alice takkan keluar." Alice memandang ke wajah berkedut Mak Mar dalam.
"Dan Alice berharap pada Mak Mar, tolong faham Alice. Sekejap ataupun lama, itu bukanlah tujuannya tapi Alice mahu melindungi orang terdekat Alice..." Sambung Alice dengan rasa agak bersalah.
Mak Mar tersenyum lalu bangun. Alice turut bangun. "Mak Mar faham. Mak Mar takkan bertanya lagi. Maafkan Mak Mar..." Pinta Mak Mar.
Alice memandang Mak Mar. Dia tahu jika wanita yang hampir 60-an itu tidak bersetuju dengan keputusannya mahu terus berada di dalam dunia itu.
"Same as mummy..." Kata Alice lalu menunduk. Rasa bersalah menebal kepada Mak Mar.
-----
"BONDA, Alice ke sekolah dulu." Alice menyalam tangan Pemaisuri Amber. "Kakak naik apa?" Soal Pemaisuri Amber hairan.
"Motosikal." Jawab Alice pendek. "Tak perlu. Biar abang kamu hantar." Kata Pemaisuri Amber.
"Zach, Alec, hantarkan adik kamu!" Arah Pemaisuri Amber kepada kedua-dua puteranya yang sedang bermain PS4.
Nak kata bujang, kedua-duanya sudahpun berkahwin dan bekerja. Anak juga sudah dua ke tiga. Tetapi perangai seperti budak baru belajar ABC.
"Ala, malaslah Bonda. Dia kan dah pandai bawak kereta dengan motor. Rilek-rilek je, bukan mampus eksiden pun nanti." Jawab Zach, abang pertama.
Alec, abang kedua mengangguk bersetuju dengan kembarnya itu. Terus telinga Zach dan Alec dipulas kuat oleh Pemaisuri Amber.
"Bonda suruh hantar, hantar je. Silap-silap sekejap lagi berlubang dahi kamu berdua Bonda tembak. Nak mampus ke nak hantar adik kamu?!" Jerit Pemaisuri Amber.
Alice yang melihat sudah meneguk air liur. Tahu sangat jika Bondanya itu pernah menjadi bekas ketua Mafia paking terkuat di England.
"Okey, okey. Kami hantar." Jawab Alec kuat. Telinga Zach dan Alec dilepaskan. "Sampai sahaja di sekolah, call Bonda." Kata Pemaisuri Amber.
Alice mengangguk. "Cepatlah, nanti aku lambat." Rungut Alice. "Sabarlah!" Zach mengambil kunci keretanya lalu berjalan menghidupkan kereta Mercedes Benz miliknya.
-----
"KENAPA kamu lambat?" Soal Cikgu Fai'zah, guru Bahasa Melayu kelas 1 Sains 5.
"Saya sendiri pun tak tahu cikgu. Cuba cikgu cari tahu sebabnya." Jawab Aaron sambil bahu diangkat. Cikgu Fai'zah menahan geram.
Sudah lali dengan perangai anak muridnya itu. "Duduk, saya malas nak tengok muka kamu!" Arah Cikgu Fai'zah tegas.
YOU ARE READING
[C] THE ICE PRINCESS : NEXT GENERATION ✔
RandomStart : 20 Dec 2019 End : 7 Jun 2020 Status : Completed PUTERI ALICE ERYNN DANIELLE, Seorang Yang Tegas, Pendiam Dan Tidak Suka Berkawan. Memang Daripada Dulu, Dia Dididik Dengan Pelbagai Jenis Pertahanan Diri. Kesemua Senjata Telah Mahir Di Guna. T...